CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asyik Kejar Artis Sensasi, Deja Moss Rasa Dipinggirkan?

24-1-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1785| Komen: 11

Description: Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara, Deja Moss, juga adalah antara bintang berbakat besar yang dianggap tidak begitu terkedepan berbanding rakan seangkatannya yang lain.
Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara, Deja Moss, juga adalah antara bintang berbakat besar yang dianggap tidak begitu terkedepan berbanding rakan seangkatannya yang lain.


Bagaimanapun sebagai seorang artis, Deja mengaku keadaan itu mungkin berlaku atas beberapa faktor dan daripada banyak sudut.


Foto: IG

“Ada yang memilih jalan dengan bersandar pada populariti, tetapi sampai bila? Artis baru datang bersilih ganti dan lambat laun mereka yang mengharap pada populariti dan kisah sensasi akan terpinggir. Perkara itu juga akan berlaku kat mereka nanti.

“Kalau dalam keadaan sekarang mungkin platform besar untuk tonjolkan bakat agak terbatas, jadi artis-artis muda ini tak banyak dapat peluang kerja dengan pemuzik yang bagus. Iyalah, dulu ada pentas macam Planet Hollywood, Hard Rock Cafe untuk artis baru tonjolkan kebolehan sebenar sebagai penghibur.




“Sekarang lebih kepada platform digital dan penonton tak rasa kedekatan dengan seseorang artis. Mereka lebih bagi perhatian pada artis viral dan sensasi. Itu yang buat segelintir artis yang ada bakat tapi akses sumber terbatas susah nak dapat tempat,” katanya.

Kongsi Deja lagi, perkara ini juga jika dibiarkan lama-kelamaan akan membuatkan industri hiburan kita tidak lagi dilihat sebagai industri yang serius kerana kekurangan bakat berkualiti.




“Media juga perlu mainkan peranan. Kalau asyik kejar artis sensasi, macam mana artis yang hanya bersandar pada bakat ini nak ke depan? Jadi, kena seimbangkanlah,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CauPandin 24-1-2022 11:50 AM
biasalah kak.

hidup kita ibarat roda. Insyallah nnt ada rezeki akak pulak.

All the best kakkkkkk.. kamek sayang ktkk
Quote cmf_premierleag 24-1-2022 11:59 AM
acik deja, zaman dh berubah
zmn ko dulu mmg la ada planet of the apes eh .planet hollywood , hard rock segala tu
zmn skang planet holiwud kt BB tu pun dah lenyap ditelan bumi.
so zmn skang mmg sume masuk platform digital.so ummah yg duk jauh kat pata timo,sabah sarawak sana pun masih bleh layan bende2 lagha yg ada kat KL ni hanya dgn platform digital.
terima la hakikat ye acik
Quote sleepandream 24-1-2022 12:40 PM
kalau penyanyi kelab malam dibayar lebat takdenye dayang keluar mainstream....
bukannya mcm kak nita ada kontrak juta2 dekat las vegas dedolu
Quote febreze 24-1-2022 01:23 PM
masuk GV9 kak..sure lepas ke final
Quote cicicumel 24-1-2022 01:46 PM
febreze replied at 24-1-2022 01:23 PM
masuk GV9 kak..sure lepas ke final

Suara dia x sedap bg i.
Quote tokchik 24-1-2022 01:49 PM
Ni laki baru beliau lh ya.

Quote orkidorkido 24-1-2022 02:11 PM
cmf_premierleag replied at 24-1-2022 11:59 AM
acik deja, zaman dh berubah
zmn ko dulu mmg la ada planet of the apes eh .planet hollywood , hard r ...

Iols baca tadi pun planet of the apes hahaha ????
Quote prince_marhaen 24-1-2022 06:05 PM
nampak senak ye laki sheols...
last meols tengok sheols punya product seni ni masa berlakon jadi MAK kepada Kamal Adli ye... begitu tua watak sheols jadi mak-mak kepada Kamal Adli tu, cerita My Sweet Madu, Xulin Usus dengan Ain Edrus tu jadi menantu beliau. Selain tu takde nampak nyanyi ke apa ke... duk rumah belai laki je lah kak... rugi kalau tinggal2kan.. ehhh!
Quote samshik 24-1-2022 07:53 PM
She olls xda aura utk discover cter nye.. Titik!!
Quote umbut 24-1-2022 09:27 PM
Jaga je  ler laki baru.. dok oversea kan.. zaman acik dah berlalu.. move on
Quote febreze 25-1-2022 04:31 PM
cicicumel replied at 24-1-2022 01:46 PM
Suara dia x sedap bg i.

takpe..kak ani pon lepas masuk final inikan pula kak jah hihi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058432 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top