CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pondan Di Teluk Intan Maut Lepas Suntik Besarkan Punggung

26-1-2022 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1609| Komen: 7

Description: Teluk Intan: Lelaki berperwatakan lembut yang baru selesai mendapatkan perkhidmatan untuk membesarkan otot punggung ditemukan meninggal dunia di bilik sebuah hotel.
Teluk Intan: Lelaki berperwatakan lembut yang baru selesai mendapatkan perkhidmatan untuk membesarkan otot punggung ditemukan meninggal dunia di bilik sebuah hotel.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun disedari tidak bernafas dalam keadaan terbaring di katil oleh rakannya.

Terdahulu, mangsa dilaporkan mengambil suntikan untuk tujuan itu daripada seorang wanita yang juga peniaga kosmetik pada 10 pagi, hari sama.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa datang ke hotel berkenaan dengan ditemani rakannya.


Menurutnya, mangsa dikatakan membuat janji temu bersama wanita dari Melaka berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan itu dengan bayaran RM500 bagi satu suntikan.

"Pada jam lebih kurang 12 tengah hari selepas selesai suntikan, mangsa meminta izin untuk berehat dalam bilik kerana penat. Ketika itu mangsa ditemani rakannya manakala wanita terbabit keluar hotel untuk pulang ke Melaka.

"Bagaimanapun pada jam 3 petang, wanita itu kembali semula ke hotel selepas dimaklumkan mangsa tidak bernafas dan tidak bergerak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kematian mangsa disahkan oleh pegawai kesihatan yang hadir ke lokasi dan mayat mangsa di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun katanya, setakat ini doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian mangsa dengan kesan suntikan yang diambil.

"Hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan paru-paru bengkak dan berair. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote novlin 26-1-2022 09:14 AM
choiiii...
dia mati sbb peparu bengkak & berair la..
bukan sbb suntik besar kan punggung...

sama la mcm yg mati lepas cucuk v..
mati sbb sakit jantung bukan sbb v..
Quote hareeeesah 26-1-2022 10:07 AM
Igt kes dendam ke nk besarkan bontot dia pi cucuk benda lain
Quote angelofish 26-1-2022 10:38 AM
sebelum tu ada enjet booster tak
Quote Buritan 26-1-2022 11:41 AM
Ontah ontah kawan aku ni. Dia pun pondan asyik meroyan nak beso tetek beso jubo.. tp duit yilek.. duit bg pd bofren.. bodo punya pondan
Quote buapakperut 26-1-2022 11:54 AM
500 Tu murahan punya injection kot . Nak save bajet
Quote sharlenetexas 26-1-2022 12:09 PM
Thread dah ada.

Quote KamikuP 26-1-2022 03:38 PM
ADa gambo ke peponen ni?

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-9-2022 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070936 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top