CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bergurau Mesra, Suami Mengaku Langsung Tak Cemburu Abby Abadi Rapat Dengan Norman Hakim

10-5-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8672| Komen: 99

Description: Enggan cepat melatah, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria menganggap hubungan antara isterinya dengan bekas suami iaitu Norman Hakim tidak melampaui batas.
Enggan cepat melatah, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria menganggap hubungan antara isterinya dengan bekas suami iaitu Norman Hakim tidak melampaui batas.


Faizal atau mesra disapa Jai berkata, dia juga tidak pernah berasa cemburu dengan keakraban hubungan kedua-duanya.


Foto: IG

"Kami yang berada dalam circle ini tahu apa yang berlaku. Jika ada gurauan antara Abby dan Norman, itu adalah perkara normal. Saya juga tidak pernah rasa cemburu.

"Orang yang memberi komen itu hanya mahukan perhatian. Saya dan Abby hanya tersenyum apabila membacanya," katanya ketika dihubungi mStar.


Jai diminta mengulas tentang komen jahat netizen yang menuduh Abby cuba mendekati Norman semula gara-gara memuat naik foto menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.



Dalam pada itu, Jai berkata, dia dan isteri tidak mengambil serius tentang komen negatif netizen kerana mereka lebih memberi fokus terhadap masa depan anak-anak.

Bagi Jai, baik Abby dan Norman, masing-masing kini sudah mempunyai kehidupan peribadi sendiri dan bahagia bersama keluarga mereka.



"Jika nak fikirkan masalah komen netizen ini secara serius, masalah tidak akan selesai. Jadi biarkanlah mereka nak bercakap. Bukan senang nak tutup mulut semua orang.

"Abby dan Norman sudah lama berpisah. Lebih baik sekarang ini kita semua beri fokus kepada masa depan anak-anak," ujarnya.

Sementara itu, Jai berkata, dia menyokong hubungan baik antara Abby dan Norman demi kepentingan anak-anak mereka.



"Saya tidak mahu Abby dan Norman bermasam muka disebabkan perceraian mereka kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak. Kalau boleh jangan ada sikap benci dalam diri anak-anak.

"Dalam rumah tangga kami memang tiada rahsia. Abby akan beritahu jika mahu keluar bersama Norman dan Memey. Saya tidak ada masalah kalau mereka meluangkan waktu bersama. Kami juga selalu pergi bercuti sama," jelasnya.

Hubungan rapat Abby dan Norman menjadi pertikaian netizen sehingga ada yang menganggap kedua-dua mereka masih menyimpan perasaan meskipun sudah lama berpisah.



Untuk rekod Abby dan Norman 2002 tetapi bercerai pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17, dan Danisha Hakim, 14.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga dengan Jai pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.



Sementara itu Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 10-5-2022 04:44 PM
Dia ni masih retis kah?
Tolong lah fokus pada retis yang ada gred sikit
Tak membina langsung pengetahuan publikasi sosialism ummah porum
Quote airmineral 10-5-2022 04:56 PM
yebbi buat benda² mengundang kritikan org je .
Quote prince_marhaen 10-5-2022 05:06 PM
ye laah bang...nak marah-marah, nak melawan, nak jeles jap lagi kang yebby keluar segala petala langit kan....memey pun dok diam-diam je lahm, jap lagi kena ungkit kes sorong toto kat studio....meols takleh lupa yang yebby sanggup tinggal baby prematured kat ICU sebab nak gi umrah katanya...tinggal laki sorg urus kematian baby beliau... so selfish!
Quote makadek 10-5-2022 06:16 PM
Yebbi ni len macam kalau tak..tkde la normang
Tk sanggp nk madukan memey...
Dia pn bahagia dgn memey
Sudahla yebbi dlm hati ko mmg ade syg lg
Ko bercerey pn tgh syg...napa normang suka memey berbanding ko
Quote mrsamz 10-5-2022 06:49 PM
prince_marhaen replied at 10-5-2022 05:06 PM
ye laah bang...nak marah-marah, nak melawan, nak jeles jap lagi kang yebby keluar segala petala lang ...

Sedehhhh...aku yg anak sihat elok pun tiap hari tak sampai hati nak tinggalkan ke pengasuh..ini kan pulak anak prem duduk nicu..
Quote Mulotkoyak 10-5-2022 07:01 PM
Dgr memey macam pendam perasaan je dgn si abby ni. Ye lahhh nnt lelbih org tuh kan dh merampas hak org. Kalo buat event pape abby yg suke control sana sini. Garang x garang nya abby even event tuh norman and memey pnye, mcm die mastermind bagai. Tabah betol suami si abby ni tgk perangai si abby yg asyik berkepit dgn keluarga si norman. Mmg la pk psl anak2. Tp anak2 dh besar kot. Rase dh bole move on.
Quote likilu 10-5-2022 08:08 PM
Tak terasa forth wheel ke?

It's always about Abby Norman memey, sebab watak suami tu sekejap ada sekejap takde sekejap tukar tukar watak. Ke yang ni dah lama kawen?
Quote asfaz 10-5-2022 08:25 PM
mrsamz replied at 10-5-2022 06:49 PM
Sedehhhh...aku yg anak sihat elok pun tiap hari tak sampai hati nak tinggalkan ke pengasuh..ini ka ...

Tergamak kan. Walhal hayat pun belum tentu dan terbukti tak panjang umur,tak rasa ralat ke tinggalkan anak cmtu.
Quote Nenasketum 10-5-2022 08:55 PM
asfaz replied at 10-5-2022 08:25 PM
Tergamak kan. Walhal hayat pun belum tentu dan terbukti tak panjang umur,tak rasa ralat ke tinggal ...

Aku wonder apa perasaan laki dia. Almaklum lah si Yebbey dah 3 anaknya dengan hero malaya. Anak ngan ko tengah nyawa2 ikan, gigih ditinggalkan. Semoga Jai kawen lain selepas Yebbey menopos, jahatnya aku!
Quote Perawankota 11-5-2022 02:49 AM
Maybe husband x bising sebab si wife nya yg tanggung  family?
Quote Rogue98 11-5-2022 03:02 AM
Geli tengok....dah pernah bersama kan...laki bini masing2 tak kisah sbb tak berapa nak sayang lah tu....
Quote mizruncing 11-5-2022 09:10 AM
ntah laa 1 dlm 1000 org mcm ni. for me klu anak2 kecik lagi ok laa nak mesra mcm ni. ni anak2 semua dah besar n dah paham pon. dorang pon tau nk cari ayah tu mcm mana. nak berbaik nak mesra boleh tp ni dah tahap over sgt. takot lama2 ada yg makan hati je pendam perasaan. yelaa dlm medsod semua yg naiss2 je laa tnjuk kann
Quote chandrahusin 11-5-2022 09:13 AM
tak ambik serius komen Netizen
tapi gigih jgk panjang lebar nak explain kat Netizen
nak fokus anak2 fokus je lah kat anak
sibuk dgn bapak anak2 kenapa?
Quote opie5662 11-5-2022 09:43 AM
Edited by opie5662 at 11-5-2022 09:46 AM

Ciri2 lelaki dayus.... Tak cemburu melihat isteri beramah mesra dgn lelaki lain. Tahniah laki yebby
Quote AshkieLa 11-5-2022 09:53 AM
seram laa relationship dorang ni..
sorang tinggal baby dulu time prem mcm takde hal small matter..
sorang ni tak kisah pulak lagi2 wife ko yg dicurangi ex husband nya tu bukan the other way around..
kalau yebbi yg tinggalkan ex nya make sense gaklaa sbb takde rasa jealous tu..

ke memang tak sayang each other sekadar menikmati each others benefit nih?
Quote virgo19 11-5-2022 10:20 AM
Kalau mcm ct dan teezac tu baru nampak harmoni kan.. selalu gathering, bercuti bersama bagai.. tp nampak ct dan teezac yg rapat, suami masing2 jd watak tempelan je. Kalau abby dgn norman ni mcm cringe sikit, sbb diorg selalu gurau2 gedik2 berdua, mcm teezac dgn tok k takde pulak nak gurau2 gedik.
Quote mamajawie 11-5-2022 10:45 AM
prince_marhaen replied at 10-5-2022 05:06 PM
ye laah bang...nak marah-marah, nak melawan, nak jeles jap lagi kang yebby keluar segala petala lang ...

tau takpe..sejak kes tu aku benci lak ngan si bakyah ni..acah terpaling victim

Quote TabletSusu 11-5-2022 10:55 AM
AshkieLa replied at 11-5-2022 01:53 AM
seram laa relationship dorang ni..
sorang tinggal baby dulu time prem mcm takde hal small matter..
s ...

kaannnnnn.. aku dah lama fikir mcmni. yg sorg tu kenalah baik2 dan rapat2 selagi boleh. boleh lah menempel sekali dpt apa2 yg belah sana dpt. yg sorg lagi kenalah bersabar dgn perangai isteri tu.. klu,bising2 kang.. dia x dpt lah nak menumpang apa2 kemewahan yg si isteri dpt tu
Quote laksmanabentan 11-5-2022 11:02 AM
Perawankota replied at 11-5-2022 02:49 AM
Maybe husband x bising sebab si wife nya yg tanggung  family?

hahahhaa.a.... bewok ker uoollsss???

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061529 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top