CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajah Maskulin, Suara 'Jantan' Antara Ciri-Ciri Lelaki Hasilkan Sperma Tidak Sihat

24-1-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2152| Komen: 17

Description: Kualiti sperma lelaki akan memberi pengaruh kepada proses penghasilan sel telur dan bagi memastikan sperma sihat dan aktif, gaya hidup yang dijalani juga sangat memainkan peranan.
Kualiti sperma lelaki akan memberi pengaruh kepada proses penghasilan sel telur dan bagi memastikan sperma sihat dan aktif, gaya hidup yang dijalani juga sangat memainkan peranan.


Bahkan pakar sakit tuan juga turut menyarankan agar kaum lelaki menjalani gaya hidup sihat agar kualiti sperma menjadi lebih baik.

Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengetahui sama ada sperma sihat atau pun sebaliknya?

Berjumpa dengan pakar sakit tuan adalah jalan terbaik untuk mengesahkan perkara itu, namun tidak ramai lelaki yang terbuka untuk berbicara soal peribadi dengan doktor.


Gambar Hiasan


Tetapi ada beberapa ciri untuk mengetahui dan mengenali kualiti sperma sama ada dalam keadaan baik atau pun tidak dengan mudah, termasuklah;

Saiz Pinggang

1. Saiz pinggang

Meskipun tidak memiliki six pack tetapi selagi ukuran pinggang anda tidak lebar dan besar, ada kemungkinan sperma yang dimiliki adalah sihat.

Mens Health melaporkan penyelidik dari Belanda menemukan bahawa lelaki dengan saiz pinggang 40 inci atau lebih memiliki jumlah sperma lebih rendah.

Dalam kajian itu mendapati, berat badan berlebihan terutamanya pada bahagian tengah tubuh dapat mengganggu pelepasan hormon seks serta penghasilan dan perkembangan sperma.

Pretty Boy

2. Berwajah feminin

Penyelidik di Sepanyol menemukan bahawa lelaki yang memiliki wajah maskulin iaitu lebih lebat dan luas cenderung memiliki kualiti sperma yang tidak sihat berbanding mereka berwajah lebih feminin.

Salmon Tuna

3. Suka makan ikan

Ikan memiliki kesan perlindungan dan lelaki yang gemar makan ikan terutamanya salmon dan tuna mempunyai kandungan sperma 65 peratus lebih banyak dan aktif.

Omega 3 berpengaruh dalam penghasilan sperma!

4. Suara nyaring

Kualiti sperma lelaki yang mempunyai suara dalam dan serak adalah lebih rendah berbanding dengan lelaki bersuara nyaring menurut kajian dilakukan Universiti Western Australia.

Dalam kajian itu mendapati lelaki dengan jenis suara itu memiliki jumlah sperma lebih rendah ketika ejakulasi.

Tahap testosteron mungkin menjadi salah satu penjelasan untuk masalah itu meskipun ia membuatkan wajah lelaki lebih maskulin dan suara lebih 'jantan'.

Namun terlalu banyak testosteron akan memberi kesan kepada kualiti sperma. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 24-1-2022 11:37 AM
Sila gunakan syampu bini anda.

[youtube]OuGin9RzjEw[/youtube]
Quote AbukRokok 24-1-2022 12:04 PM
lelaki yang memiliki wajah maskulin iaitu lebih lebat dan luas cenderung memiliki kualiti sperma yang tidak sihat berbanding mereka berwajah lebih feminin.


makanya kpop lebih sihat
Quote Dwdrum 24-1-2022 12:07 PM
40' jangan kahwin dengan lelaki gundu
Quote Samerosie 24-1-2022 12:16 PM
Silap Bamjat dah potong.
Quote Shazid 24-1-2022 12:22 PM
Aiyooooo....pretty boy lebih sihat ke? ewwwwwww!
Quote Artemesiaa 24-1-2022 12:27 PM
Patutlah acik2 chek kak2 minat kpop kdrama
Quote Adrif 24-1-2022 12:45 PM
adui, aku muka berjambang, dengan suara dalam garau macam halilintar

dikira sperma tidak sihat ke? aiyok

Quote awanysss 24-1-2022 12:50 PM
sebijik taste kurex dgn themilo..
selayaknya lah..
Quote Supersirap 24-1-2022 01:02 PM
Tips untuk persedian apabila nak berkahwin
Quote makadek 24-1-2022 02:20 PM
Membongak bdn laki aku v shape
Tp suara tak nyaring la
Outlook zantan habis.
Herlok jer aku beranak sampai 8
Quote sharlenetexas 24-1-2022 03:45 PM
Boleh je bangkang penemusn seperti ini

Quote TeropongThaico 24-1-2022 04:34 PM
Macam tak je. Atok ai muka & suara jantan habis anak 15 org 1 emak jah. Kalau itu kategori sperma tak sihat takut pulak nak bayangkan berapa pulak bila sihat
Quote shernazz 24-1-2022 04:37 PM
Bila muka feminin ni
Iols teringat mama guy yang korean tu
Sikit2 panggil maamaaaaaa
Quote Decaffeinated 24-1-2022 06:24 PM
agenda LGBT.

Hati-hati acik2 sekalian!

Quote matchstick 24-1-2022 10:46 PM
Sample/respondent utama dlm kajian ni alip sekeri kot
Quote dani-rox 24-1-2022 11:18 PM
bab suka makan ikan tu bahaya sikit, aktres eva mendes amalkan diet pescatarian ya, bau badan mcm ikan menurut gosip

tapi bukankah hasil kajian saintis selama ini... pompuan straight di tgh fasa kesuburan lebih bernapsu dgn lelaki maskulin. berdasarkan teori evolusi manusia = pasangan maskulin menandakan mampu membiak baka sihat dan kuat, gituhh

hey hey hey!

[youtube]AO43p2Wqc08[/youtube]






Quote Jitu 24-1-2022 11:57 PM
merepek je kajian ni
tp aku pinggang bawah 40 pastu perut slim tak buncit, suka mkn ikan, suara agak sedikit nyaring  maknanya sangat berkualiti tinggi lah mcm tu
cuma wajah tu biar lah rahsia

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058864 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top