CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bintang Spider-Man Pernah Gagal Dapat Tawaran Belakon Kerana Kurang Kacak?

24-1-2022 05:51 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2428| Komen: 15|Original author: Agent13k

Description: Seorang pelakon yang terkenal dengan lakonan sebagai adiwara filem Spider-Man memberitahu yang dirinya pernah gagal dan ditolak oleh sebuah produksi perfileman bagi memegang watak penting dalam sebuah ...
Seorang pelakon yang terkenal dengan lakonan sebagai adiwara filem Spider-Man memberitahu yang dirinya pernah gagal dan ditolak oleh sebuah produksi perfileman bagi memegang watak penting dalam sebuah filem epik pada satu ketika dulu.


kredit foto: Twitter


Menurut Odisi, Andrew Garfield mula-mula menceburi bidang lakonan di Hollywood pernah menyertai uji bakat untuk memegang watak Prince Caspian dalam filem dari francais Disney iaitu Chronicles of Narnia.

Andrew yakin yang dia akan mendapat watak itu tertapi terkejut apabila watak itu diberi kepada orang lain. 
Walaupun kecewa, dia akur dengan keputusan tersebut dan Andrew.

Selepas mendesak ejennya beberapa kali untuk memberi penjelasan, Andrew terkejut apabila diberitahu bahawa pihak produksi filem The Chronicles of Narnia: Prince Caspian (2008) merasakan dirinya tidak cukup kacak untuk memegang watak itu.


kredit foto: Nerdist


Andrew bagaimanapun tidak patah semangat dan bangkit dengan membintangi filem yang membuat namanya mula dikenali iaitu Never Let Me Go (2010) bersama Keira Knightley dan Carey Mulligan.

Dia juga berjaya memegang watak sebagai Eduardo Saverin iaitu sahabat baik yang dikhianati oleh Mark Zuckerberg ketika mereka mencipta Facebook dan berjaya mendapat tiga anugerah Oscar iaitu The Social Network (2010).


kredit foto: Indiewire

Tidak lama kemudian, hidup Andrew berubah apabila dia menerima watak sebagai Spider-Man dalam filem The Amazing Spider-Man (2012).

Andrew juga pernah dicalonkan anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem Hacksaw Ridge (filem seorang tentera medik yang enggan memegang senjata api dalam perang.) pada tahun 2016.


kredit foto: IMDB

Baru-baru ini, Andrew memenangi anugerah Golden Globe 2022 untuk lakonannya dalam filem terbarunya iaitu Tick, Tick....BOOM! dan filem itu mendapat resepsi yang amat baik.

Untuk pengetahuan, pelakon yang dikatakan lagi kacak dan mendapat watak Prince Caspian iaitu Ben Barnes tidak mendapat watak besar dan hanya mendapat watak sampingan ataupun filem berbajet rendah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 24-1-2022 09:03 PM
Yes he would be less handsome to become prince caspian..tp ben barnes bkn la pelakon hebat pn..cerita pn mcm biasa2..jauh ketinggalan dgn andrew ni
Quote delia3003 24-1-2022 09:44 PM
Edited by delia3003 at 24-1-2022 09:46 PM

Bab rupa tu, Andrew memang kureeng sket tapi bab lakonan menyerlah ler sbb dah tercalon major awards, tahun ni menang GG. Bab career tu betul, Ben Barnes tenggelam terus lepas Narnia, padahal muka handsome. Andrew ni pun lepas Hacksaw Ridge, tenggelam jugak jap, this year baru naik balik.
Quote RinIna 25-1-2022 08:40 AM
Tp aku suka tgok Andrew berlakon.. mmg dia x hensem tapi x lah teruk mna.. masih ok bg akulah
Quote elzy 25-1-2022 09:31 AM
Ingat actor actress Malaysia saja pentingkan rupa, Hollywood pun sama..
Al-kisahhhh
Quote babelina 25-1-2022 12:51 PM
Aku suka Andrew.. aku rasa dia hensem.. romantik.. dia spriderman ciwek.. nangis jer.. haha
Quote SedihPedih 25-1-2022 02:12 PM
baru tgk tick, tick ..boom! tu.. well deserve dia menang for that role
Quote Artemesiaa 25-1-2022 04:02 PM
Lakonannya dalam Hacksaw Ridge memang bagus
Quote lasagna 25-1-2022 04:09 PM
lahhh trkono jugo laa cam kek mesia ni yo? xpe laa abam andrew, janji jd spidey masyukkkk lepas2 tu, compare to Prince Caspian.
Quote blakerainer 25-1-2022 04:51 PM
Suka tgk dia dlm Social Network. Rupe beshe2 je, takde la hodoh pon. Suka gaya dia hahaha
Quote Orangelily 25-1-2022 05:03 PM
Good looking jugala mamat ni...tp klu dlm spiderman nowayhome nmpak hati tisu
Quote delia3003 25-1-2022 05:47 PM
Lupa nak tambah lagi, andrew ni nampak kurang masculine, rupa beshe2 tapi kalau masculine tetap ramai yg rembes. Ramai je actors rupa beshe2 tapi masculine, tetap jadi rembesan cewek/cowok.
Quote heythere123 1-2-2022 07:07 PM
ayat last tu kelakar tapi maybe Ben Barnes tu takde rezeki nak mendonia macam Andrew Garfield
Quote gekkou 3-2-2022 08:47 PM
dia je spiderman paling tinggi
yang lain semua petite amat
Quote kakigojes 6-2-2022 05:16 PM
gekkou replied at 3-2-2022 08:47 PM
dia je spiderman paling tinggi
yang lain semua petite amat

I rasa Tom Holland tu tinggi la jugak.. Sbb Andrew & Zendaya ni tinggi gila, tu nampak Tom macam kecik je
Quote lurve82 8-2-2022 08:24 AM
wei ben barnes tu hensem yach...dia ada berlakon series kat netflix...shadow and bone dgn punisher..shadow dgn bone tu ntah ble nk kuar season 2..best citer tu...andrew pun iols minat...kadg2 confuse muka dia dgn hayden...semua hensem...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.056858 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top