Tempatan
Tempatan 24-1-2022 04:36 PM 4557 Views
DescriptionAktivis kemanusiaan Fatimah Zaharah Rahim nekad menyaman Nabil Huda susulan pelakon itu mendakwa wanita itu menyalah gun ...

Aktivis kemanusiaan Fatimah Zaharah Rahim nekad menyaman Nabil Huda susulan pelakon itu mendakwa wanita itu menyalah guna barang-barang mangsa banjir.

Justeru, peguamnya, Nurul Hafidzah Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan aktivis banjir itu menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah sebanyak RM900,000 dan notis tuntutan berkenaan sudah dihantar kepada Nabila pada Khamis lalu.


Kredit foto: IG

“Anak guam kami tidak melakukan perbuatan seperti mana yang didakwa Nabila.

“Tindakan aktres itu membuat berita palsu telah membuatkan ramai pengguna media sosial percaya dan memberi kesan kepada Fatimah,” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya, anak guamnya itu menanggung malu, tekanan perasaan dan kesedihan sejak berita dirinya disebarkan.


Sekiranya Nabila Huda enggan melakukan permohonan maaf dan pembayaran seperti dituntut, Fatimah akan memfailkan tuntutan di mahkamah.

Nabila Huda pada 25 Disember lalu membuat hantaran di media sosial mendakwa aktivis berkenaan mengambil kesempatan terhadap bantuan mangsa banjir untuk orang ramai.


Peguam yang mewakili Fatimah (dari kiri), Hafidzah dan Zeti Zulkifli
Kredit foto: mStar

Menurut kenyataan media, Nabila Huda didakwa menyiarkan kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud bahawa aktivis tersebut adalah seorang yang bangsat, bodoh, pencuri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain, namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.


Selain itu, Nabila turut memuat naik gambar aktivis tersebut pada hari kejadian sebelum dipadamnya.


Kredit foto: IG

Menurut mStar, hingga kini Nabila masih enggan menjawab pangilan telefon dan mesej yang dikirim.

Mahu ke Nabila Huda beri respons pada mStar? - CARI

Original author: LilRose

Prev.:Sehari Aeril Merajuk Sampai Tukar Nama Anak!

Next:"Tubuh Ni Macam Apps Lama, Kena Update" - Yasmin Hani

Komen Terbaru
Orix 24-1-2022 04:51 PM
aktivis apoo pakai jaket bulu2... tgok muka pun tahu tingtong....
KamikuP 24-1-2022 04:54 PM
Moga NH menang kes ini yaach
vasepecah 24-1-2022 04:57 PM
hafizah ni mmg popular bab2 kes saman2 ni kan
Mamioomami 24-1-2022 05:03 PM
Quote: vasepecah replied at 24-1-2022 04:57 PM
hafizah ni mmg popular bab2 kes saman2 ni kan

Iolls gugel banyak juga retis yang hire sheols..
mendeluk 24-1-2022 05:07 PM
Quote: vasepecah replied at 24-1-2022 04:57 PM
hafizah ni mmg popular bab2 kes saman2 ni kan

Hafizah ini loyer hebat ke? Juling pun hire dia.
bondeh 24-1-2022 06:50 PM
Murah ke hire lawyer nih??? Belum pernah lagi nampak retis2 hire lawyer Jill Liyana (sepupu sepapat Naza Clan), masa kes Hamis Suraya je sebab kawan sheolls. Jill tuh nampak kredibiliti sikit walau ummah LGBTQ. Tiberrr
Thunderclouds 24-1-2022 07:36 PM
Quote: bondeh replied at 24-1-2022 06:50 PM
Murah ke hire lawyer nih??? Belum pernah lagi nampak retis2 hire lawyer Jill Liyana (sepupu sepapat  ...

Bukak fail ja dlm 3k tuh belom stat proceeding kes lg. And tuh rega peguam junior taw.  Lawyer senior len rega. Ni saman ada monetary gain ada la tuh dia kawtim ngn law firm tuh kalo menang. At least dlm tgn ada 20k standby.
AshkieLa 25-1-2022 08:09 AM
NH gunakan lah pengaruh as 'anak amy search'.. untuk cari bukti...
orang jenis mcm ni kalau betul dia buat, dia takkan buat sekali je...
bondeh 25-1-2022 08:32 AM
Quote: Thunderclouds replied at 24-1-2022 07:36 PM
Bukak fail ja dlm 3k tuh belom stat proceeding kes lg. And tuh rega peguam junior taw.  Law ...

Wowwwww kayaaa. Kira banyaklah uang si aktivis guddu nih
che-cikL 25-1-2022 09:14 AM
Aktivis banjir?


missHaidiD 25-1-2022 09:15 AM
Aku tak suka peguam tu. Walau ko bgs . Haha
Gumball 25-1-2022 11:16 AM
NH kan banyak rakan sekutu..
Apala sangat saman-menyaman niy..
Konfem ramai geng lawyer nak bantu...
Anak superstar khuenssss...
babelina 25-1-2022 11:44 AM
klau ikut kn video tu dulu.. mcm ssh nk pcaya pmpuan tu aktivis.. sbb gaya kt video tu mcm x btl jer.. ngn bj bulu2 tu.. lgpn dia sorg jer.. tu yg pelik nya..
mizruncing 25-1-2022 12:44 PM
tak tau nak sokong sapa sbb tak minat abil hahaha. tak selidik terus kau nak bangsat kan org. yg aktivis ni plak dah mcm rupa indon mane ntah. kalau menang 900k tu habis la segala baju bulu dibeli nyaa
umbut 25-1-2022 01:07 PM
Quote: bondeh replied at 24-1-2022 06:50 PM
Murah ke hire lawyer nih??? Belum pernah lagi nampak retis2 hire lawyer Jill Liyana (sepupu sepapat  ...

Jill tu masa rambut panjang cantikk mukanya.. tetapp juga nak wat style tomboy
nazriatie 25-1-2022 01:15 PM
Quote: bondeh replied at 24-1-2022 06:50 PM
Murah ke hire lawyer nih??? Belum pernah lagi nampak retis2 hire lawyer Jill Liyana (sepupu sepapat  ...

Jill tu lawyer hebat eh?
umbut 25-1-2022 01:18 PM
Abil.. ko hire asiah jalil or siti kassim..hahaha
minahmanja 25-1-2022 02:35 PM
Quote: missHaidiD replied at 25-1-2022 09:15 AM
Aku tak suka peguam tu. Walau ko bgs . Haha

dia mcm ade satu vibes yg tak bagus kan...
mendeluk 25-1-2022 02:41 PM
Quote: mizruncing replied at 25-1-2022 12:44 PM
tak tau nak sokong sapa sbb tak minat abil hahaha. tak selidik terus kau nak bangsat kan org. yg akt ...

abil pun sama artis. patut apa2 tindakan janganlah bukak pekung terus pasal orang. kalau betul2 ada bukti, baru post. ini siap cerita then kata bitch lagi. btw takku sangka makcik bulu mcmtu pun pandai jugak ambil loyer ingatkan makcik makcik
Lihat semua komen