CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Suara Besar Susah Diterima, Yasmin Aziz Nak Jadi Pelakon Komedi Pula

11-5-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1016| Komen: 13

Description: Mula dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Yazmin Aziz bagaimanapun tidak mahu membataskan bakat seninya hanya kepada bidang nyanyian sahaja.
Mula dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Yazmin Aziz bagaimanapun tidak mahu membataskan bakat seninya hanya kepada bidang nyanyian sahaja.


Diberi peluang berlakon dalam sebuah telemovie komedi berjudul Bunga Dan Kayu, Yazmin, 20, terbuka untuk menerima lebih banyak tawaran dan tidak kisah jika dia diberi watak komedi.


Foto: IG

"Memanglah saya teruja apabila diberi tawaran berlakon kerana sejak kecil lagi saya sudah pasang impian untuk berjaya dalam seni dan tidak kisah apa bidang sekalipun.

"Saya harap kemunculan pertama sebagai pelakon dapat membuka mata banyak pihak dan diberi peluang lain. Saya tidak ada masalah untuk berlakon komedi dan di Malaysia pun tidak ramai pelakon komedi wanita. Jadi apa salahnya untuk saya lebih serius.


"Menerima respons baik dari penonton membuatkan saya gembira dan sememangnya karakter komedi itu sudah ada dalam diri saya," katanya kepada mStar.



Berkongsi pengalaman di set penggambaran, kata Yazmin ia lebih mudah berbanding membuat persembahan di atas pentas sebagai penyanyi.

Dalam masa sama, penyanyi kacukan Malaysia-Filipina ini akui proses menghafal skrip membuatkan dia lebih mahir bertutur dalam bahasa Melayu.

"Sebagai seorang penyanyi bukan mudah untuk memikat hati penonton kerana perlu betul-betul tahu market dan kehendak pendengar. Apa lagi penyanyi yang bersuara besar seperti saya ini, susah untuk diterima.



"Berlakon pula lebih mudah kerana saya boleh menjadi diri sendiri dan bermain dengan pelbagai karakter.

"Apabila membaca skrip saya boleh belajar lebih banyak penggunaan bahasa Melayu dan sebenarnya tidak sangka saya boleh cepat ingat semua skrip," jelasnya.

Sementara itu, bercakap tentang perjalanan kerjaya selepas menyertai BS22, Yazmin akui jadualnya kini lebih sibuk apabila dia turut diberi peluang untuk menjadi pengacara.



"BS22 adalah platform terbaik untuk orang lebih kenal nama saya. Saya berpeluang mencuba pelbagai bidang baharu dan belajar banyak perkara tentang dunia seni.

"Saya suka dengan jadual yang sibuk kerana ini adalah minat saya sejak dahulu lagi. Kesibukan membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 11-5-2022 12:14 PM
i suka karakter dia ni, very sunny and bubbly.
dan setuju, dia lebih sesuai berlakon dan mengacara dari menyanyi, macam lina pompom
Quote minahmanja 11-5-2022 01:50 PM
Alamak dressing n make up dia c
Quote imransulaiman 11-5-2022 03:35 PM
Dia ni bingit lah masa Big Stage...
Quote kosukeconan 11-5-2022 03:37 PM
tiktok videos sheols mmg funny
tekujat sikit sbb rupanya baru 20 yo, ingatkn dah 25 above
myb sebab dressing sheols
Quote dekmieDandy 11-5-2022 03:40 PM
dressup dia kat big stage hauk tahap 8

kat tiktok nampak ok pulak

sapelar stylist time tu
Quote nawtylulu 11-5-2022 04:21 PM
Blh la besprennn klo nk berlakon ponn. ok jee.. rmai sgt dh penyanyi skrg ni.. smpai x knal..
Quote alieyrina 11-5-2022 04:30 PM
Masa dia nyanyi kat riang raya show aznil haritu..off key n x sedap langsung..aku plak yg segan. Masa show ni baru ku tahu org nya oo budak big stage
Quote Racurve 11-5-2022 05:01 PM
ctcaras suara besar tersenyum sinis

[youtube]0eVSk-JYtpM[/youtube]
Quote codenamedream 11-5-2022 05:16 PM
Yasminnn chuols nyanyi berterabur, selalu off tempo.

iols yg xde ilmu muzik pun berderau dengar chuols nyanyi sumbang mambang tempo lari giler.
Quote sleepandream 11-5-2022 05:48 PM
suara sheols mcm farhan af4 khen...
suara billie eilish pun takdela sedap mana tapi lagu2 sheols mmg kene dgn suara2 malas sheols
Quote wirazam 11-5-2022 10:51 PM
kosukeconan replied at 11-5-2022 03:37 PM
tiktok videos sheols mmg funny
tekujat sikit sbb rupanya baru 20 yo, ingatkn dah 25 above
myb sebab  ...

Muka nampak tua sebelum masanya...baru 20 then rupanya..ke tipu birthday ni?? Tanya je
Quote cheezel 11-5-2022 11:45 PM
Bkn takat suara. Mulut pun lebar nau
Quote bintangct 12-5-2022 12:38 AM
cheezel replied at 11-5-2022 11:45 PM
Bkn takat suara. Mulut pun lebar nau

kaki dia pun lebar benauu..

Lihat semua komen(13)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.084576 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top