CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rasa Dia Lebih Mulia Dari Kita", Ramai Tersentuh Melihat Orang Kurang Siuman Solat

24-1-2022 01:46 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1290| Komen: 2|Original author: Cinta Erina

Description: Kita sering kali mempunyai anggapan bahawa orang kurang siuman ini tidak dapat berfungsi seperti manusia yang normal. Ada sahaja perkara di luar jangkaan yang mereka boleh lakukan.

Sumber: Tiktok Mi Miey

Kita sering kali mempunyai anggapan bahawa orang kurang siuman ini tidak dapat berfungsi seperti manusia yang normal. Ada sahaja perkara di luar jangkaan yang mereka boleh lakukan. 

Kadang-kadang kita takut dengan mereka kerana terdapat berita yang tular mengenai orang kurang siuman yang bertindak menyakiti seseorang. Namun, pernahkah kita lihat orang kurang siuman yang tidak pernah meninggalkan solat? Mari kita ikuti kisah ini. 



Beberapa hari yang lepas, perkongsian video dari seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Mi Miey mendapat perhatian netizen. Menerusi video tersebut, kita dapat melihat kelibat seorang lelaki yang memakai baju yang 'compang-camping' sedang menunaikan solat di sebuah kedai yang sedang di 'renovate'.

Walaupun berpakaian sedemikian, lelaki kurang suiman yang dikenali sebagai Syed Khairol itu tetapi melakukan rukun solat iaitu rukuk, sujud dan duduk tahiyat seperti manusia normal.

Menurut Mi Miey, Syed Khairol selalu datang ke kedainya yang sedang diubah suai tetapi tidak pernah sekali pun dia menganggu orang lain. Bahkan, sikapnya yang happy-go-lucky itu sangat menghiburkan hati. 

Kita yang dikurniakan akal fikiran yang normal ni pun kadang-kala alpa dan tidak mengerjakan solat dengan sempurna, terdetik juga di hati ini berasa malu apabila melihat perbuatan Syed Khairol.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen berasa terharu dan tersentuh hati melihat tindakan Syed Khairol yang masih mengutamakan solat walaupun dengan keadaan dirinya yang sebegitu. 

Sumber: Tiktok Mi Miey

Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Syed Khairol, apa sahaja boleh terjadi dengan keizinan Allah. Semoga satu hari nanti Syed Khairol akan sembuh seperti sedia kala. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 26-1-2022 01:34 AM
Bukan permulaan yang dinilaikan tapi pengakhiran hidup kita yang macmana kita mahukan. Jadi, sentiasa lah solat , jaga hati dan jaga diri untuk Tuhan.

Yang malas2 tu, kena kuatkan semangat untuk dirikan solat.
Quote Artemesiaa 26-1-2022 04:17 PM
Bukan tugas kita untuk menghakiminya hanya yang mencipta je yang boleh berbuat begitu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.039359 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top