CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dapat Je Wang KWSP RM10,000, Terus Serah Pada Ibu!

20-4-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5719| Komen: 83

Description: Pembayaran 'one-off' bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 mulai Isnin nyata menggembirakan ramai, lebih-lebih lagi menjelang ketibaan 1 Syawal.
Pembayaran 'one-off' bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 mulai Isnin nyata menggembirakan ramai, lebih-lebih lagi menjelang ketibaan 1 Syawal.


Segelintir pencarum sudah mengeluarkan wang tersebut untuk pelbagai tujuan dan rancangan masing-masing seperti tabungan, pelaburan dan pembayaran untuk komitmen lain.

Namun perkongsian seorang pemuda mengenai bagaimana dia memanfaatkan wang pengeluaran khas tersebut dikagumi ramai.

Mana tidaknya, pemuda ini menyerahkan kesemua wang dikeluarkannya itu kepada ibu tercinta!



Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Amran Aminudin berkata, dia sememangnya sudah berniat sejak awal untuk menyerahkan wang tersebut kepada ibunya, Hajjah Nulia, 64, ketika kerajaan mengumumkan kebenaran pengeluaran khas tersebut.

"Masa dua inisiatif terawal yang kerajaan umumkan sebelum ini, saya keluarkan namun tak beri semua kepada ibu. Saya hanya beri untuk keperluan dapur, bil, dan ubah suai rumah serba sedikit.

"Jadi saya rasa tak puas apabila duit itu habis macam tu saja di tangan saya. Bila perdana menteri umum beri kebenaran pengeluaran khas KWSP kali ini, saya berniat nak beri kepada ibu," ujar pemuda yang bekerja sebagai juru ukur di sebuah syarikat pembinaan di Tawau, Sabah.

Menurut pemuda berusia 32 tahun ini, sebaik permohonannya diluluskan dan berjaya mengeluarkan wang berkenaan, dia segera membuat kejutan kepada ibunya.

"Saya ajak ibu pergi ke bank dan dia menunggu di dalam kereta. Ibu tak tahu pun saya ke bank atas urusan apa. Apabila saya serahkan wang kepadanya, ibu speechless.

"Ibu tanya dari mana dapat duit banyak macam ini dan saya akhirnya beritahu dia. Ibu tanya kenapa tak simpan saja untuk digunakan pada hari tua atau buat duit kahwin.

"Saya katakan padanya, duit kahwin itu saya dah sedia tabungan lain. Duit ini khas untuk ibu. Saya ada alasan sendiri. Ibu saya dah tua, saya masih muda tapi kita tak tahu ajal masing-masing.

"Saya bimbang tak dapat beri kesenangan kepadanya. Mungkin bagi orang lain RM10,000 itu tak seberapa, tapi ia besar bagi saya," ujarnya.

Tambah Amran, sebagai anak lelaki, dia cuba menunaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa dengan menghargai pengorbanan mereka selama ini, lebih-lebih lagi dia sendiri masih belum berkeluarga.



"Ibu bukanlah seorang yang suka meminta-minta. Saya juga setiap bulan tidak pernah lupa untuk beri duit belanja kepada mereka. Sejak bekerja pada 2016, Alhamdulillah, saya boleh juga bantu mereka renovate rumah.

"Saya berjauhan dengan ibu bapa selama tujuh tahun lebih sebab melanjutkan pelajaran. Jadi bila bekerja, saya mohon kerja di Tawau tak kisah gaji kecil atau besar sebab nak dekat dengan mereka. Tambahan adik beradik lain pula sudah berkahwin.

"Saya tak puas lagi nak berbakti kepada mereka. Saya tak ralat, lagi pula rezeki tu sentiasa cukup malah bertambah. Kalau saya dah kahwin nanti, mak tak dapat merasa seperti sekarang.Jadi bab jodoh tu, kalau ada, ada lah nanti," ujar anak bongsu daripada empad adik beradik ini lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya di Facebook menjadi tular, Amran berkata, dia sama sekali tidak berniat untuk mencari publisiti atau meraih perhatian ramai, sebaliknya sekadar berkongsi kegembiraan kerana dapat memanfaatkan wang kepada ibu tercinta.



"Apa yang dibuat ini bukan untuk pujian. Sebelum ini juga saya biasa berkongsi mengenai apa yang saya lakukan untuk ibu bapa. Saya harap sedikit sebanyak dapat jadi sumber inspirasi kepada orang lain. Namun kesedaran datang dari diri sendiri.

"Saya sedar ada yang kata saya menunjuk, ada yang ingatkan bahaya bimbang kena rompak. Bagi saya itu sudut lain. Saya harap orang ramai terima secara positif dan lihat apa mesej utama yang nak disampaikan," ujarnya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 20-4-2022 10:24 AM
Memang menunjuk pun tp bukan riak laa..
Quote krustykrab 20-4-2022 10:28 AM
Mesej utama ko.mmg nak show off kan
Harap perompak tak mark.la muka mak ko
Quote annehuda 20-4-2022 10:28 AM
harap-harap ibu ko habiskan jelah rm10k tu. kalau tak smpt habiskan satgi berebut ngan adik-beradik plak sbb dah jadi pusaka
Quote insulin 20-4-2022 10:36 AM
Pengajaran yang boleh disimpulkan ni adalah manusia walau dah berumur atas 60 tetaplah ada nafsu nak berbelanja benda2 yang tak penting.
Quote Miss.Rara 20-4-2022 10:46 AM
tak paham kenapa mesti withdraw cash byk macam tu dan amik gamba dan post ke sosial media??

online transfer jer laaa kat akaun mak ko..

nak shoping pakai laa kad debit...

perompak dimana mana...
Quote mizruncing 20-4-2022 10:47 AM
untung mak nyee..
Quote Buritan 20-4-2022 10:52 AM
krustykrab replied at 20-4-2022 10:28 AM
Mesej utama ko.mmg nak show off kan
Harap perompak tak mark.la muka mak ko

Kannn.. tnjuk muka lagi abislaaa.. kalo aku perompak mmg aku aim mak dia ni
Quote xtinkerbellx 20-4-2022 10:59 AM
Bagusla menunjuk
Quote rospinki 20-4-2022 11:05 AM
kt umah dah takde ws grop tu bkan show off
Quote rospinki 20-4-2022 11:07 AM
typikal sabahan
Quote lattehazelnut 20-4-2022 11:08 AM
Meriak la bodo..
Org lain belikan mak rumah, kereta, xpun sponsor cabinet dapur xde nak meriak..
Quote ChildrenOfBodom 20-4-2022 11:08 AM
Yalah kaw sorang terpaling anak misali, puihhhh
Quote tobobon 20-4-2022 11:25 AM
Miss.Rara replied at 20-4-2022 10:46 AM
tak paham kenapa mesti withdraw cash byk macam tu dan amik gamba dan post ke sosial media??

online  ...

untuk tarik clout kot

cuba check maybe heols jual2 something ker...tu yg perlu menunjuk heols anak mithali
Quote kotakominami 20-4-2022 11:34 AM
Kalau bace dari awal sampai abis memang mcm nak promote diri je..
- saya bg belanja bulan
-saya beli brg dapur, bil, ubah suai rumah
- saya bg 10k
Dik, ko takyah sebut la pasal sumber inspirasi bagai...ni bukan zaman alip sukri mula nak up dulu.. tak payah la dik..silap haribulan adik beradik ko pon terasa mcm useless tak dapt bg byak tu kat omak ko. Ko nak feel gud ko sorang2 je lah..biar tuhan dan omak ko je yg tau....
Quote Suchi 20-4-2022 12:00 PM
Dia bg mak dia 10k pastu yg duit cash kat tgn mak dia tu duit 10k tu ke pastu gelang besor tu dia bg gak ke atau mak dia beli guna 10k tu?
Yg open table makan ramai2 tu dia gakla yek banjer guna duit lain la kan yela 10k cash dh bg kat mak.

Quote Suchi 20-4-2022 12:03 PM
kotakominami replied at 20-4-2022 11:34 AM
Kalau bace dari awal sampai abis memang mcm nak promote diri je..
- saya bg belanja bulan
-saya beli ...

Sebut pasal ni iols pun tak selesa kalau adik badik bg duit cash byk2 kat mak pak dedepan anak2 yg lain.
Cth yg bagi sprais bouquet tu, hamik 1000 terus cash bagi gituh je.
Kalau seratus dua tu ok lg ni ribu2 ermm better transfer jela dendiam dlm acc mak tu.
Nih nak gak org lain tahu kan.. buat adik badik lain yg tak dapat bg byk2 tu terasa hati je
Quote alieyrina 20-4-2022 12:09 PM
Mcm bodoh pun ada noh..org sera nak sorok status pengeluaran
Quote Decaffeinated 20-4-2022 12:25 PM
Semoga selamat ko kena kecam dek.

Harap jangan murung ja lah.

Quote salimrock 20-4-2022 12:29 PM
Miss.Rara replied at 20-4-2022 10:46 AM
tak paham kenapa mesti withdraw cash byk macam tu dan amik gamba dan post ke sosial media??

online  ...

1 je sebab , nak SHow off la tu , orang lain boleh show off duit, dia pn teringin juga nak show off

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052587 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top