Dek kerana tidak berhenti menangis, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal nekad menukar nama anak keempat mereka.
Kata Wawa kepada Gempak, mereka menukar nama putera bongsu mereka itu dari Jibril Ibtisam kepada Muhammad Fahri.
"Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu.
"Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik," kata Wawa kepada Gempak.
Disebabkan keadaan itu, Wawa mendedahkan Aeril akhirnya menukarkan nama anaknya kepada Muhammad Fahri.
"Saya cakap; kenapa sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari.
"Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.
"Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama," cerita Wawa.
Jauh juga dari Jibril kepada Fahri. Siapa ada pengalaman serupa? - CARI