CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Awak Nak Kapel Dengan Saya?" - Murid Tahun 2 Rancak Di WhatsApp Tapi Sunyi Ketika PdPR

25-1-2022 08:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1782| Komen: 17|Original author: TATOD

Description: Sepanjang tempoh pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), ramai ibu bapa yang terpaksa memberikan telefon pintar atau 'tablet' kepada anak sebagai kemudahan mengikuti kelas dalam talia ...

Sepanjang tempoh pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), ramai ibu bapa terpaksa memberikan telefon pintar atau 'tablet' kepada anak sebagai kemudahan mengikuti kelas dalam talian.

Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook, dia memuat naik beberapa gambar perbualan WhatsApp seorang murid Tahun 2 selepas telefon pintanya dirampas.

Isi kandungan perbualan itu juga turut membuka mata wanita berkenaan agar sentiasa memantau penggunaan serta memeriksa telefon pintar milik anak.








"Penangkapan handphone budak darjah 2. Membuka mata sendiri untuk check handphone anak. Seram pula budak darjah 2 sekarang.

"Ini antara budak yang sunyi masa PdPR tapi rancak single taken di Whatsapp," tulisnya.

Dia juga mengingatkan ibu bapa agar memeriksa telefon pintar anak masing-masing bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti itu.

Menerima pelbagai reaksi daripada warga maya, wanita berkenaan tampil menjelaskan perkongsian yang dibuat itu bukan untuk memalukan pelajar berkenaan tetapi sekadar ingatan kepada semua ibu bapa agar sentiasa peka dan serta memantau setiap aktiviti anak mereka.

"Ketika saya membaca semua mesej peribadi dan kumpulan pelajar tersebut, hati saya hancur. Saya terus terbayang muka anak sendiri dan tidak sabar menunggu waktu persekolahan tamat.

"Saya sangat sedih mengenangkan anak-anak zaman sekarang. Saya tidak salahkan sesiapa m,elainkan kita sendiri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini," katanya.


Hasil carian, tidak dapat dipastikan sama ada wanita yang berkongsi isu itu bekerja sebagai guru dan pemilik telefon pintar itu adalah muridnya atau menulis daripada pengalaman orang lain.

Bagaimanapun, kemas kini itu menjadi perhatian dan menerima banyak maklum balas dari warga maya.








Advanced sungguh budak Darjah 2 sekarang ya? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 25-1-2022 09:18 AM
kiridit
Quote SecretLuv 25-1-2022 09:54 AM
Perghh.. Kalah aku. Aku ni dah tua pun tak ada pasangan lagi. Ni budak kecik siap cakap dah susah nak bukak hati lepas kecewa [em:9:]
Quote kucingitam 25-1-2022 10:13 AM
seramnya..minta dijauhkan benda2 tak baik ni kat anak2 kita semua
Quote lattehazelnut 25-1-2022 11:00 AM
Wow forward nye girl tu
Quote babelina 25-1-2022 11:42 AM
hebat btl bdk2 skrg.. aku ada ank buah darjah 2 nk naik darjah 3, pmpuan.. kemain minat kn Lii Jia.. pemain badminton tu.. kemain sedih bcerita pasal Lii jia nk kna gantung x bole main kt mana.. beriya.. ko rasa.. emosi dorg mmg dh di develop.. otak mmg berhubung sgt dh..
Quote Tembikaigoreng 25-1-2022 01:10 PM
Darjah dua dah ada nafsu ke?? Dulu masa tingkatan 1 pun satu skolah pakat geli kalau ada pljr yg kapel²  
Quote elzy 25-1-2022 01:37 PM
Budak sekarang matang tak padan usia..
Tapi matang bab macam ni laa, bab lain hurmmmmmm
Quote 234126 25-1-2022 02:58 PM
What the fuck did i just read. Macam tu la reaksi orang tua mcm iol ni. Kohkohkoh ziziknye la baca eja pun merangkak lagi nak capel sebab singel. Eh please la. Habiskan skolah dulu
Quote Jitu 25-1-2022 03:21 PM
alah2 menda mengorat mcm ni dah lama dah
cuma dulu2 pakai surat tabur bedak letak bawah meja
tp cuma dulu penggunaan bahasa bkn lah mcm ni

pecah kaca pecah gelas
lepas baca harap balas
Quote hashashes 25-1-2022 03:25 PM
Bodoh la mak bapak. Anak korang tak memerlukan hp sendiri la selagi duduk 1 rumah ngan korang (rata2 untuk umur bawah 12 tahun) sebab kalau masuk sekolah menengah ada yang masuk asrama so perlu kan hp untuk call.

Gadget guna hanya untuk pdpr la parents mangkuk! Bukan nya kau sumbat anak kau ngan hp, alasan untuk pdpr dia pastu hp kau pun berjahit kat tangan ko dok update ig story.

Layan anak tu berborak, umur2 camtu dia dah ada emosi sendiri, dia nak cari identiti dia. Amek tau pasal kawan2 sekolah dia, tanya apa dia buat & belajar kat sekolah.

Orang ada anak kau pun nak beranak! Bila bab didikan hauss di aidilfitri
Quote jazaa100 25-1-2022 03:27 PM
Barbie sgt.....

Baru darjah 2 dag baby, hubby......
Quote KamikuP 25-1-2022 03:27 PM
Aku darjah dua selalu berdiriatas kerusi sbb x hafal sifir takde masa nak kapel2 mcm ni haih..
Quote dua_chzy 25-1-2022 03:27 PM
Nak migraine akak baca. Terbayang budak2 klas blakang akak.
Quote hashashes 25-1-2022 03:29 PM
Please la yang dok sumbat anak2 ngan hp tu, time berkumpul ngan family pun anak kau tak mingle and socialize around, mata dok ngadap hp je main game etc. lama2 terjebak masa lah sosial kau g salahkan kerajaan. Tiber
Quote fifie_olin 25-1-2022 03:32 PM
drjh 2 bole rasa nak kapel2 ek
advance bdk2 skg
Quote copy_paste 26-1-2022 11:13 AM
anak aku darjah 2 masih lagi bermain dgn kawan2,
xdenye aku nk bagi HP,cukup la aku bg tengok youtube kids
Quote vanillaninja 27-1-2022 09:42 AM
Susah nak buka hati sebab break up tahun lepas masa umur 7 tahun? Kenapa hidup kau begini dik?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.058650 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top