CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dihalau Keluar, Dilarang Naik Lif Dengan Zahid Hamidi- Kak Long Tampil Beri Penjelasan

26-1-2022 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8797| Komen: 116

Description: Aktivis Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil meberi penjelasan selepas tular video seorang lelaki yang didakwa dihalau keluar daripada memasuki lif bersama dengan bapanya, Dato Seri Ahmad Zahidi keti ...
Aktivis Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil memberi penjelasan selepas tular video seorang lelaki yang didakwa dihalau keluar daripada memasuki lif bersama dengan bapanya, Dato Seri Ahmad Zahidi ketika menghadiri pendengaran keputusan mahkamah terhadap beberapa tuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta baru-baru ini.


Menerusi Insta Stories, Nurulhidayah memuat naik tangkap layar perbualan di WhatsApp mengenai video tersebut dan menjelaskan bahawa lelaki itu ditarik keluar dari memasuki lif bersama bapanya berikutan atas faktor keselamatan.


Foto: IG

“Cerita dia bukan dia tunggu lif lama. Dia memang tunggu nak masuk lif sama-sama ke tingkat 4 Mahkamah. Atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak bersama-sama dalam lif tersebut.


Siapa yang buat kerja bodyguard tahu la. Nak jelaskan pun payah tak tahu macam mana. Semua benda nak jadi isu,”jelas Nurulhidayah.



Tambahnya lagi,  pengawal peribadi yang menarik keluar individu itu adalah kakitangan salah seorang kenalan dan menegaskan mereka bukan pengawal peribadi bapanya.

“‘Bodyguard tu’ merujuk kepada bodyguard salah seorang kenalan BUKAN bodyguard Zahid Hamidi. Dah nama dia bodyguard mana la dia kenal orang kan?


Foto: via Murai.my

Dia buat kerja dia. Tak tahu la arahan apa dia dapat so buat jer la. So? salah Zahid Hamidi jugak? Mentang-mentanglah Zahid Hamidi semua salah," tegasnya.

Dipetik dari laporan Sinar Harian, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Mahkamah Tinggi pada 24 Januari baru-baru ini bagi mendengar keputusan berhubung 47 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB). -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 26-1-2022 03:46 PM
alah mcm bangang.. nape ko xtggu dpn lif tahan awl2 dr ko tarik kolar bj mcm org tu penjenayah
Quote ninnamina 26-1-2022 03:47 PM
Untung zahid, anak jadi jurucakap
Quote bangcak 26-1-2022 03:49 PM
selain penjenayah tu, ada samseng taik kucing lain ke yg bawak bodyguard naik lift tu?
adakah bodyguard tu reporter punya bodyguard?
Quote ChildrenOfBodom 26-1-2022 03:51 PM
Cara tarik tu mcm kawan tu nk serang wak ponorogo
Quote jazaa100 26-1-2022 03:51 PM
Mgkin org tu ada maksud tersirat.....knp sibuk nk masuk sama dlm lif.....okay jugak ditarik kuar.....kira cekap lah bodyguard kenalan pak jahid tu......
Quote Orix 26-1-2022 03:51 PM
tergamaknya kau salam cium tangan dia

zahid ni yg naikkan dia pun najib. kau ghaserrr ??? feather flock together-gether sgat khuenst....
Quote juruterra 26-1-2022 03:52 PM
try hard sgt anak wak ni, x koser iols sejenis perangai samseng. terpinga2 mamat tu lepas salam tgn wak kena Tarik kolar baju pula. Tu lah, lain kali x perlu berjiwa hamba sgt dengan mereka2 ni, harap ko serik utk cium tangan politician2 corrupt tu
Quote sharlenetexas 26-1-2022 03:52 PM
Nak sama level dgn rita royani. Tak habis2 meroyan merempan. Bosanlah!

Quote Belibis 26-1-2022 03:53 PM
Kenapa ada rosmah mat aris kat sebelah wak jahid?
Quote exclusive_vvip 26-1-2022 03:54 PM
kesiannya tgk org tu kena tarik camtu..terpinga2 dia..mmg la keja bodyguard @ faktor keselamatan..tapi xleh ke tahan guna tangan je..
Quote dani-rox 26-1-2022 04:03 PM
Dia buat kerja dia. Tak tahu la arahan apa dia dapat so buat jer la. So? salah Zahid Hamidi jugak? Mentang-mentanglah Zahid Hamidi semua salah,"

memang apak ko sentiasa salah, dgn muka annoying tahap dewa tu. harmoni sgt dgn muka emak ngko yg bulu kening persis ahli sihir.
mengaku je lah perasaan privilege dan entitlement, kunun tinggi taraf drpd rakyat jelata tak bole nak buang. semoga wak jahid esok masuk jel bersesak2 dgn banduan marhaen
Quote missyL 26-1-2022 04:06 PM
Tu dpn org ramai bole bodyguard die tolak cmtu
Bygkn behind all close door.smpi thap mane bole buat

Btw dah mmg slh nk justify ape
Bole je bapak ko tu larang or pggl die msok lif balik
Cm cialll
Quote saviour_09 26-1-2022 04:07 PM
dia ni asal bukak molot tak pernah nampak cerdik
Quote musangbodoh 26-1-2022 04:09 PM
siyal btol kalo aku kena lh camtu mau kena sedas juga...xkira lh
Quote kaseh80 26-1-2022 04:09 PM
angkuh nya manusia
Quote tripleid 26-1-2022 04:14 PM
Edited by tripleid at 26-1-2022 07:25 PM



Quote ellejo 26-1-2022 04:14 PM
bukan aje wak jahid. acik2 gomen acik2 kepam segerombolan pun meluru masuk lift tak hiraukan org yg da lama tunggu.

tangan dorang pulak penoh dgn buah potong jajan2 nak bawak masuk opis
Quote mejaputih 26-1-2022 04:15 PM
Eh time2 covid ni boleh ke bersesak2 mcm tu dlm lift?
Quote che-cikL 26-1-2022 04:16 PM
#teambodyguard tapi #bukanteambocahzahid

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.464086 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top