CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Bini, Tendang Anak 3 Tahun Kerana Dimarah Pulang Dalam Keadaan Mabuk

24-1-2022 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1262| Komen: 3

Description: Gara-gara berang dimarahi isterinya kerana pulang dalam keadaan mabuk, seorang lelaki tergamak memukul wanita tersebut dan menendang anaknya yang berusia tiga tahun, lapor laman berita Kompas hari ini ...
Gara-gara berang dimarahi isterinya kerana pulang dalam keadaan mabuk, seorang lelaki tergamak memukul wanita tersebut dan menendang anaknya yang berusia tiga tahun, lapor laman berita Kompas hari ini.


Suspek yang hanya dikenali sebagai MGM, 32, dari wilayah Sulawesi Utara didakwa memukul isterinya, GK, 23, dan anak mereka pada Khamis lalu.


Gambar hiasan

Ketika kejadian, mangsa bertindak merakam perbuatan suspek dan memuat naik di akaun media sosial sehingga menjadi tular.

“Insiden itu tercetus apabila suspek berasa berang kerana dimarahi isterinya selepas dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.


“Ketika kejadian pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) itu, mangsa merakam tindakan suspek dan memuat naik di akaun Facebook miliknya sejam kemudian,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Utara, Komisioner Polis Jules Abraham.

Selepas kejadian itu menjadi tular, polis menjalankan siasatan yang membawa kepada penangkapan suspek pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) hari sama.

Suspek kemudiannya mengakui telah memukul anak dan isterinya.

“Suspek mengaku bahawa dia ada melempar sebuah telefon bimbit ke arah mangsa, membelasah dan menendang anaknya.

“Suspek masih menjalani pemeriksaan di Balai Polis Sangihe dan dia ditangkap serta diambil keterangan,” kata Jules. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 24-1-2022 07:55 PM
Ko panggey je polis sudah..
Quote afie_m 26-1-2022 12:56 PM
eloklah kena tangkap..balik mabuk lagi nak pukul anak bini
Quote Artemesiaa 26-1-2022 01:14 PM
Kat tanahair pun ramai berperangai macam tu nak2 bila baru dapat gaji

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.126142 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top