CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simpan Mayat Ibu Dalam Tandas Sebab Tak Tahu Nak Buat Apa

9-5-2022 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 662| Komen: 0

Description: Tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadap mayat ibunya menyebabkan seorang wanita di Jepun menyimpan mayat itu di dalam tandas rumah.
Tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadap mayat ibunya menyebabkan seorang wanita di Jepun menyimpan mayat itu di dalam tandas rumah.


Penganggur berusia 47 tahun itu melakukan demikian di kediaman terletak di Kagoshima.

Perbuatannya terbongkar apabila pihak berkuasa wilayah melawat rumah terbabit pada 26 April dan curiga dengan kelakuan wanita itu.


Gambar hiasan

Pegawai yang melawat juga pelik apabila mendapati lalat berterbangan dalam rumah, khususnya di kawasan tandas sebelum bertindak menghubungi polis.


Media tempatan dipetik Japan Today melaporkan polis menemui mayat warga emas, Oyama, 79, dan menahan anaknya, Setsuko Suzuki atas pengabaian berkenaan.

Dalam soal siasat awal, Setsuko memberitahu polis bahawa ibunya meninggal dunia dua minggu sebelum kunjungan pegawai wilayah dan dia menyimpan mayat di dalam tandas kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Polis memaklumkan bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca kematian Oyama.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.041969 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top