CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Genap Usia 12 Tahun, Nabila Huda Titip Ucapan Buat Keisha

11-5-2022 04:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1743| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: Pelakon terkenal, Nabila Huda, 38, menitipkan ucapan buat anak tunggalnya, Keisha Laila sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12 pada hari ini (11 Mei).Menerusi hantaran di Instagram, wanita yang m ...


Pelakon terkenal, Nabila Huda, 38, menitipkan ucapan buat anak tunggalnya, Keisha Laila sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12 pada hari ini (11 Mei).

Menerusi hantaran di Instagram, wanita yang mesra disapa sebagai Abil itu meluahkan rasa kasihnya kepada Keisha menerusi sebuah coretan ringkas.

"Hari ini awak sudah berusia 12 tahun. Saya dikurniakan awak dalam hidup saya, Keisha Laila. Hidup mommy kosong kalau Keisha takde. 


"Tapi, kalau depan mata asyik gaduh je. Kalau jauh rindu pula. Awak adalah kawan baik saya. Keisha selalu ada dengan mommy dalam apa pun situasi sejak awak masih kecil," tulisnya.

Abil turut mendoakan agar Keisha menjadi dewasa sebagai seorang anak yang baik dan berjaya dalam apa jua dilakukannya.

"Mommy akan sentiasa berada di belakang Keisha untuk sokong apa juga yang awak inginkan, awak perlukan dan awak suka; apa saja yang buat Keisha gembira. 


"Awak tak boleh lari dihantui oleh mommy. Saya sayangkan awak sangat, Keisha. Tak dapat nak gambarkan. Selamat hari jadi buat gadis paling manis yang saya pernah ada dalam hidup," katanya.

Terdahulu, Abil pernah mendirikan rumah tangga bersama Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah dua tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila, 12.

Sekitar 2015, Abil mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 11-5-2022 06:31 PM
Cantik pulak gamba pakai dress coat tu....
Quote prince_marhaen 12-5-2022 02:56 PM
Abil sepenuh nyawa sayang anak dia ni...dulu2 meols risau yang si Kesha ni spoil gila, pakaian ikut Abil, cakap kasar, berebut Beberd (laki Abil), jerit-jerit....sorang pun takleh tegur...meols pulak yang risau tak pasal...hahahaha..harap2 makin besar makin mature & berakal lah si Kesha ni...nampak macam bijak & ada bakat berlakon mcm Abil...
Quote gigi 12-5-2022 03:53 PM
semoga menjadi anak yang HERLOK

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.044153 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top