Baru sahaja nak lega, balu Abam, Nor Hidayah bakal kembali ke mahkamah tak lama lagi. Ini disebabkan Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat yang berpihak kepadanya.
Wujud beberapa fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu katanya. "Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi. "Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti.
"Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan," katanya kepada mStar. Ditanya tentang keyakinannya untuk mencabar keputusan berkenaan di peringkat yang lebih tinggi, Ali Puteh berkata dia sekadar mahu menggunakan saluran perundangan yang ada. "Saya ada ruang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul. Jadi saya akan kongsikan di Mahkamah Tinggi nanti. "Apa pun keputusan hari ini saya okey saja, saya akur. Saya tak marah atau nak mengamuk... saya hormati keputusan mahkamah."
|
Sheila1987 replied at 18-2-2022 02:37 PM
Rumah arwah abam dia duduk kan? Mesti dia takut rumah tu dpt ke dayah ngan hamzah.
awex^returns replied at 18-2-2022 02:24 PM
tak yah nak bazir duit lah ali, ko takkan menang punya
baik lah ko simpan duit ko sebab kalau kalah ...
kepompong replied at 18-2-2022 02:50 PM
tak boleh lupa ayat2 dia kata nak buat bilik kecik kat belakang dayah & hamzah boleh menyewa
Sheila1987 replied at 18-2-2022 02:58 PM
Yang pernah dengar ayat dia cakap dia x pernah halau dayah ngan hamzah. Depa yang kuar sendiri. Ya ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
30-9-2023 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.124295 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.