CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BAM Terima Surat Rayuan Zii Jia

25-1-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1978| Komen: 20

Description: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan kepada badan induk berkenaan pada Isnin.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan kepada badan induk berkenaan pada Isnin.


Ia susulan tindakan BAM yang menggantung Zii Jia dari menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu.


Kredit foto: IG Zii Jia

BAM dalam satu kenyataan media pada Isnin berkata, badan induk itu akan meneliti perkara berkenaan secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Dalam sejarah badan induk kami, semua pemain mempunyai hak untuk merayu keputusan yang dibuat oleh Majlis dan BAM mengambil kira rayuan ini untuk bertindak sewajarnya.


“Justeru, BAM juga mengesahkan bahawa kami telah menerima surat rayuan daripada Lee Zii Jia hari ini (Isnin).

“Sebagai pihak yang melindungi kepentingan badminton negara, kami sedang meneliti perkara itu dengan mencari penyelesaian terbaik,” jelas BAM.

Dalam kenyataan yang sama, BAM turut menegaskan ia menyedari kemelut yang melanda ketika ini memberi impak yang mendalam bukan sahaja kepada komuniti badminton tetapi kepada rakyat Malaysia.

Jelas BAM, sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab, mereka mempunyai proses yang mesti dipatuhi dan setiap tindakan adalah berdasarkan prosedur rasmi berdasarkan maklumat yang disampaikan.



“BAM ditubuhkan untuk melindungi bukan saja sukan itu sendiri tetapi pemain, nilai dan standard terbaik bagi mewakili negara tercinta,” kata BAM.


Sumber: GEMPAK


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 25-1-2022 10:47 AM
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan memberikan tawaran gaji sebanyak RM1 juta setahun kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam usaha memujuknya untuk tidak meninggalkan badan induk itu.

Menurut sumber, tawaran balas berkenaan dibuat ketika sesi rundingan bersama pemain berusia 23 tahun itu selepas dia menghantar surat peletakan jawatannya pada 11 Januari lalu bagi bergerak secara profesional.

Katanya, ia pertama kali dalam sejarah BAM mengemukakan tawaran yang cukup lumayan itu kepada pemain di bawah naungannya.


"Datuk Lee Chong Wei (bekas jaguh perseorangan lelaki negara) yang menyumbang pelbagai kejayaan kepada negara ketika bergelar pemain pun tidak pernah mendapat tawaran sedemikian.

"Ini membuktikan betapa BAM cukup sayang kepada Zii Jia dan menghargai bakat yang dimilikinya. Zii Jia disifatkan sebagai aset penting kepada BAM.

"Bagaimanapun, tawaran itu masih tidak setanding dengan apa yang ditawarkan kepada Zii Jia sekiranya dia bergerak secara profesional. BAM sebagai persatuan turut mempunyai kekangan dan tidak boleh memberi tawaran di luar kemampuan tetapi sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan Zii Jia kekal.

"Namun, pemain itu kekal dengan pendiriannya dan tetap mahu keluar daripada BAM," katanya.

Jika juara Seluruh England 2021 itu menerima tawaran BAM, dia akan dibayar gaji sebanyak RM83,333 sebulan.

Bayaran gaji itu tidak termasuk elaun lain yang diberikan BAM kepada barisan pemainnya selain hadiah wang kemenangan jika muncul juara mana-mana kejohanan 100 peratus menjadi milik pemain bersama tambahan bonus yang diberikan badan induk itu.

Difahamkan, Zii Jia yang juga pemain ranking nombor tujuh dunia menerima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat peralatan sukan dari Taiwan yang didakwa menjadi faktor utama dia mahu meninggalkan BAM.

Zii Jia didakwa ditawarkan bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1.674 juta) setahun dengan tempoh kontrak selama tujuh tahun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.718 juta.

Jumaat lalu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional.
Quote haruslah 25-1-2022 10:48 AM
83k
LCW pun x dpt mcm tu
Quote orkid_amani 25-1-2022 12:03 PM
Rasanya dia dapat offer yg sama mcm independent bergu lelaki tu. Yasin Eeyi
Bergu tu pun perform lepas keluar dari BAM.
Quote babelina 25-1-2022 12:13 PM
tp tu la.. klau independant.. lagi dia buat duit n carrier berkembang.. dulu2 mgkn la BAM jer kt mata dorg.. skrg mcm2 ada..
Quote Artemesiaa 25-1-2022 12:16 PM
Moga ada penyelesaian terbaik buat semua
Quote Minami2013 25-1-2022 12:22 PM
Sukan ni masa muda dan sihat je la boleh buat duit.  
Quote Orix 25-1-2022 12:25 PM
ok la tu, drpd gaji pemain bola mahal2 tak pernah pun harumkan nama negara
Quote abadi84 25-1-2022 12:42 PM
Orix: ok la tu, drpd gaji pemain bol ...



Hahahha truth hurts...jaga hayat atlet pun x pjg. Buat duit selagi boleh
Quote darkness 25-1-2022 12:49 PM
Walau besar gaji yg ditawarkan, under BAM banyak syarat. Adalah tu bunyi2 halus yg membisik ko buat ini itu
Quote bakingsoda 25-1-2022 01:53 PM
pergh dr 8k jd 80k pon patut la bam bengang
Quote Decaffeinated 25-1-2022 02:07 PM
Sukan is a business. Stupid!



Quote airisa 25-1-2022 02:10 PM
maksudnya, operation cost BAM mahal la ... sebab tu tak leh bayar macam yg other proffesional yg offer.

masuk byk, guna banyak .. bagi kat pemain sikit
Quote MissYouSayang 25-1-2022 02:21 PM
Habis la bam kalau lzj betul2 bertekad nak kuar pehtu wakil lak negara lain pehtu menang lagi. Mesti BAMsat ni kena maki kawkaw dgn netisen sekali pejal pun kena maki sekali. Silap2 Si BAMsat ni kena mansuh teruih
Quote cmf_PariS 25-1-2022 02:29 PM
keluar je bam tu... masyuk weiiii berjuta2
Quote Skuau 25-1-2022 02:44 PM
'ada2 jer isu'.....xde 'sukan2' ni...boleh??? Duit tu 'boleh buat benda lain yg lbh berfaedah'..contoh baiki sekolah yg usang.....
Quote amyainsamad 25-1-2022 02:46 PM
semlm tgk live DS Vida..siap player badminton tu ye? yasin dgn sape ntah, ada nama melayu
kelakar gler
Quote rikiruj 25-1-2022 03:14 PM
Bagi la dia keluar amik sponsor taiwan tu.. kalau dia continue bagus kira ok lah, personal pun berjaya, nama negara pun harum. Tapi in-case bila gerak sendiri pastu ada macam2 kekangan, tak dapat proper training atau kena tanggung perbelanjaan sendiri mahal atau halfway performance drop & sponsor lari jngan la pulak merengek balik kat BAM… sendiri mau imgatla..
Quote haruslah 25-1-2022 03:32 PM
Dah boleh jd pemain prof
Denda x tahu lg ape
Kita tgk kan aje la kemahuan dia

Tp kes lzj menarik
Masa kempen gold utk olympic gagal
Semua kutuk atlet abiskan duit rakyat, duit negara
Masuk kes lzj, semua kata sukan bukan duit cukai je, lagi byk dpt dr sponsor2
So x kisah atlet nak jd prof

So yg memekak haritu kenape???
Quote babyLON. 25-1-2022 03:39 PM
dia nak pakai victor. haritu menang all england pun pakai victor kan. sekali pakai yonex tak menang2.  

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080921 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top