CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Tak Mahu Budaya Kerja Toksik Di Hospital' - KJ

13-5-2022 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2266| Komen: 17

Description: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak mahu lagi budaya kerja toksik berlaku di hospital kerajaan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak mahu lagi budaya kerja toksik berlaku di hospital kerajaan.

Tegas beliau, zaman dahulu dan zaman sekarang lain.

Hospital-hospital ini sepatutnya mengamalkan budaya kerja hormat-menghormati, saling menyokong dan memperkasakan antara satu sama lain, bukannya melakukan penderaan dan memalukan.


Khairy Jamaluddin berjumpa dengan doktor pelatih di Hospital Selayang pagi tadi. Twitter KJ

Menerusi ciapannya, Khairy berkata, beliau akan mengumumkan anggota pasukan bebas yang akan diberi masa dua bulan untuk melakukan siasatan berhubung budaya kerja dan isu buli di hospital-hospital kerajaan.


”Petugas khas itu akan membuat syor untuk memperbaiki budaya kerja di hsopital kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujar beliau.


Khairy Jamaluddin tekun mendengar luahan doktor-doktor pelatih di Hospital Selayang pagi tadi.

Dalam ciapannya itu, Khairy turut memberitahu beliau mendengar pengalaman doktor pelatih pagi ini di Hospital Selayang.

”Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai ‘work environment’ yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” kata Khairy.

Isu budaya kerja di hospital KKM ini tercetus selepas kes kematian melibatkan seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini.



Doktor pelatih dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan apartmennya.

Kematian doktor pelatih itu hanya tiga minggu selepas dia dihantar ke tersebut menyebabkan KKM didesak oleh pelbagai pihak supaya melakukan siasatan segera untuk mencari puncanya.

Pelbagai pihak berpendapatkan kematian doktor pelatih itu bukan isu biasa lantaran pada tahun lalu juga berlaku kes sama sama. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote n3ar 13-5-2022 04:11 PM
benda ni dah jadi normal, budaya dah...

kat hospital, kat kem tentera, kat pulapol dan melibatkan anggota beruniform...


junior kena ragging kena buli fizikal mental tu normal
Quote shi_jewel 13-5-2022 04:16 PM
itu baru government sector.

private sector lagi la hebat dari tu.........
Quote mawarputih2612 13-5-2022 04:18 PM
pernah dpn mata aku ms aku admitted masih sekolah dulu, HO kena marah MO depan pt.
terdiam jer dia.
padahal HO tu jam 6 pagi dah check kami sebelum MO round ward.
kesian tgk.
Quote kakikuDibibirmu 13-5-2022 04:47 PM
Britney Spears tersenyum sinis

[youtube]LOZuxwVk7TU[/youtube]
Quote tumpanglalu74 13-5-2022 07:28 PM
Patot la depe membuli junior.  Sebab dulu2 depe pon kene buli..  Masing2 dok taram nak luku kepale HO bila naik jadi MO.  

Dari segi saikologi dorang ney kat sekolah asek top marks.  Terpaling la sangat sampe seumor idop pon nak mendabik dade..  

Another problem is they don't have personal space macam profesyen lain.  Onglain koje dalam ofis.  Patients asek come & go je mengadap muke depe kat klinik & depe pulak jumpe patients bed to bed.  So in the end depe ney dapat penyakit suke membandenkan orang becoz seeing people is all they do.  "This patient got money; that patient selekeh geli aku."  Ape punye profesyen ney?

Yang kita ney bute2 le jumpe dorang pake selipar jepun ke kata, pake baju tak gosok ke sebab dah sakit tak larat nak kesah.  Ingatkan depe eager nak jumpe kita yang sakit ney.  Rupe2nye sekadar jadi buah mulot 1 hospital tu je..
Quote kakikuDibibirmu 13-5-2022 07:33 PM
Mesti Ragging Sampai Mampos tersenyum sinis
Quote Tunan 13-5-2022 07:36 PM
Tengok mcm cikgu2
Takda cikgu2 senior buli cikgu baru.. siap tolong mcm2
Quote FOTHER-MUCKER 13-5-2022 07:50 PM
Baru saya tau ada kes buli membuli di kalangan pekerja.

Selama ini saya hanya nampak buli membuli di parliament sahaja oleh parliamentarians!
Quote borne 13-5-2022 08:14 PM
Edited by borne at 13-5-2022 08:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-5-2022 04:47 PM
Britney Spears tersenyum sinis

Versi bogel la baru happening sisturr..

[youtube]mR__mRnd6kA[/youtube]
https://youtu.be/mR__mRnd6kA

Khas jual kat raja2 areb hamsap kot yang ini.  Depea sangoop bayar tu nak tengok..
Quote primarikey 13-5-2022 08:29 PM
Apa nk heran
Dh menteri kkm pn toksik
Buli rakyat...nk susahkn hidup antivaksin katanya
Kepimpinan melalui tauladan kn

Quote syamzana 13-5-2022 09:51 PM
borne replied at 13-5-2022 08:14 PM
Versi bogel la baru happening sisturr..



cantik betul britney ms ni ala2 cun+bitchy gitew.
mesti sedih dia tgk rupa paras skrg dgn dulu

Quote dua_chzy 13-5-2022 10:01 PM
Saya pun tamau budaya kerja toksik di parlimen. Rengsa saya tengok orang2 tua di parlimen maki memaki, ejek mengejek, mengalahkan budak2 tadika kemas, bila ada saja persidangan.
Quote dua_chzy 13-5-2022 10:07 PM
syamzana replied at 13-5-2022 01:51 PM
cantik betul britney ms ni ala2 cun+bitchy gitew.
mesti sedih dia tgk rupa paras skrg dgn dulu:fun ...


Lawa lagi akak tu sekarang bagi aiol. Kalau tengok balik video2 interview, video2 lama dia, camna dia kena buli oleh media kokesen, di umur muda belia masih taraf bawah umur dah nak kena handle interviewer jahat mulot or hamsap, ai mesti akan kesian sangat dengan Brit2. Dia ni baik sebenarnya. Tak pernah dengar dia cakap burukkan retis lain, even when it comes to ex paling tak guna si JT tu yang tak abis2 guna nama dia untuk popular pun baik2 ja komen keluar dari mulut Brit2. #akaksayangBritneyJeanSpears
#sorrylaOT
Quote Perawankota 14-5-2022 08:48 PM
Ni government sector.. Private sector tak tau lak kan.. Gov sector ko kena buli ke, prestasi keje hauk ke, tiap2 tahun gaji tatap naik..

Masuk private tgk.. Dia buli ko, gaji ko tak naik, klu naik pon x sama mcm yang lain, bonus ko pon teruk kasik alasan performance ko x bagus..
Quote addamnor 14-5-2022 11:30 PM
I would say i am so grateful i have never gotten the bitter experience of being bullied by the senior doctors, except once masa posting medical. Registrar tu ada bipolar disorder suka memaki hamun kalau tak kena mood dia.. time okay, baik pula.. Dia mengaku dia gay, tengok gaya pun mmg bottom pun terkepit kepit. Done buka aib beliau.
Quote malaysiaku123 15-5-2022 12:14 AM
Elok la bg perhatian lbh kes buli MO ni
Melampau sgt
Cerdik tp bengong jg
Adik aku aku sampai resign HO n makan ubat dh
Pastu kuatkan diri apply balik
2nd time pn kn buli lg..budaya yg gila la..ni masih bertahan.
Katanya profesional Dr ni tp tingkah laku seperti budak kelas blkg je
Quote pyropura 15-5-2022 01:48 AM
Edited by pyropura at 15-5-2022 01:49 AM

Double posts

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049363 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top