CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kahwin Dengan Artis Seberang, Iedil Putra Tak Terbeban ulang Alik KL-Jakarta

12-5-2022 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5154| Komen: 35

Description: Berkahwin dengan seorang pelakon popular Indonesia bukanlah satu beban besar buat aktor Iedil Putra apabila kehidupan sentiasa menjadi perhatian ramai.
Berkahwin dengan seorang pelakon popular Indonesia bukanlah satu beban besar buat aktor Iedil Putra apabila kehidupan sentiasa menjadi perhatian ramai.

Menurut Iedil, dia dan isteri iaitu Prisia Nasution menjalani kehidupan suami isteri seperti biasa dan faham dengan tugas masing-masing sebagai anak seni.

Tambahnya, dia juga bersyukur semakin diberi peluang untuk memulakan kerjaya lakonannya di negara seberang itu.

Foto: IG

“Jika lihat di sosial media, saya dan isteri adalah pasangan yang easy going dan tidak melihat status kami sebagai satu perkara besar. Kami menjalani hidup seperti biasa dan faham dengan kerja sebagai seorang pelakon.


“Memulakan kerjaya di sana juga menjadi satu tarikan baharu buat saya dan banyak memberi pengalaman berbeza. Saya masih perlahan-lahan belajar tentang cara kerja produksi di sana terutamanya dari segi bahasa,” katanya kepada mStar.

Iedil, 36, mendirikan rumah tangga dengan Prisia Nasution di Bogor, Indonesia pada 1 Jun 2016.





Berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, bagi Iedil ia bukanlah satu perkara yang memenatkan sebaliknya lebih seronok kerana dapat selalu bertukar angin.

“Kalau difikirkan tidaklah penat pun sebab penerbangan hanya memakan masa dua jam sahaja. Jadi kami boleh ulang-alik jika ada urusan kerja. Tidak ada masalah jika perlu kembali ke Kuala Lumpur.

“Sebenarnya kami pasangan yang beruntung kerana ada dua rumah. Boleh bertukar-tukar angin. Kalau bosan di Jakarta atau Kuala Lumpur kami boleh ke tempat lain untuk cari suasana baharu,” jelasnya.


Iedil ditemui ketika majlis tayangan filem The Assistant yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap tentang filem ini, Iedil menganggap ia sebagai peluang untuk dirinya ‘lepas geram’ setelah sekian lama penonton tidak dapat pergi ke pawagam.

Selain itu, menerusi filem arahan Andrian Teh ini juga Iedil sanggup membotakkan kepala demi menjayakan watak Zafir.



“Saya amat berpuas hati kerana ini adalah hasil kerja keras dan semangat kami untuk menghasilkan satu karya yang berkualiti. Penonton juga boleh lepas geram apabila dapat menonton filem ini setelah sekian lama tidak ke pawagam.



“Sebagai seorang pelakon saya bagaikan kanvas putih yang sedia diwarnakan dengan pelbagai watak pada bila-bila masa sahaja. Saya tidak kisah jika perlu botakkan kepala bagi menjayakan watak dalam filem ini,” ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 12-5-2022 02:46 PM
aku x tau nape director suka bebeno amik si herot tu berlakon??da la kayu kayan..citer paskal tu sebab ada gambit & ammar bebird je aku tengok,,ammar pun berlakon x sekayu herot ni
Quote prince_marhaen 12-5-2022 02:52 PM
asal kahwin orang seberang je, mesti nak acah-acah terus cakap slang indon...caption pun indon.... stay dengan bahasa malaysia je tak boleh ke? kau bukannya asal-asal melayu pelat macam arwah Ashraff Sinclair pun nok... Indon pun tak hegeh nak cakap slang Malaysian kecuali bini tanggung biawak si Cerap Anak Tiri Penyanyi Bernombor tu....try so hard memasing..
Quote Buritan 12-5-2022 02:55 PM
prince_marhaen replied at 12-5-2022 02:52 PM
asal kahwin orang seberang je, mesti nak acah-acah terus cakap slang indon...caption pun indon.... s ...

Tunggu acik memana kawin dgn bglaa.. kita dengo slang bangla.. yg aku tau hijau .merah..
Quote mamajawie 12-5-2022 03:19 PM
prince_marhaen replied at 12-5-2022 02:52 PM
asal kahwin orang seberang je, mesti nak acah-acah terus cakap slang indon...caption pun indon.... s ...

setuju sangat2..sama spesis ngn AS kawen cikki yindon trus berubah jadi org sana..puihhh

Quote cicicumel 12-5-2022 03:37 PM
mamajawie replied at 12-5-2022 02:46 PM
aku x tau nape director suka bebeno amik si herot tu berlakon??da la kayu kayan..citer paskal tu seb ...

Setuju 100% nok. Mamat ni kayu gila. Pastu acah2 pelakon gred A.
Quote Perawankota 12-5-2022 03:43 PM
Ko pon keturunan kaya2, vvip.. Jarang artis indon nak kawen orang biasa2 bang.. Ko masuk industry dulu pon org ckp sebab ko ada cable besar kan..
Quote xtinkerbellx 12-5-2022 03:56 PM
Ingatkan aku sorang je tak suka lakonan dia
Quote nuralisa 12-5-2022 04:01 PM
mamat ni singaporean kan?
Quote mamajawie 12-5-2022 04:05 PM
cicicumel replied at 12-5-2022 03:37 PM
Setuju 100% nok. Mamat ni kayu gila. Pastu acah2 pelakon gred A.

iye nokss..aku cringe gila kalau ada si herot ni berlakon walaupun citer tu best tapi mati selera nak tengok tau..

Quote bahagiaselalu 12-5-2022 04:10 PM
siapa dia nie guys.... pasai apa aku tak ngenal dia eh haha
Quote nakkomenjugak 12-5-2022 04:36 PM
Memang leluhur laaa kot
Terkena fooki cikki yendon terussss tukar jadik once
Betapa hebatnya jamu yendon
Quote Prickford 12-5-2022 04:40 PM
“Jika lihat di sosial media, saya dan isteri adalah pasangan yang easy going dan tidak melihat status kami sebagai satu perkara besar. Kami menjalani hidup seperti biasa dan faham dengan kerja sebagai seorang pelakon.


KEPALA HOTAK KAU LAH DIK!



Jangan sesekali terpedaya dengan apa yang dipamerkan di media sosial!


Quote TabletSusu 12-5-2022 05:48 PM
laaa dia ni ke.. aku igtkan pelakon asal singpore yg lakonan ala2 SRK tu. terus aku fikir, bila dia kawen dgn org indo? binik yg ada sblm ni dah cerai ke.. ke bermadu?
Quote tahanie 12-5-2022 07:00 PM
Kalau artis hidup luar biasa kah? Tapi kau famous kah?
Quote dua_chzy 12-5-2022 09:50 PM
Lawa bini ko bang.
Quote anilanil 12-5-2022 10:13 PM
Kekrul berlakon pon lagi bagus bertiang dari mamat ni.
Quote Nenasketum 12-5-2022 10:29 PM
Siyes aku tak kenal ko saper.
Quote Mulotkoyak 12-5-2022 10:48 PM
mamajawie: aku x tau nape director suka b ...
tau xpe... Xde aura jd hero lgsg. Berlakon pun sendu je... No expression, no heart feeling... Lontaran skrip lg la mcm gampang.
Quote samshik 12-5-2022 11:16 PM
Kenal die sbb kepikiran "apo yg ko pk dik when ko quit medic for acting...?"

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064705 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top