CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beratur Beli Barang Mewah Untuk Orang Kaya, Lelaki Dapat Upah Hampir RM1 Ribu Sehari

28-1-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2251| Komen: 12

Description: London – Seorang lelaki di Britain bekerja sebagai ‘pakar’ beratur buat golongan kaya yang enggan menunggu dalam barisan apabila mahu membeli-belah barangan berjenama, lapor laman Oddity Central. . ...
London – Seorang lelaki di Britain bekerja sebagai ‘pakar’ beratur buat golongan kaya yang enggan menunggu dalam barisan apabila mahu membeli-belah barangan berjenama, lapor laman Oddity Central.


Freddie Beckitt, 31, berkata,  dia melakukan pekerjaan itu bagi mengisi masa lapang dan menambah wang poket dengan mengenakan caj AS$27 (RM113) sejam.

Dia juga meraih pendapatan sehingga AS$215(RM903.50) sehari.

Foto: AFP

Merupakan penduduk asal kota London, Beckitt menganggap tugasan beratur sebagai satu seni dan tidak mempunyai masalah untuk menunggu berjam-jam sekiranya ada yang sanggup membayar perkhidmatannya.


“Sejujurnya saya berharap saya mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan pekerjaan ini agar ia boleh menjadi kerjaya tetap.

“Semasa beratur, saya menggunakan masa yang ada untuk memperbaiki penulisan saya sebagai penulis sejarah fiksyen,” katanya.

Tambah Beckitt, dia mula terjebak sebagai tukang  beratur apabila mencari pekerjaan sambilan dan ada yang menawarkan tugas beratur di laman mencari pekerjaan.

“Apabila saya melihat pekerjaan ini, saya rasa ia adalah tugasan paling senang di dunia,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-1-2022 03:58 PM
Kakpam patut buat kerja mcm ni.

Quote supernaturalee 28-1-2022 04:08 PM
see
beratur pun blh dijadikan kerjaya
don't simply2 nk potong q org
even ko dtg sekadar nk beli kuih

cerita pg td ada org potong q iols sbb nk beli kuih je katanya
aku pun dtg nk beli kuih jgk lah
q mcm org lain like a normal person, can u??...


Quote kotakominami 28-1-2022 04:46 PM
Boleh lah upah beratur depan maybank...hazab tunggu
Quote hareeeesah 28-1-2022 04:54 PM
supernaturalee replied at 28-1-2022 04:08 PM
see
beratur pun blh dijadikan kerjaya
don't simply2 nk potong q org

Ni pesen kalau kat petrol station pun sama. Aku rasa dia tak scan atau kereta dia masih kat pump station tu kelam kabut nak bayor dia kata nak bayar ni je.. abis ko nampak aku ni nak bayar 1 trolley ke?? Beratur la..
Quote matchstick 28-1-2022 05:25 PM
Lebih kurang mcm kerja personal shopper je kan..tp yg ni lebih specific JD dia
Quote Artemesiaa 28-1-2022 05:59 PM
Rasanya dulu kat tanahair pun ada tolong beratur nak beli tudung viral
Quote emera 28-1-2022 06:13 PM
Teringat org beli tudung ropol bertingkat2 beratur dari malam.
Quote shernazz 28-1-2022 06:29 PM
hareeeesah replied at 28-1-2022 04:54 PM
Ni pesen kalau kat petrol station pun sama. Aku rasa dia tak scan atau kereta dia masih kat pump s ...

Iols pernah kena.gini jugak
Dia.nak bayar 1.barang je
Pastu iols.pung tunjuk 1 barang je..
Dia.mengalah
Quote Supersirap 28-1-2022 08:30 PM
Kalau lah di sini ada pekerjaan seperti ini
Quote kakikuDibibirmu 28-1-2022 08:35 PM
Dino Apple tersenyum sinis setiap kali pelancaran iPhone terbaharu

MV5BZDJiZWY5ZjAtZjEwNi00NzliLWE3ZTAtZDdiMDgxMmY3Y2QwXkEyXkFqcGdeQXVyODk1MjAxNzQ@.jpg
Quote capwayang 28-1-2022 08:37 PM
Sesuai sungguh pekerjaan ini untuk diceburi orang-orang Rohingya yang bercitarasa tinggi dan urban itu..
Quote DayangKirana 3-2-2022 05:15 PM
menarik..cuma i kenot stand or sit at one place for more than 15mins. mental jadi nye..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060717 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top