CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Lagu Nombor 1 Carta Radio, Kudsia Kahar Dedah Kena Rasuah Beli Iklan Banyak Dulu

24-2-2022 01:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8739| Komen: 61|Original author: Tatod

Description: Bekas penyampai radio Era yang juga pernah memegang jawatan tinggi di syarikat gergasi Astro, Kudsia Kahar mendedahkan sikap pengarah syarikat media yang menjual kedudukan nombor satu kepada penyanyi ...

Bekas penyampai radio Era yang juga pernah memegang jawatan tinggi di syarikat gergasi Astro, Kudsia Kahar mendedahkan sikap pengarah syarikat media yang menjual kedudukan nombor satu kepada penyanyi tempatan.

Kudsia menerusi Twitter menciap bahawa kegiatan rasuah bermula dalam kalangan barisan pengarah syarikat hingga memberikan impak buruk terhadap periuk nasi artis tersebut.

Katanya, sesiapa sahaja yang membeli lebih banyak iklan memiliki kelebihan lagunya berada pada kedudukan nombor satu dalam senarai carta lagu radio.



"Mungkin satu hari nanti ada yang bongkar. Saya pernah dimaklumkan, individu yang tamak itu selamba minta telefon, tablet dan kasut baharu sebelum sesebuah lagu itu disiarkan.

"Kalau situasi ini masih berlaku maka lingkuplah industri muzik kita. Masalah ini sudah lama berlaku. Tidak seteruk dahulu tetapi masih ada insan korup seperti ini.

"Ketika isu ini didedahkan sekitar tahun 90-an, dikatakan label muzik tidak mampu membayar kos pay-to-play (PAYOLA), bajet pemasaran yang disediakan agak rendah berbanding bayaran pemasaran yang meningkat menyebabkan artis mereka hanya menerima bayaran yang kecil," katanya.


Malahan, kata Kudsia lagi, ada wakil daripada label muzik yang mendedahkan pihak mereka terpaksa menghadiahkan set sofa untuk artis rakaman mereka yang baharu berkahwin.

Dia berharap sistem PAYOLA sudah tidak wujud lagi apatah lagi artis tempatan ramai yang kehilangan punca pendapatan sepanjang pandemik.

"Baru sekarang dapat cari makan sekali lagi. Tolong laporkan individu yang meminta rasuah kepada Mcmc React sekiranya anda dipaksa untuk memberikan sesuatu sebagai balasan untuk memainkan lagu anda.

"Untuk mengakhiri bebenang ini, jumlah individu yang bermoral dan beretika lebih ramai berbanding golongan yang menerima sogokan. Jangan anggap semua korup tapi akibat nila setitik...



"Bantu artis kita untuk bangkit kembali. Sila beli, jangan muat turun muzik mereka secara haram," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang sedikit sebanyak dapat 'melihat' senario dan permainan dunia hiburan. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 24-2-2022 01:47 PM
Setakat no 1 carta radio je pun.buat apa nak berhabis.
Lain la no 1 dunia
X berbaloi
Quote irvene 24-2-2022 01:52 PM
anna jobling versi gelap
Quote belacan_gurl 24-2-2022 01:54 PM
Mesti radio era khennnn
Quote uori 24-2-2022 02:04 PM
kalau nak perjuangkan sangat isu ni, kenapa tak perjuangkan time ko keje kat stesen radio dulu?
Quote babelina 24-2-2022 02:08 PM
uori: kalau nak perjuangkan sangat isu ni, kenapa tak perjuangkan time ko keje kat stesen radio dulu?


knnn.. dulu2 ko senyap.. la nie baru nk bising.. cian la artis2 yg no 1 tu di carta tu.. hahaha
Quote Supersirap 24-2-2022 02:10 PM
Baguslah lepas ni satu per satu isu ini dibogelkan
Quote Minami2013 24-2-2022 02:11 PM
Dulu2 lagu balance je keluar. Tp sejak wujud era muzik terkini, mmg ulang2 lagu sama sampai ajm. Skrg ni most station radio pun mcm tu. Best dulu2 dgr radio muzik.

Quote esbok 24-2-2022 02:17 PM
aku dengar radio lagu klasik je ha, entah aku dah tua ke, atau mmg radio2 sekarang memboringkan
Quote Tembikaigoreng 24-2-2022 02:23 PM
Benda biasa...brainwash penonton untuk terima yang artis tu memang hot n tiptop...kenapa semua nak terkejut?? Xde makna radio nak putar lagi kau 24 jam tanpa apa² balasan LOL. Nasib ahh skrg ada platform lain...tapi view kat utub pun boleh beli skrg.... yg xboleh beli number trending Tu je haahhaah
Quote hashashes 24-2-2022 02:34 PM
Minami2013 replied at 24-2-2022 02:11 PM
Dulu2 lagu balance je keluar. Tp sejak wujud era muzik terkini, mmg ulang2 lagu sama sampai ajm. Skr ...

Radio muzik, stesyen muzik anda kan tagline dia. Haha zaman dinosaur tu. Aku suka segmen pilihan bersama tu hari2 check suratkhabar kot ada lagu yang aku suka diudarakan
Quote edoraixora 24-2-2022 02:36 PM
uori replied at 24-2-2022 02:04 PM
kalau nak perjuangkan sangat isu ni, kenapa tak perjuangkan time ko keje kat stesen radio dulu? :lol ...

Kalau perjuangkan masa masih keje, alamatnya umpama  menabur pasir dalam periuk sendiri lah.
Quote jijilaaa 24-2-2022 02:42 PM
yes kat radio banyak lagu ulang2...naik jemu dengar. sbb tu prefer spotify or utube...leh buat playlist sendiri...pilih sendiri
Quote elzy 24-2-2022 02:43 PM
Patutlah lagu kat radio sekarang tak best, asyik ulang siar.. Lagu A B C takde maksud dok ulang-ulang sampai muntah ..
Quote tepisket.. 24-2-2022 02:49 PM
Skrg org cari kat spotify, itune dgn joox. Mana nak tggu depan radio je mcm dulu
Quote Kurex 24-2-2022 02:58 PM
esbok replied at 24-2-2022 02:17 PM
aku dengar radio lagu klasik je ha, entah aku dah tua ke, atau mmg radio2 sekarang memboringkan

Aku pun dengar klasikfm
Quote KamikuP 24-2-2022 03:00 PM
EX Ceo Astro si hanat Rohanat pun kangkang/berselingkuh selama 10 tahun dapat rumah kat london lagi so what do you expext dng asterok noob nih.. ekekeke pui punya biatch Rohanat!
Quote Gianna111 24-2-2022 03:06 PM
esbok replied at 24-2-2022 02:17 PM
aku dengar radio lagu klasik je ha, entah aku dah tua ke, atau mmg radio2 sekarang memboringkan

dan tak ada etika .bodoh bangang dah mcm borak kedai mamak.
Quote kolaser 24-2-2022 03:10 PM
dulu awal 90an aunty aku jdi PA to one of AR Manager di syarikat rakaman penah citer...DJ radio dulu2 pon mintak2 something kt PR Officer syarikat rakaman klu nak lagu2 sllu on air...ada yg mintak perfume baju dsb nya...
Quote Meiizu 24-2-2022 04:00 PM
Dia ni org apa..nama kudsia takpenah dgr
Dulu kecik2 dgr nama tu ingatkan dia yenna...eh tapi sampai skrg pun tatau dia org apa

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.215469 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top