CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Anak Aku Ni...!" - Netizen Berang Budak 'Kacau' Ketika Bergambar Raya

13-5-2022 05:53 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4156| Komen: 26|Original author: Cinta Erina

Description: Seperti kita semua tahu, setiap kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis ragam dan perangai yang kadang-kadang kita sendiri tidak terduga.
Sumber: Tiktok Atirah Rahani


Seperti kita semua tahu, setiap kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis ragam dan perangai yang kadang-kadang kita sendiri tidak terduga.

Ketika waktu inilah, mereka mempunyai keinginan untuk meneroka semua perkara dan kadang-kala mereka akan bertindak di luar jangkaan kita. 


Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, sudah menjadi tugas kita sebagai orang dewasa untuk mengajar mereka untuk membezakan yang mana yang betul dan salah.

Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Atirah Rahani memuat naik posting yang membuatkan ramai netizen berang. Menerusi video itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki melakukan satu reaksi yang luar jangkaan keluarganya kerana malu akibat terjatuh ketika mahu mengambil gambar raya bersama keluarga.


Oleh kerana ramai tertawa apabila dia terjatuh, kanak-kanak itu terus menyerang kanak-kanak lain yang mengejeknya itu sebelum menghempas kamera yang digunakan untuk mengambil gambar keluarga tersebut.

Video yang dimuat naik itu kini telah mendapat hampir 1.2 juta tontonan. Menerusi ke ruangan komen, kelihatan begitu ramai netizen yang geram dan marah apabila melihat perangai kanak-kanak itu dan meminta ahli keluarga itu untu menegur kesalahannya.  - CARI

Sumber: Tiktok Atirah Rahani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 13-5-2022 06:13 PM
Future kaki dera bini kalau tak ditegur
Quote Artemesiaa 13-5-2022 06:19 PM
Kalau tak ditegur dari sekarang pasti akan terbawa2 perangainya tu bila dewasa kelak
Quote Meiizu 13-5-2022 06:37 PM
Sape makpak budak ni oii
Quote gekkou 14-5-2022 12:11 AM
boleh masing2 dok jerit eeeehhhhh..
x de sorg pun berganjak nk halang budak tu
Quote kotakominami 14-5-2022 01:05 AM
Kate org tua " kecik - kecik tak nak mampoih..besar-besar nyusahkan org"
Quote Tembikaigoreng 14-5-2022 04:28 AM
Semua bodoh ke? Budak macam Tu Aku sepak je
Quote SecretLuv 14-5-2022 09:00 AM
Tapi yang peliknya ramai jugak yang backup budak tu. Siap cakap kena peluk cium dia sebab dia tengah malu. Kalau dimarah lagi dibuat katanya..
Quote Kitty_catz 14-5-2022 10:36 AM
mebi mak pak perangai cenggitu...

mcm mana acuan.. gitulah kuehnyierrr


Quote ezacbee 14-5-2022 10:40 AM
Anak orang biorkan jelah

Anak sendiri memang dah kena time tu gak
Quote jazaa100 14-5-2022 10:51 AM
gekkou replied at 14-5-2022 12:11 AM
boleh masing2 dok jerit eeeehhhhh..
x de sorg pun berganjak nk halang budak tu

Kau nk ajar ank org......
Kau ingat mak pak dia blh terima?....

Btw....suka je aku dgr dorang menjerit manja terkejut budak tu perangai mcm tu
Quote esbok 14-5-2022 11:54 AM
acceptable lagi video tu.

Budak tantrum,  family pulak nampak jenis penyayanga nampak takde sapa lenting, maksudnya masih dalam kawalan mungkin.
Kalau tua bangka ngamuk hempas tepon ye la kot kene cerca.
Quote UMMI_MAI 14-5-2022 01:09 PM
motif upload ? suruh  kutuk budak / mak bapak budah berjemaah ? suruh puji mak budak / keluarga budak penyayang ?
Quote Normabaru 14-5-2022 03:00 PM
UMMI_MAI: motif upload ? suruh &nbs ...


Kan..sendiri upload pastu sembang suh netz jgn judge la budak lg la..konon fmly besar..dorg ok ok je..suruh doakan yang baik2 pffftghhhh ko tu yang batak like n clout chaser..sendiri haplod sendiri gelabah
Quote djzara81 14-5-2022 03:42 PM
Bangangnye org yg upload kt tiktok tu. Tak psl2 bdk kecik tu dimalukan.  
Quote Thunderclouds 14-5-2022 05:04 PM
Patot xyah upload. Rata2 lani org judgemental yachh..ibarat family & acuan dia ja sempurna luaq dlm. I tgk besa ja. Dh budak tu tmalu,patu pakat2 gelak kt dia,besaq gitu either dia kiriau or retaliate mcm kita tgk tu la. Or lg 1 dia bole join gelak sama. Apa pon, think before u share. Luaq sana suma ummah terrrpaling
Quote 234126 14-5-2022 07:21 PM
iol kalau tersepat batu pun boleh gelak je. Nak marah batu buat apa iol bukan chimpanzee iol ada akal kohkohkoh yang marah tak pepasal ni memang masalah panas baran. Kalau dari kecik tak tackle memang ke besar la
Quote Zack8hunter 14-5-2022 10:46 PM
jazaa100 replied at 14-5-2022 10:51 AM
Kau nk ajar ank org......
Kau ingat mak pak dia blh terima?....


betul.. bukan mudah2 nk hamun anak org dpn parents generasi milenium ni... kang sentap bagai kan.. terus x bertegur sape sampai raya thn dpn..

kalo anak aku sendri mmg dah kene kuntau kt situ gak
Quote che-cikL 14-5-2022 10:58 PM
Tuan punya akaun puunnn, nak buat content belajarlah mengeja dulu. Kan main profile pic letak filter pipi merah bagai, eja menangis pun failed. L.E.M.A.H!
Quote mamastoney 15-5-2022 08:43 AM
Budak ni perangai ala2 anak kaklong yg mengamuk di 7E tu. Kalo anak aku, aku cubit2 je, biadap!

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057137 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top