Penyanyi Aiman Tino mengakui terkejut apabila mendapat tahu bahawa rakan sekampungnya merupakan salah seorang mangsa maut yang rentung dalam kemalangan tragis yang berlaku membabitkan lima sekawan di Perak malam tadi.
Ujar Aiman, 24, ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi, kali terakhir dia bertemu dengan arwah rakannya iaitu pemandu kereta yang hangus dalam kejadian itu, Mohammad Nasrun Aidol sekitar Februari lalu. Kongsi Aiman, arwah merupakan seorang rakan yang sangat baik dan peramah meskipun mereka berbeza usia dua tahun. “Saya dapat khabar berita mengenai kematian arwah daripada abang sebab dia nampak perkongsian WhatsApp Story adiknya. Pada mulanya saya fikir tak begitu teruk tetapi tak sangka dia meninggal dunia dalam kemalangan itu.
“Dia orang yang sangat baik dan bagus. Kami tidaklah terlalu rapat tapi memang saling mengenali. Sepanjang berkawan, saya akui rasa segan dengannya kerana arwah merupakan anak ustaz. Malah dia selalu memberi sokongan terhadap apa jua jenis perniagaan yang saya usahakan. “Kali terakhir kami berjumpa Februari lalu, dia datang mengambil tempahan biskut Nutella Pods yang saya jual,” katanya.
|
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
22-5-2022 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.167971 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.