Sambutan Hari Raya tahun ini agak mengejutkan apabila pengumuman mengatakan hari raya jatuh sehari awal daripada tarikh yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia membuat persiapan dalam keadaan panik kerana tidak menyangka perkara ini terjadi. Pelbagai ragam rakyat Malaysia dan golongan selebriti dapat dilihat di akaun media sosial apabila semuanya menjadi kelam-kabut menyiapkan juadah hari raya. Sumber: Instagram Intan Najuwa Antara selebriti yang turut panik membuat persiapan raya ialah pelakon cantik Intan Najuwa. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok Intan, kelihatan dia sedang bertungkus-lumus memasak juadah hari raya bersama ahli keluarganya. Dengar cerita sampai tidur lewat semata-mata mahu menyiapkan juadah raya. Intan juga kelihatan tidak kekok seperti sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur. Hal ini menyebabkan ramai terpegun dengan kebolehan pelakon cantik ini yang serba boleh dalam semua hal. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Intan sangat cekap di dapur. Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan hantaran RM30,000 juga tidak menjadi masalah apabila mempunyai kebolehan dalam pelbagai hal. - CARI |
virgo19 replied at 9-5-2022 11:20 AM
Meluat betul dgn lelaki2 yg komen mcm ni.. ingat 30k tu banyak sgt ke, kalo nak dibandingkan dia mas ...
aemon replied at 9-5-2022 12:05 PM
si intan ni bye felicia je kat jantan miskin cakap 30k tu tinggi. hei, look at her house! macam lang ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054250 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.