CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Playground Paling Bangang, Kalau Jatuh Confirm Bocor Kepala Budak'

25-1-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3813| Komen: 30

Description: Aktiviti beriadah bersama anak di taman permainan (playground) awam merupakan aktiviti biasa dilakukan.
Aktiviti beriadah bersama anak di taman permainan (playground) awam merupakan aktiviti biasa dilakukan.

Walau bagaimanapun, bukan semua taman diselenggara dengan baik, malah ada beberapa kajian sebelum ini menyatakan hampir 3,000 kes kecederaan berlaku dalam tempoh tiga bulan.


Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan salah satu kawasan taman permainan di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengundang pertanyaan orang ramai.


Kredit foto: FB

Sekali pandang, sememangnya akan membuat kanak-kanak teruja untuk bermain kerana ia menggunakan tema perahu selain ada ‘ciri keselamatan’ iaitu pasir yang dipercayai berfungsi sebagai penyerap hentakan seandainya kanak-kanak terjatuh atau sebagainya.


Apa yang membimbangkan ramai pihak adalah pemilihan bahan digunakan untuk membina taman permainan itu yang diperbuat dari konkrit selain ada juga beberapa bucu tajam yang pastinya berbahaya buat kanak-kanak.

Menerusi salah satu foto yang dimuat naik pengguna itu jelas kelihatan pasir sudah mula mendap akibat impak berterusan dari budak-budak yang bermain gelongsor terbabit.



Dalam masa sama, warganet mempersoalkan keputusan MBKT untuk menggunakan konsep taman permainan ‘lama’ yang diperbuat dari batu sedangkan ada saja di pasaran set taman permainan yang dijual lebih mesra kanak-kanak.


Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-1-2022 12:19 PM
Macam mana boleh dapat kelulusan untuk guna bahan binaan macam tu yang boleh mendatangkan bahaya pada kanak2
Quote uori 25-1-2022 12:29 PM
sini kan bolehland
Quote hareeeesah 25-1-2022 12:33 PM
modal abih.. apa yg ada guna boh..
Quote darkness 25-1-2022 12:53 PM
Nama pun pasir dek. Ko timbus lah pakai pasir balik..takkan ko tunggu jugak sampai kepala anak tu bocor?
Quote Samerosie 25-1-2022 01:35 PM
Jab jab siapa pulak yg pergi tangkap gambar malam2 buta ni, dia pergi main ke dan siapa pula yg pakai baju macam separuh bogel berdiri kat atas slide batu tu.
Quote lipans 25-1-2022 01:40 PM
ada la yang korek kawoh tu...
Quote dani-rox 25-1-2022 01:46 PM
Samerosie replied at 25-1-2022 01:35 PM
Jab jab siapa pulak yg pergi tangkap gambar malam2 buta ni, dia pergi main ke dan siapa pula yg paka ...

separuh bogel ke? ai nampak mcm tgh pakai suit superhero Marvel cinematic universe jah
Quote Decaffeinated 25-1-2022 02:09 PM
boleh slide ka kalau konkrit gitu?

Quote Samerosie 25-1-2022 02:21 PM
dani-rox replied at 25-1-2022 01:46 PM
separuh bogel ke? ai nampak mcm tgh pakai suit superhero Marvel cinematic universe jah

Suit Ai-rong meng kut
Quote Samerosie 25-1-2022 02:22 PM
Decaffeinated replied at 25-1-2022 02:09 PM
boleh slide ka kalau konkrit gitu?

Tak pun kena buat konkrit sebab council tau perangai peghak penduduk masing.  Macam sekarang tu nengok orang tua yg main malam2 lepas tu complen lak.
Quote Skuau 25-1-2022 02:55 PM
nk laju...buh minyak kt situ....memang..'mengelongsor' la korang....
Quote belacan_gurl 25-1-2022 03:03 PM
Actually zaman aku kecik dulu mmg papan gelongsor dibuat dari batu pun ..... Warna merah hahahaha .. besar siap boleh cop tmpt kawan2...kitorg kalo naik kena bawak bedak dari rumah ... kdg2 main tghari panas bontot hahahaha....aduhh kenangan btoi.....sampai skrg masih lagi utuh papan gelongsor tu
Quote delsmomm 25-1-2022 03:25 PM
apa yg bahaya sgt dgn gelongsor tu.. aku kecik2 dulu ada je gelongsor mcm ni.. cuma gelongsor tu simen sampai bawah la..

walking down memory lane betul bila lalu kat playground tu..smpi skrg still ada.. besar gelongsor nya.. ramai boleh naik sekaligus.. mcm gelongsor turun bukit gitu..
Quote kucingitam 25-1-2022 04:37 PM
ye..zaman 80an dulu gelongsor concrete, ada juga yang frame besi, lantai papan..
Quote haruslah 25-1-2022 04:44 PM
Mcmana boleh dpt tender?
PBT x cek ke?
Quote sarahmirza 25-1-2022 04:51 PM
Status FB tu bahasa apa?
Quote mdhelmi 25-1-2022 05:00 PM
sebab tu malam tak boleh main playground

tiber
Quote Decaffeinated 25-1-2022 05:39 PM

base nayu ah boh...

mung dok pahang hok mane se? kabo


Quote Decaffeinated 25-1-2022 05:51 PM
haruslah replied at 25-1-2022 04:44 PM
Mcmana boleh dpt tender?
PBT x cek ke?

masalahnya pada design konsep, dah itu yang client nak


Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.358637 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top