CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cita-Cita Nak Jadi Ibu Dan Kahwin Awal, Elyana Dedah Dia Yang Lamar Suami

9-5-2022 02:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1645| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Bersempena Hari Ibu yang disambut pada 8 Mei (semalam), penyanyi Elyana yang memasang impian untuk berkahwin awal mendedahkan dia yang terlebih dahulu melamar suaminya, Khairul Anuar Husin.Berkongsi p ...

Bersempena Hari Ibu yang disambut pada 8 Mei (semalam), penyanyi Elyana yang memasang impian untuk berkahwin awal mendedahkan dia yang terlebih dahulu melamar suaminya, Khairul Anuar Husin.

Berkongsi perkara itu di Instagram, kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu itu, dia sama sekali tidak kisah dengan tanggapan orang asalkan hajatnya itu dapat dipenuhi.

"Cita-Cita saya daru dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal. Sebab tu saya yang melamar suami.


"Masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin. Alhamdulillah, tercapai.


"Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga," coretnya.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 35, mendirikan rumah tangga dengan Khairul pada 19 November 2010. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah.

Wanita itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Cahaya Ramadhani.


Elyana yang juga seorang pelakon mengumumkan dia sudah tujuh tahun bertarung melawan penyakit barah limfoma tahap empat selepas tersingkir dalam pertandingan Gegar Vaganza musim keempat.



Pada 8 Disember 2021, Elyana berkongsi berita gembira memaklumkan dia sudah disahkan bebas daripada kanser limfoma. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 9-5-2022 02:55 PM
Harap elyana kongsikan panduan dan nadihat bagaimana dia akhirnya bebas dari kanser.
Quote Mamajiyem 9-5-2022 05:13 PM
Semoga terus sihat elyana

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.093663 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top