CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Remaja Lelaki Hilang Lepas Solat Subuh Di Masjid Cheras, Jumpa Balik Di Kedah

11-5-2022 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2564| Komen: 28

Description: Susulan tular kisah mengenai seorang remaja lelaki, Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16, yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Cheras pada Ahad lalu ditemui dalam ...
Susulan tular kisah mengenai seorang remaja lelaki, Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16, yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Cheras pada Ahad lalu ditemui dalam keadaan selamat.


Perkara itu disahkan oleh bapa remaja berkenaan, Almawardi Mohamad, 41, yang memaklumkan anaknya ditemui selamat oleh pihak polis pada pukul 12 tengah malam tadi di Pokok Sena, Kedah.

Almawardi turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyiarkan kisah kehilangan anaknya di semua platform media sosial.



“Terima kasih kepada semua pihak yang dan bantu, anak saya sudah ditemui berkat doa dan bantuan semua orang, banyak media bantu menyiarkan kisah kami. Alhamdulillah,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.


Almawardi bagaimaanpun tidak dapat menceritakan kejadian tersebut dengan lebih terperinci kerana kes tersebut disiasat polis.

“Maklumat lain tidak boleh didedahkan sebab saya tak mahu mengganggu siasatan pihak polis ketika ini. Polis masih siasat bagaimana anak saya boleh berada di sana dan perincian yang lain,” jelasnya.

Tambahnya, anaknya kini sudah selamat bersama dengannya di rumah. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 11-5-2022 12:46 PM
Lari rumah ketewww?
Quote kakikuDibibirmu 11-5-2022 12:46 PM
Villa Nabila tersenyum sinis
Quote lasagna 11-5-2022 02:12 PM
iols pun ada tolong retweet psal bdk ni hilang.. alhamdulillah dah jmp.. aduhh tp jauh nau dijumpai smp ke kedah. cerita tak begitu detail, sapa yg tau mohon ulang siar yaa.
Quote Nnoor2 11-5-2022 02:21 PM
Dan sampai atas pokok sena ko pegi dek......dari cheras ke kedah noo...
Kurus mak pak ko seminggu duk mikir
Quote TOPwind 11-5-2022 02:43 PM
Kes larilah ni
Quote AnBulisia 11-5-2022 02:49 PM
kes lari le ni
tapi tak sempat minta duit kat apaknya
jadi apaknya tak tau le anak nya lari
Quote babelina 11-5-2022 02:58 PM
nie sure kes lari.. tp alhmdullillah dh jmp..
Quote Decaffeinated 11-5-2022 03:06 PM
Ikut boifren ka dik
Quote mizruncing 11-5-2022 03:25 PM
ishhhh jauh tuu. berani btol lari sampai sane
Quote hanihan16 11-5-2022 03:28 PM
ada gelpren online kat sana ka dik?
Quote imransulaiman 11-5-2022 03:33 PM
Taknak balik asrama kot..
Quote musangbodoh 11-5-2022 03:34 PM
ikut bunian ker..............
Quote any42 11-5-2022 03:37 PM
jauh nau peginya. sehelai spinggang je ke dik ke dah siap2 pack baju aduhai
Quote allshares 11-5-2022 03:56 PM
Decaffeinated replied at 11-5-2022 03:06 PM
Ikut boifren ka dik

Jejans bro. Atau u nk kata dia gayah?
Quote Decaffeinated 11-5-2022 04:05 PM
allshares replied at 11-5-2022 03:56 PM
Jejans bro. Atau u nk kata dia gayah?

Jejans eh? OK la
Quote TomyamPuteh 11-5-2022 04:06 PM
Tak nak blk asrama katanya. Ada la tu. Cuba bapaknya buat Csi tgk.
Quote mrsamz 11-5-2022 04:09 PM
Seram laa esok2 nnt anak aku pon bakal remaja..be prepared kekdahnyerr..doa2 laa jgn ada yg buat perangai
Quote syamzana 11-5-2022 04:10 PM
mujur jmp balik. berbekalkan duit raya ke smpai ke pokok sena sinun. aihhh la anak2 skrg ni.
Quote Nnoor2 11-5-2022 04:14 PM
mrsamz replied at 11-5-2022 04:09 PM
Seram laa esok2 nnt anak aku pon bakal remaja..be prepared kekdahnyerr..doa2 laa jgn ada yg buat per ...

Pada pemerhatian akak selama akak hidupla...anak ni acuan dari mak ayahnya..CTH...kalau mak.ayahnya jenis melawan org tua maka anaknya akan mengikut perangai..

Kalau mak ayahnya kaki gaduh dgn jiran sekeliling maka anaknya akan mengikut...

Jd cara kita kita cerminan anak2 kita...

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 07:17 AM GMT+8 , Processed in 2.305620 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top