CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penuh Tatu Di Kedua-Dua Belah Tangan Syazwan Zulkifly

12-5-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3847| Komen: 17

Description: Bagi menjayakan watak untuk 'content' filem pendek di YouTube, pelakon Syazwan Zulkifly, 34, kini tampil berani dengan lukisan tatu di kedua-dua belah tangannya.
Bagi menjayakan watak untuk 'content' filem pendek di YouTube, pelakon Syazwan Zulkifly, 34, kini tampil berani dengan lukisan tatu di kedua-dua belah tangannya.


Syazwan ditemui pada sidang media virtual drama Ada Apa Dengan Saka di TV3, berkata dia memakai lukisan tatu itu hanya disebabkan tuntutan kerjanya sebagai pelakon saja.


Add Image Caption Here


"Lukisan tatu yang ada pada tangan saya ini boleh ditanggalkan dan pakai untuk kerja saja. Saya ada terbabit dalam 'content' sebuah filem pendek di YouTube. Lagipun, saya seorang Islam dan takkan nak pakai tatu kekal pula. Memang tak buatlah.

"Saya juga ada ibu bapa di kampung yang sudah mendidik saya dengan ilmu agama. Jadi, saya tahu batasnya dan tak akan buat keputusan sesuka hati yang boleh menyedihkan mereka. Saya tetap berpegang teguh dengan Islam dan takkan membelakangkan agama," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syazwan, lukisan tatu itu akan dibuang segera selepas urusan lakonannya selesai.


Katanya, nak buang pun tak susah kerana ia mudah hilang apabila terkena air dan digosok dengan sabun.

Ditanya juga mengenai drama Ada Apa Dengan Saka yang bergenre komedi seram itu, Syazwan berkata ia karya yang bagus tetapi menjadi 'mimpi ngeri' kepadanya kerana pertama kali dimasukkan ke hospital.

"Dah lama saya berlakon dan drama ini memberi pengalaman yang takkan saya lupa seumur hidup kerana dimasukkan ke hospital selama empat hari akibat jangkitan kuman di paru-paru pada Januari lalu.

"Saya tak tahu macam mana dan dari mana dapat jangkitan itu, tetapi saya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba ketika di lokasi penggambaran. Ia nyata pengalaman buruk buat saya," katanya lagi.



Menurut Syazwan, sepanjang usianya yang kini mencecah 34 tahun, dia memang tidak pernah dimasukkan ke dalam wad di hospital kerana sakit.

Ujarnya, pengalaman bermalam di hospital selama beberapa hari itu dirasakan amat menyeramkan.

Menerusi drama Ada Apa Dengan Saka, Syazwan melakonkan watak Madi dan berganding dengan penyanyi, pelakon, pengacara serta penyampai radio, Shiha Zikir.



Katanya, dia selesa berlakon dengan Shiha walaupun pertama kali mereka digandingkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jajuli 12-5-2022 07:29 PM
Tapi melayu Singapore suka bertatu ni ,orang cina pun pandang negatif pada yg bertatu ni gangster katanya, tu pun aku Tenggok drama cina ckp MCM tu
Quote slyfynx 12-5-2022 09:25 PM
200++ minggu yang lepas pun ade je die up gmbr konon2 bertatu ni.
Nothing new pun.
Quote imransulaiman 12-5-2022 09:35 PM
Tak perlu mention ajaran agama...sebab kalau betul dia tahu ajaran agama, tatu yang tak kekal pun tak boleh sebenarnya sebab masih juga "menyerupai".

Kalau nak sentuh bab ajaran/didikan agama, kau boleh tolak job tu. Banyak lagi punca rezeki lain.

Ke sebab kau tak dapat job lain dah sebab tu kau terima je apa yang ada...?


#done_tazkirah
Quote matbad 13-5-2022 12:51 AM
imransulaiman: Tak perlu mention ajaran agama ...

10000000 kali setuju dan sokonggggg
Quote ira_229 13-5-2022 07:24 AM
Jajuli replied at 12-5-2022 07:29 PM
Tapi melayu Singapore suka bertatu ni ,orang cina pun pandang negatif pada yg bertatu ni gangster ka ...

Tak perlulah nak sebut melayu mana yg gigih bertatu...kalau dah iman tk kuat kat mana2 melayu pon buat tatu..berzina..minum arak, main judi..ambil dadah..dan makan rasuah..itu semua kategori haram bukan saja bertatu..
Quote makton 13-5-2022 08:16 AM
jawab je la tu tattoo tipu. sembang kari bab agama. choiii
Quote buragazz 13-5-2022 08:33 AM
imransulaiman replied at 12-5-2022 09:35 PM
Tak perlu mention ajaran agama...sebab kalau betul dia tahu ajaran agama, tatu yang tak kekal pun ta ...

Baru nak cakap yang sama...
Quote misz_sanggul 13-5-2022 08:38 AM
wpun x suke attitude die...lakonan die amat bagus..pernah jumpe kt luar sama je
Quote auntyonion 13-5-2022 08:42 AM
Berlakon best to attitude
Quote sunshinelady 13-5-2022 09:16 AM
bangga sangat la tu. this kind of things la yg buat budak2 muda teringin sangat2 nak ada tattoo. do they care about the rest of the news? no. do they care about ajaran agama yg diorang dah mmg belajar? no.
Quote mamajawie 13-5-2022 09:46 AM
dia ni ramai kenenkan dengan wan sharmila..btw iollss approve jah sbab nampak dorang ada chemistry
Quote anony-mous 13-5-2022 09:51 AM
Jajuli replied at 12-5-2022 07:29 PM
Tapi melayu Singapore suka bertatu ni ,orang cina pun pandang negatif pada yg bertatu ni gangster ka ...

Melayu singapore masih ada yg betul2 ikut ajaran islam ke? Majority mcm ke arah liberal. Dan melayu SG mmg sinonim dgn tatu since 10y ago lg.
Quote nawtylulu 13-5-2022 10:26 AM
berlakon power. attitude hauk.. so maintain minat lakonan jela yee..
Quote nolya 13-5-2022 11:30 AM
So setiap kali nak solat, tatu tu akan hilang dn akan dilukis semula berkali2 kan?
Quote dejure 13-5-2022 11:37 AM
misz_sanggul replied at 13-5-2022 08:38 AM
wpun x suke attitude die...lakonan die amat bagus..pernah jumpe kt luar sama je

Punggung dia mantap..suka tgk klu dia pakai seluar ketat
Quote Pak.dolla 13-5-2022 11:38 AM
Kakak aku kalau nmpk muka dia kat tv terus tukar siaran lain...kakak aku kata aura panas lain mcm...muka dia nmpk mcm.
org panas baran...
Quote HoneyManjer 13-5-2022 11:53 AM
urm sejenis batak jer suka kan ada benda tu...sbb tu nak menayang...duhhh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.172265 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top