CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ikut Jejak Abang, Zali Rusli Tak Nak Dibayangi Haqiem Rusli

13-5-2022 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2729| Komen: 17

Description: Adik penyanyi popular, Haqiem Rusli iaitu Zali Rusli, 17, kini sudah bersedia mengikut jejak abangnya untuk bergelar penyanyi.
Adik penyanyi popular, Haqiem Rusli iaitu Zali Rusli, 17, kini sudah bersedia mengikut jejak abangnya untuk bergelar penyanyi.

Anak bongsu dari empat beradik ini berkata, dia mendapat sokongan penuh keluarganya termasuk Haqiem untuk menceburi bidang nyanyian.

Foto: IG

"Saya tak pernah sertai pertandingan nyanyian seperti abang yang masuk program Idola Kecil tapi saya yakin mempunyai bakat semula jadi.

"Saya aktif menyanyi di Instagram dan kini mempunyai sekitar 15,000 pengikut yang sering memberi sokongan setiap kali saya buat sesi 'live'.

"Nyanyian saya mendapat perhatian syarikat rakaman FMC yang menawarkan saya sebagai artis mereka. Konsep nyanyian saya ialah lagu rancak," katanya kepada Harian Metro.



Zali sudah menghasilkan single pertama berjudul Pewangi ciptaan Haqiem yang dikeluarkan tahun lalu. "Sambutan pendengar agak menggalakkan juga. Namun, agak malang sebab apabila single ini keluar, Instagram saya kena godam sedangkan pengikut saya ketika itu hampir 30,000.

"Saya memang kecewa kerana terpaksa buat Instagram baharu yang kini sudah mengumpul 15,000 pengikut," katanya.



Zali berkata, single keduanya berjudul Kamu Cantik Malam ini juga ciptaan Haqiem.

Katanya, lagu itu tercipta ketika mereka duduk berbual.



"Haqiem sedang bermain gitar dan tiba-tiba menyuruh saya menyanyikan lagu yang dihasilkannya. Lagu ini kena dengan suara saya dan Haqiem minta saya merakamkannya sebagai single kedua," katanya.

Zali yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, dia mampu membahagikan jadual sebagai pelajar dan penyanyi.


Ditanya sekiranya karier nyanyiannya dibayangi Haqiem, Zali berkata, dia mahu menjadi diri sendiri. "Memang ramai yang kata suara kami sama. Bagi saya, suara Haqiem lain dan saya mempunyai suara tersendiri. Namun kami saling menyokong antara satu sama lain dalam bidang seni," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-5-2022 04:03 PM
yakinnya kau dik.. kepham & very ceruk rantau ye wajah adik...zero commercial value...nextttt!!!!!!
Quote whimsicalmusic 13-5-2022 10:13 PM
Sore sama je mcm haqiem..tp certain part bunyi rempit cm aiman tino
Quote fadz84 13-5-2022 10:18 PM
Bakalan jd sekrah aka Janet ni.. dibayangi kejayaan penyanyi bernombor..
Quote sleepandream 14-5-2022 05:32 AM
dpt lagu sedap boleh la mendonia kejap...
Quote tuntasha 14-5-2022 06:28 AM
Budaknya nampak baik tapi kureng lah bab nyayian.Pergi lah further studies mendonia in education.Be educated dari abang ko yang basic BI pun failed.
Quote caprisonne 14-5-2022 07:40 AM
Tapi aku dengar dia nyanyi, pitchy gila..
Quote orkid_amani 14-5-2022 11:50 AM
Serious Hakim ni rusli ni product idols kecik?
Dia session berapa? Ank aii suka tgk idola kecik ni
Quote nakkomenjugak 14-5-2022 03:26 PM
Pulak dahhhhhh ...
Turun temurun punya pekerjaan dah ni
Ni nak kata nepotism keee acaner?
Quote supernaturalee 14-5-2022 03:33 PM
Apo nyanyi x blend dgn muzik
Mcm karoke jek

Anyway gmbr 1 family abg yg duk plg dpn belah kiri tu hensem

Yes, sila scroll blik kt ats
Quote Orix 14-5-2022 03:51 PM
orkid_amani replied at 14-5-2022 11:50 AM
Serious Hakim ni rusli ni product idols kecik?
Dia session berapa? Ank aii suka tgk idola kecik ni

x igt IK brp tp heols pernah perform di AJL ms kecik duet dgan jamal abdillah n peserta IK yg lain
Quote prizadane 14-5-2022 04:23 PM
Muka macam mael izani sebelum balik. Good luck lah ya
Quote Meiizu 14-5-2022 04:40 PM
Abg ko pun bukannya laku sgt dekk
Quote fadz84 14-5-2022 05:13 PM
orkid_amani replied at 14-5-2022 11:50 AM
Serious Hakim ni rusli ni product idols kecik?
Dia session berapa? Ank aii suka tgk idola kecik ni

Idola Kecil musim pertama. Dia naib juara.
Quote wirazam 14-5-2022 05:21 PM
Meiizu replied at 14-5-2022 04:40 PM
Abg ko pun bukannya laku sgt dekk

Who said ?
Hakim rusli antara artis yg berjaya dan laku lar..income bulan dia lebih dari job org yg ada master yg kena belajar bertahun3...
Bijak adik ni sbb dah tgk how abg dia dpt jana income yg lumayan ..cuma dia kena belajar cungkilkan bakat nyanyian dia tu...all the best
Quote imransulaiman 14-5-2022 05:27 PM
Dah kenapa nyanyi sambil buat muka sekejap sekejap macam terkejut?

By the way, suara tak sedap! Pakej pula dengan wajah tak hensem (keturunan ke?)

Selamat hari rayaaaaaa....
Quote orkid_amani 15-5-2022 12:42 PM
fadz84 replied at 14-5-2022 05:13 PM
Idola Kecil musim pertama. Dia naib juara.

Ooh yg awai² tu ank aii xtengok lagi..mmg xperasan la si hakim ni
Quote tuntasha 15-5-2022 12:52 PM
Hakim Rusli sejak da pecah teruna suara da kelaut. Tak besh.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.298828 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top