CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Biawak Hidup' Dibunuh Isteri, Buah Zakar Dimasak Dalam Ketuhar

13-5-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2029| Komen: 11

Description: Seorang wanita Serbia ditahan selepas disyaki membunuh suaminya dengan memotong buah zakar mangsa menggunakan gergaji rantai lalu memasaknya di dalam ketuhar, lapor akhbar Daily Star semalam.
Seorang wanita Serbia ditahan selepas disyaki membunuh suaminya dengan memotong buah zakar mangsa menggunakan gergaji rantai lalu memasaknya di dalam ketuhar, lapor akhbar Daily Star semalam.


Suspek, Teresa Peric, 46, dipercayai memberi dadah kepada Srdjan Peric, 42, sebelum menikamnya sehingga maut, memotong badan mangsa lalu merebus mayatnya di dalam kuali besar.

Pembunuhan ngeri itu dilaporkan berlaku di rumah keluarga berkenaan di bandar Zrenjanin, Serbia kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Selasa lalu.


Srdjan Peric (kiri) dibunuh oleh isteri Tereza Peric dengan merebus kemaluan mangsa di dalam ketuhar. - srdjan.peric.906/Newsflash


Anak perempuan kepada wanita itu dikatakan menjadi saksi pembunuhan yang mengerikan. Remaja itu lahir hasil perkahwinan Teresa sebelum ini dan hanya dikenali sebagai D. Lj.

Pasangan itu dilaporkan telah bersama selama dua tahun dan punca kejadian dipercayai disebabkan sikap pemalas Srdjan yang enggan bekerja.

Penduduk tempatan melaporkan bahawa pasangan itu kerap berpisah dan kemudian kembali bersama.

Teresa dikatakan mempunyai empat anak hasil daripada empat perkahwinan berbeza. Tiada seorang pun daripada mereka adalah anak Srdjan. 

Kedua-duanya dilaporkan mengambil ubat untuk merawat masalah mental yang tidak dinyatakan dengan jiran mendakwa Teresa juga menggunakan dadah.

Apabila polis tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah dan Teresa telah ditangkap kerana disyaki membunuh. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 13-5-2022 05:20 PM
Hok aloh.
Pompuan sekarang jangan main2 ya.
Nak jadi biawak......jadilah biawak yg cerdik sedikit
Quote monreyes 13-5-2022 05:54 PM
hebatnya...buat sup ke
Quote Artemesiaa 13-5-2022 06:01 PM
Extreme juga tu di chainsaw kan je katanya
Quote xAthenax 13-5-2022 06:17 PM
This woman sure dah lama geram
hingga sampai hati
Quote FOTHER-MUCKER 13-5-2022 07:13 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-5-2022 03:21 AM

Bahaya ini perhubungan cinta benci berakhir dengan tragedi.

Seperti seorang kawan saya dahulu isteri dia tetak dengan pisau dapur di bahagian lengan dan peha.

Isteri jadi iri hati kerana suami terlalu ramah dengan semua orang dengan suara dan cara percakapan dia membuatkan orang boleh jatuh cinta kepada dia.

Quote sukacactus 13-5-2022 07:37 PM
Marah + lalok + mental
Quote FOTHER-MUCKER 13-5-2022 07:42 PM
Tak ada ke MOD bodoh nak mencelah?

Hey ini kes biawsk hidup lah, kes kawan ko tu kes jeles!

Apabila MOD bodoh nak tu njuk cerdik!
Quote lyss0909 14-5-2022 01:03 AM
Scaryyyyyyyyyy
Quote saya60 14-5-2022 01:09 AM
Berita2 macam ni sbenarnya  mencabar kaum lelaki.. masih ingatkah dulu kes cangkul? Org lelaki bila dah hilang sabar, lagi dahsyat mereka boleh buat kpd kaum wanita
Quote akumakanhati 14-5-2022 06:05 AM
Bagus ni jadi pengajaran untuk bawak hiduppp
Quote Buritan 14-5-2022 06:12 AM
FOTHER-MUCKER replied at 13-5-2022 07:42 PM
Tak ada ke MOD bodoh nak mencelah?

Hey ini kes biawsk hidup lah, kes kawan ko tu kes jeles!

Jgm la mayah mayah.. nanti copek tuekk.. mod mmg ade yg bodoh.. tak paysh marah org bodo..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.079420 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top