CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singa Jantan Hilang Buah Zakar Diserang Singa Betina!

26-1-2022 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2332| Komen: 25

Description: Nairobi, Kenya – Seekor singa jantan kehilangan buah zakar akibat diserang sekawan singa betina ketika ia cuba merampas makanan yang sepatutnya dibawa balik kepada anak-anak singa, lapor akhbar Daily ...
Nairobi, Kenya – Seekor singa jantan kehilangan buah zakar akibat diserang sekawan singa betina ketika ia cuba merampas makanan yang sepatutnya dibawa balik kepada anak-anak singa, lapor akhbar Daily Mail.


Dalam insiden baru-baru ini, singa jantan bernama Mandevo itu cuba merampas daging kerbau yang dibunuh sekawan singa betina tanpa menyedari makanan itu adalah untuk dibawa pulang kepada 11 ekor anak singa.


Foto: Animal News Agency

Berang dengan tindakan Mandevo, kawanan singa betina itu terus menyerang ‘Raja Mergastua’  itu sehingga mengakibatkan kecederaan serius pada  bahagian alat sulitnya.

Jurugambar hidupan liar, Gren Sowerby, yang kebetulan membuat tinjauan di kawasan berhampiran sempat merakam detik pertarungan tersebut.


Foto: Animal News Agency

“Kejadian berlaku sangat pantas seperti perlumbaan kereta Formula Satu. 

“Mandevo hanya mampu terbaring dan menjilat diri sendiri selepas ‘tewas’ dalam perbalahan itu. Saya kemudian menelefon pihak berkuasa bagi membawa Mandevo mendapatkan rawatan,” katanya.


Foto: Animal News Agency

Menurut Sowerby, renjer hutan telah menghantar Mandevo ke Pusat Gajah Nairobi dan kini sedang menjalani proses pemulihan.

“Meskipun kehilangan satu buah zakar, singa itu berada dalam keadaan baik,” ujar Sowerby. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 26-1-2022 09:08 AM
Moralnya jgn Cr pasal dgn pompuan/betina wpun ko raja huhu
Quote ninja boy 26-1-2022 09:14 AM
Biawak sungguh jantan itu cari makanan sendiri la
Quote hareeeesah 26-1-2022 09:53 AM
Ni la dia jantan no telo.. [em:3:]
Quote Buritan 26-1-2022 09:55 AM
helicornia replied at 26-1-2022 09:08 AM
Moralnya jgn Cr pasal dgn pompuan/betina wpun ko raja huhu

Lps ni kalo gaduh dgn kande piropura aku nak tarik buah kote dia laaa..
Quote Buritan 26-1-2022 09:56 AM
ninja boy replied at 26-1-2022 09:14 AM
Biawak sungguh jantan itu cari makanan sendiri la

Perangai bewak jantan mulayu isle dah pergi ke singa ke..
Quote scorpionkiki 26-1-2022 10:00 AM
Buritan replied at 26-1-2022 09:56 AM
Perangai bewak jantan mulayu isle dah pergi ke singa ke..

Jangan...nanti depa perasan depa singa pulak dah
Quote VioletsAre_Blue 26-1-2022 10:39 AM
Edited by VioletsAre_Blue at 26-1-2022 10:40 AM

Kalau berani 1 vs 1 la
Quote rospinki 26-1-2022 10:58 AM
kesian bapak singa..tu la cari pasal dgn mak mak singa.
Quote Bholatchomel 26-1-2022 10:59 AM
jangan kacao pompuan / betina yang tgh lapar.. baru nak makan depa nak makan ko dtg nak tibai.. mendapatlah
Quote buapakperut 26-1-2022 11:52 AM
Adam uker nak makan Carila sendiri.. nak curi makanan Betina pulak. Hilang telo
Quote Suchi 26-1-2022 12:27 PM
hareeeesah: Ni la dia jantan no telo.. [em ...


Hahah jantan mmg takde telur yg ada telur pompuan, jantan ada buah je buah zakar je.
Pandai lak singa betina tu serang kat buah zakar tu.
Tak membiak dah la pasnih
Quote Suchi 26-1-2022 12:30 PM
Mak2 singa sanggup buat apa saja utk anak2, elok pi berburu cari lauk yela nak harapkan tok laki keje nak membewak je lupa diri tu Singa kot.
Sekali suka ati dia je nak makan sorang sedangkan bebudak 11 ekor tak makan lg. Mak singa pun tak jamah seketul dua lagi mmg silap la cari pasal ngn betina tgh penat dan lapar kebuloq
Quote delsmomm 26-1-2022 01:04 PM
agaknya mak2 singa tu ckp, alang2 semua hal carik mkn kat anak2 betina2 yg buat, ko buang je la telo tu.. bia jadi jantan x bertelo...
Quote Artemesiaa 26-1-2022 01:07 PM
Jangan buat hal dengan singa betina yang ada anak kecil memang cari pasal kalau berani cuba
Quote ezacbee 26-1-2022 01:30 PM
Singa pun de spesis biawak
Quote primarikey 26-1-2022 01:44 PM
Aduiii...tergelak aku baca komen2 dlm ni
Quote ketambangkang 26-1-2022 02:27 PM
sjenis jantan biawak, sape je yg tahan
Quote cik_kuntum36 26-1-2022 02:41 PM
jangan buat main ngn singa betina...
Quote dani-rox 26-1-2022 02:54 PM
apa yg ai baca dan tengok dlm rancangan NatGeo, selalunya dlm sekawanan singa, ada sekor jantan dan 4-5 ekor betina... dan tugasan mereka dlm group adalah berburu kerana singa betina lebih pantas dan efisyen. yg jantan pulak tugasnya melindungi sekawanannya termasuk anak2. kalau dah sampai tahap telur dirobek2, ai syak kaum ibu yg bermadu nih dah fedap dgn kebewakan somi mereka

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.390069 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top