CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

6 Tahun Jadi Hamba Najis Dadah Satu Penyesalan Terbesar Ezad Lazim

15-4-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2276| Komen: 14

Description: Tiada manusia di muka dunia ini yang terlepas daripada melakukan khilaf dan begitulah juga yang berlaku kepada vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim.Dedah pemilik nama lengkap, Mohd. Rohaizad Mohd. Lazi ...
Tiada manusia di muka dunia ini yang terlepas daripada melakukan khilaf dan begitulah juga yang berlaku kepada vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim.

Dedah pemilik nama lengkap, Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim itu, pernah terjerumus dalam najis dadah selama enam tahun, perkara tersebut merupakan penyesalan terbesar dalam hidupnya.


Kredit foto: Kosmo

“Saya tak pernah menyesal jadi artis dan pilihan itulah yang telah memanusiakan saya. Saya pernah berada dalam fasa hidup salah percaturan dan disebabkan silap sendiri, saya pernah selama enam tahun menjadi hamba najis dadah.

“Itulah satu penyesalan terbesar yang saya harap tak pernah terjadi dalam kehidupan saya sebagai seorang manusia,” katanya.

Ujar pelantun lagu lagu Demi Cinta itu lagi, disebabkan terlibat dengan najis dadah ketika itu, dirinya hampir berputus asa untuk mendepani kehidupan.

“Saya mengalami zaman kejatuhan dan kegelapan ketika itu hingga saya pernah putus asa dalam hidup. Dadah hampir membuatkan kehidupan dan kerjaya saya musnah.

“Sungguhpun begitu, berkat sokongan orang tersayang dan para peminat yang sentiasa memberikan semangat memberikan saya inspirasi dan motivasi untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semasa ke sesama,” katanya.

Dalam pada itu, Ezad 43, merakamkan ucapan terima kasih buat individu yang sangat berjasa dalam hidupnya iaitu isteri tersayang, Nor Azeana Ramli.

“Saya beruntung kerana isteri tercinta, Nor Azeana Ramli yang dinikahi sejak 2013 menjadi nadi dan tulang belakang. Isteri jugalah yang menjadi pengurus saya.

“Alhamdulillah saya masih berdiri di sini memberi dan berkongsi karya seni buat mereka yang setia menyokong.

“Secara peribadi, apa yang dapat sekarang ini sudah cukup terbaik untuk saya dan keluarga. Diberi kesihatan yang baik dan masih lagi dapat berkarya sudah cukup memadai buat saya,” jelasnya lagi.

Terdahulu pada 2014, Mahkamah Majistret Selayang mengenakan denda kepada Ezad sebanyak RM3,500 dan berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas penyanyi itu mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 15-4-2022 03:12 PM
Antara yg berjaya recovered dari najis dadah. Tahniah. Sejak gegar veganza, takde la tenggelam, ada je lagu kat radio and show2.
Quote nanies 15-4-2022 03:29 PM
dia kalo yg suara sedap2 ni mesti amik dadah. dorg hadap tekanan teruk kot?
Quote SherryZass 15-4-2022 03:32 PM
kenapa ya artis ni mesti ada yg terlibat mendadih.
Quote hanihan16 15-4-2022 03:36 PM
i kagum dgn spouse yg sanggup dan yakin memberi support utk pasangan berubah & terus mantain perubahan itu. patut nampak ezad ni sayang benau kat bini dia tu walaupun kdg2 macam sengal2 jugak peel bininya, dia  layankan aje. so kudos utk bininya lah. lagipun selain menyanyi diorg ni ada bisnes uniform sekolah dgn burger jgk kan? takde la bergantung hidup kat nyanyian je
Quote kucingitam 15-4-2022 04:16 PM
SherryZass replied at 15-4-2022 03:32 PM
kenapa ya artis ni mesti ada yg terlibat mendadih.

teringat dialong Billy Mack dalam filem Love Actually masa dia buat promosi lagu dia kat TV
'Kids, don't buy drugs, be a Rockstar u can get it for free'


Quote belacan_gurl 15-4-2022 07:01 PM
Tapi mmg pujian utk dia sbb berjaya larikan diri dari najis dadah
Quote dudaberhias 15-4-2022 07:06 PM
SherryZass replied at 15-4-2022 03:32 PM
kenapa ya artis ni mesti ada yg terlibat mendadih.

circle of friends kot lepastu nak kena catchup dengan circle gitu untuk fame & job pulak tu kaka...kalau tak kawan dengan orang2 macamni... macam mana nak femes n dapat pengaruh kan...
samada kita terjebak ke tidak jer...
Quote Acikgomen 15-4-2022 07:58 PM
dudaberhias replied at 15-4-2022 07:06 PM
circle of friends kot lepastu nak kena catchup dengan circle gitu untuk fame & job pulak tu kaka.. ...

Bernas betul komen chuols sejak dua menjak ni yach
Quote sleepandream 15-4-2022 08:42 PM
dudaberhias replied at 15-4-2022 07:06 PM
circle of friends kot lepastu nak kena catchup dengan circle gitu untuk fame & job pulak tu kaka.. ...

jgn salah kan kawan... salahkan diri sendiri... diri sendiri tu la yg jadi "kawan" pada orang lain yach...
Quote NekNgah 16-4-2022 11:47 AM
Alhamdullillah dapat lepas kan diri.  Semoga menjadi pengajaran kepada orang lain.

Suara sedap, semoga terus maju jaya.
Quote MatDeghem 16-4-2022 12:56 PM
SherryZass replied at 15-4-2022 03:32 PM
kenapa ya artis ni mesti ada yg terlibat mendadih.

Tekanan  bila nak buat performance... Supaya onzz, bertenaga dan on the ball.  

Dulu pernah dengar citer.. Ella Rasa Kata nya togok cough mixture bila nak naik pentas buat performance. Dgr citer...

Quote SherryZass 18-4-2022 07:53 AM
MatDeghem replied at 16-4-2022 04:56 AM
Tekanan  bila nak buat performance... Supaya onzz, bertenaga dan on the ball.  

Dulu pernah denga ...

ohh..kira boleh give to the full lah ye gitu. tapi masalah bukan artis famous pun. sejak mendadih lagilah sendurina. adoiii.. tapi bagus gila la bini dia stay walaupun mendadih
Quote lasagna 18-4-2022 08:02 AM
alhamdulillah.. tapi lama gak 6 taon tu. iols prnh nmpk dia kurus melidi n cengkung msa dia join maharaja lawak tak silap, tgk lain mcm appearance dia. time tu br tau dia mendadih, dan masa tu heols blom kena tangkap lg.
Quote mizruncing 18-4-2022 11:47 AM
teringat kes dia mendadih dulu. alhamdulilah now dah berjaya mensucikan diri. suka suara dia yg mcm telan kaset

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045461 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top