CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Suami Selalu Buat Muka Ketat" - Isteri Kecewa Sikap Suami, Setiap Kali Raya Pertama Balik Rumah Mentua

12-5-2022 02:05 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4972| Komen: 46|Original author: Cinta Erina

Description: Setiap kali tibanya hari raya, pasti isu yang sama akan bangkit di kalangan suami isteri iaitu isu nak pulang beraya di rumah keluarga sendiri atau mertua pada tahun itu. Kadang-kala ada suami isteri ...
Sumber: Tiktok Irfan


Setiap kali tibanya hari raya, pasti isu yang sama akan bangkit di kalangan suami isteri iaitu isu nak pulang beraya di rumah keluarga sendiri atau mentua pada tahun itu. Kadang-kala ada suami isteri yang bergaduh kerana berebut untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut bulan syawal.  

Baru-baru ini, satu video telah dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Irfan Imelda di platform Tiktok. Perkongsian itu pasti akan meruntun hati sesiapa yang membacanya. Kisah itu berkenaan seorang wanita yang makan hati kerana suaminya sangat mementingkan diri apabila dia membuat keputusan untuk balik kampung. Wanita itu akui dia berasa sangat kecewa kerana setiap kali raya dia perlu ikut suaminya pulang ke kampung mentua. 



Menurut wanita itu, memang tidak ada toleransi apabila berkenaan dengan keluarga suaminya. Si suami juga hanya menjadi hati ibunya dan tidak pernah sekali pun dia menjaga hubungan baik di antara keluarga wanita itu. 

Tambah wanita itu, si suami juga selalu menunjukkan muka yang 'masam' sebagai tanda tidak suka dengan ibu bapa dan juga ahli keluarganya yang lain. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa simpati mereka terhadap wanita itu. Ada juga yang menasihati supaya suami dan isteri perlu melakukan sistem bergilir atau 'rotate' apabila pulang ke kampung. -CARI

Sumber: Tiktok Irfan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 12-5-2022 03:43 PM
kalau xleh adil xyah kawin la,buat kesian org ppuan je
Quote krustykrab 12-5-2022 03:46 PM
Org lelaki ni kan cer jujur, korg beria nk balik kg sendiri sb nk masak2, kemas rmh, jamban rmh parents korg ke?
Quote kotakominami 12-5-2022 05:06 PM
Maknenye laki tu bukan sayang sgt kat kau dan dia takde rase hormat kat kau....kawin sebab kau tu mudah sgt mengalah....tgok lah kalau kau sakit terlantar nanti mesti dia tinggal macam tu jer....
Lastnye campak kau balik kat rumah keluarge kau....
Quote hashashes 13-5-2022 03:57 AM
krustykrab replied at 12-5-2022 03:46 PM
Org lelaki ni kan cer jujur, korg beria nk balik kg sendiri sb nk masak2, kemas rmh, jamban rmh pare ...

Hurm laki aku dah sampai rumah mak dia, dia tengok phone, mak dia pun ngadap tengok tv/phone. Hangin je aku. Baik takyah balik. Asalkan ada depan mata kek dah nya. Pastu org nismilan kan, kucing beranak pun nak balik mak aku cakap
Quote krustykrab 13-5-2022 08:09 AM
hashashes replied at 13-5-2022 03:57 AM
Hurm laki aku dah sampai rumah mak dia, dia tengok phone, mak dia pun ngadap tengok tv/phone. Hang ...

Tu lah org laki kan
Lps tu menantu la yg dikutuk2 ipar sb malas karanya..padahal abang2 diorg yg pemalas
Quote gigahertz 13-5-2022 11:06 AM
krustykrab replied at 12-5-2022 07:46 AM
Org lelaki ni kan cer jujur, korg beria nk balik kg sendiri sb nk masak2, kemas rmh, jamban rmh pare ...

i pantang beberapa bende :a) Rumah kecik isipadu rumah ramai ( could be his brother or sister live in same house ) ----> ramai2 sangat i tak suka.
b) rumah old version / ortodoks lantai simen gitu old fashion ----> i suka perhati tandas rumah orang. how beauty it is.
c) nun jauh kat pantai Timur / sabah / sarawak ---> u bagi i ferrari atau Tesla i ok ler nak balik. nak suruh drive axia / myvi big no no.


so ending story i tak kahwin-kahwin sampai sekarang.

sebab i tak kahwin lagi :

a) takut hobby clash ---->. cth bakal isteri boleh pegang lipas sebelah tangan. i is takut lipas
b) takut pasangan adik beradik ramai -----> i umur 36 . kalau bakal isteri umur 36 anak bongsu adik beradik 5 orang
                                                                                  so atas 4 adik beradik atas dia mesti dah kerja & kahwin
                                                                                  kalau baka isteri umur 36 anak sulung adik beradik 5 orang
                                                                                  so baki 4 adik beradik tu mesti ada yang belum kerja / masih sekolah.

c) dapat pasangan asal Sabah / Pantai Timur ---> kalau nak balik sana susah sikit. melainkan kereta i cc besar.


Quote UMMI_MAI 13-5-2022 12:01 PM
krustykrab replied at 12-5-2022 03:46 PM
Org lelaki ni kan cer jujur, korg beria nk balik kg sendiri sb nk masak2, kemas rmh, jamban rmh pare ...

husband Aii stressed raya pertama kg Aii sebab pagi raya org kg Aii tak pakai  sampin.... hahaha , dia dah jadi YB bila g Masjid ... hahaha . Jadinya dah 20tahun kawin, sekali je raya pertama kat umah Aii

Quote prettyuglybabe 13-5-2022 03:22 PM
lelaki macam tu kawin bukan sebab nak ada isteri tapi sebab nak ada bibik
Quote ezacbee 13-5-2022 03:56 PM
prettyuglybabe replied at 13-5-2022 03:22 PM
lelaki macam tu kawin bukan sebab nak ada isteri tapi sebab nak ada bibik

Sama cam lagu ni...

Oh mama
Kami mahu kawin
Dengan gadis Sarawak
Pandai masak dan jaga anak
Dengan gadis Sarawak
Pandai masak dan jaga anak



Ko nak cari bini ke nak cari bibik???
Quote TomyamPuteh 13-5-2022 04:46 PM
Ada pompuan kawin sbb nk batang jekeluarga laki tak nak. Ini kata tok menakan aku la.
Quote krustykrab 13-5-2022 06:03 PM
TomyamPuteh replied at 13-5-2022 04:46 PM
Ada pompuan kawin sbb nk batang jekeluarga laki tak nak. Ini kata tok menakan aku la.

Tok menakan tu pompuan ka laki?
Quote Artemesiaa 13-5-2022 06:16 PM
Kalau dah macam tu sampai maknya dah tak ada ler kena hadap perangainya macam tu
Quote CardiGans85 15-5-2022 06:17 AM
Kakak aku , 14 tahun kawen maka nya 13 kali raya pertama balik umrah ex PIL. Sekali je pagi raya umah kami itu pun xsempat solat raya ex PIL dah call Suh balik.

Thn 2020 cerai dan 2021 raya PKP. Anak sedara aku pun X pernah salam bermaafan dgn kami pagi raya. Kiranya, tahun ni raya antara raya yg paling istimewa buat kami semua.
Quote Meiizu 15-5-2022 02:16 PM
CardiGans85 replied at 15-5-2022 06:17 AM
Kakak aku , 14 tahun kawen maka nya 13 kali raya pertama balik umrah ex PIL. Sekali je pagi raya uma ...

Kalau dah gitu ghuperrnyaa hamiklaa balik anak jantan ko tu pakcik oii ..

Smoga ada sinar utk ur sista
Quote jazaa100 15-5-2022 02:52 PM
kotakominami replied at 12-5-2022 05:06 PM
Maknenye laki tu bukan sayang sgt kat kau dan dia takde rase hormat kat kau....kawin sebab kau tu mu ...

Yg ni betul.....

Kwn aku ada sorang mcm ni.....laki akn balik rmh dia bila nk balik kl je....maksudnya singgah sekejap je ....

Nak buat mcmana.....
Asal berlaki
Quote jazaa100 15-5-2022 02:56 PM
gigahertz replied at 13-5-2022 11:06 AM
i pantang beberapa bende :a) Rumah kecik isipadu rumah ramai ( could be his brother or sister live ...

Bagus kau pikir mcm ni
Aku harap ank jantan aku ada otak mcm kau....
Quote MissyMolly 15-5-2022 06:40 PM
UMMI_MAI replied at 13-5-2022 12:01 PM
husband Aii stressed raya pertama kg Aii sebab pagi raya org kg Aii tak pakai  sampin.... hahaha , ...

Maksudnya dia sejenis skema la eh? Sian dia
Tp sian gak chuols sbb kn isu sampin, raya belah dia jur 1st day tuh
Quote MissyMolly 15-5-2022 06:41 PM
CardiGans85 replied at 15-5-2022 06:17 AM
Kakak aku , 14 tahun kawen maka nya 13 kali raya pertama balik umrah ex PIL. Sekali je pagi raya uma ...

Begitu bermakna ya pagi raya utk famili chuols tahun ni... semoga yg baik2 utk kaka sis & anaknya
Quote CardiGans85 15-5-2022 08:13 PM
MissyMolly replied at 15-5-2022 06:41 PM
Begitu bermakna ya pagi raya utk famili chuols tahun ni... semoga yg baik2 utk kaka sis & anaknya

Alhamdulillah..dia punya sabar jadi isteri fuhh..aku sendiri pun tak boleh macam tu ya.

la ni tanggung sendiri ya hutang bekas laki.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.104168 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top