CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asing Sampah Mulai 1 September - Pengarah SWcorp

31-7-2015 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11486| Komen: 47

Description: Berkuatkuasa 1 September ini, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan oleh SW Corp dalam mewujudkan kesedaran kepada isi rumah bagi pelaksanaan pengasingan sisa di punca.

sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/



Berkuatkuasa 1 September ini, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan oleh SW Corp dalam mewujudkan kesedaran kepada isi rumah bagi pelaksanaan pengasingan sisa di punca.


Menurut pengarahnya, Datuk Mohd Nor Affandi Abd Aziz, proses pengasingan sisa di punca membabitkan pengasingan sisa pepejal isi rumah mengikut komposisi sisa iaitu plastik, kertas, logam adan sisa pukal. 

Manakala sisa kebun dimasukkan dalam beg plastik berasingan dan diikat serta diletakkan di tepi tong sampah beroda pada hari kutipan.

“Orang ramai juga diwajibkan mengasingkan sampah-sampah ini dalam tiga beg plastik berlainan selain mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula,”

Kini SW Corp dalam proses memberi taklimat dan pendedahan kepada penduduk di kawasan perumahan sebagai panduan komuniti untuk melaksanakan pengasingan sisa di punca, katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari raya jabatan itu di Jalan Berserah semalam.

Sebanyak 80 peratus risalah sudah diedarkan di kawasan perumahan di negeri ini setakat ini dan 
kompaun akan dikenakan sekiranya tidak melaksanakan pengasingan berkenaan. - CARI Infonet




10

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cammie1711 31-7-2015 09:55 AM
asing dalam 3 plastik sampah..

so, mcm mana org yg kutip sampah tu nak tau?
campak dlm lori, bercampur jugak kesudahannya kan?
Quote bellaa 31-7-2015 09:59 AM
cammie1711 replied at 31-7-2015 09:55 AM
asing dalam 3 plastik sampah..

so, mcm mana org yg kutip sampah tu nak tau?

selotape kertas A4 atas plastik sampah tuu
Quote cammie1711 31-7-2015 10:05 AM
bellaa replied at 31-7-2015 09:59 AM
selotape kertas A4 atas plastik sampah tuu

oh..so kena mark la eh?

reti ke bangla nepal tu nak baca...

kan bagus kalau majlis perbandaran upgrade je tong sampah kita tu...
Quote namirulmukminin 31-7-2015 10:05 AM
Ko dah dibayar utk keje2 pengurusan sampah tu kan??? Ko je la yang asingkan.... banyak songeh pulak SWCorp neh...

Kata start bulan 9 ni penduduk akan dikenakan caj utk pengurusan sampah... lagi nak suh orang asing2kan pulak... Suruh orang bayar... tapi keje MALAS!!! Phuiii!!!!
Quote soebyuk 31-7-2015 10:13 AM
emmm ...  pengasingan sampah klu kita jenjalan  boleh lah kita campak terus dalam tong asing2 tuh . tapi kalau kat rumah tetiap pagi   buang sampah dalam tong nak kena asing2 susah juga .  nak kena fikir cara pack sampah lah . Lori sampah datang 2 hari sekali kutip sampah.  so 2 hari sekali lah buang samapah? aishh ...
Quote krustykrab 31-7-2015 10:21 AM
bellaa replied at 31-7-2015 09:59 AM
selotape kertas A4 atas plastik sampah tuu

kena hujan habih relai kertas
Quote krustykrab 31-7-2015 10:23 AM
namirulmukminin replied at 31-7-2015 10:05 AM
Ko dah dibayar utk keje2 pengurusan sampah tu kan??? Ko je la yang asingkan.... banyak songeh pulak  ...

betul tu...diorg kena train staf2 yg kutip sampah tu, lepas bukak tudung sampah tutup elok2 balik...ni dicampaknya sesuka hati merata2, kalau hujan habis penuh air dlm tu...


Quote bellaa 31-7-2015 10:26 AM
krustykrab replied at 31-7-2015 10:21 AM
kena hujan habih relai kertas

Mcm consignment note utk courier Poslaju / Gdex / Citilink / Nationwide. Ada plastik kan bila tampal atas item

Kita kena buat camtu le kot. Tapi patot syarikat sampah tu lah provide kat tiap umah.

Suruh rakyat pulak.
Quote gaara_X 31-7-2015 10:28 AM
dah kena sediakan 3 tong sampah kat umah plak....hihkhihkhihkhihihkk...ado satu pun dah sempit
Quote bellaa 31-7-2015 10:28 AM
cammie1711 replied at 31-7-2015 10:05 AM
oh..so kena mark la eh?

reti ke bangla nepal tu nak baca...


Tu la pasai..

Rakyat mcm sis lebih bijak berpikir solution dari menteri umngok

Quote lavender_aqua 31-7-2015 10:29 AM
cakap senang la

dah la kat sini isnin khamis je kutip

dulu kutip isnin, rabu, jumaat
Quote soebyuk 31-7-2015 10:31 AM
krustykrab replied at 31-7-2015 10:23 AM
betul tu...diorg kena train staf2 yg kutip sampah tu, lepas bukak tudung sampah tutup elok2 balik. ...

betul yg nih memang kena ingatkan kat pekerja2 dorang. ada ke setiap kali dorang kutip sampah kita pulak yg kena cari tong sampah kita .

Quote cmf_premierleag 31-7-2015 10:38 AM
masalahnya kat malaysia ni, bukan saja warga lokal yg tinggal kat sst kawasan
ummah PATI pun ramai yg stay area yg sama
so, kalo DNA PATI sememangnya bengap dan pengotor, lagi nak suruh depa blaja asing2 sampah bagai
ada ummah PATI ni kesah???
Quote harmerz01 31-7-2015 10:42 AM
Ada negeri yang tak terbabit dengan akta ini
Quote tepisket.. 31-7-2015 10:43 AM
Kalo dekat melaka derg da pakai sistem ni sejak tahun lepas lagi. Sistem kutipan 2+1. Negeri lain pon boleh ikut juga. Sila la baca utk lebih kefahaman.. program kutipan.jpg
Quote Star_el 31-7-2015 10:44 AM
"tong sampah beroda" provided ke kena beli sendiri?
Kalau rumah sendiri aku mmg ok je nak buat camni, masalahnya menyewa ramai2 woi!
Quote revolusi_30 31-7-2015 10:44 AM
Akak mau subsidi tong sampah. Baru akak buat b
Quote mak 31-7-2015 11:19 AM
saper tgk rancangan Alkhawater TVAlhijrah 2 hari lepas?...u tgk camne org Korea buang sampah2 mereka.
Berhemah u...mana2 yg boleh dikitar semula spt botol plastik dan penutupnye diasingkan berasingan.
kotak minuman yg dah digunakan, digunting, dicuci dan dikeringkan..plastik pembungkus makanan segera
pun dorang simpan untuk dikitar semula..pendek citer segala sampah2 yg boleh dikitar semula tidak dibuang
terus ke dalam tong sampah..

Siap ada penduduk sukarela untuk mengumpul barang2 kitar semula ni di Blok memasing and ada jadual jugak
bila hari2 tertentu untuk buang sampah2 yang boleh dikitar semula ini..Persekitaran apartment pun nampak bersih.

Quote mommymonster82 31-7-2015 11:21 AM
namirulmukminin replied at 31-7-2015 10:05 AM
Ko dah dibayar utk keje2 pengurusan sampah tu kan??? Ko je la yang asingkan.... banyak songeh pulak  ...

Setuju......

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.113619 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top