CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Sangka Kawan Baik Di Sekolah Akhirnya Jadi Mak Tiri!

21-1-2022 03:32 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2414| Komen: 8|Original author: Cinta Erina

Description: Tuhan sudah menetapkan ajal dan jodoh kita sejak di Luh Mahfuz lagi. Sampai masa, kita akan bertemu jua dengan jodoh kita.

Sumber: Tiktok Fiithryyyy_22.

Tuhan sudah menetapkan ajal dan jodoh kita sejak di Luh Mahfuz lagi. Sampai masa, kita akan bertemu jua dengan jodoh kita. 

Begitu juga dengan ajal. Seperti yang kita semua ketahui, ada orang jodohnya lambat, ada yang cepat dan ada juga orang yang memilih untuk hidup solo sepanjang hayat. 

Bila kita bercakap soal jodoh, ia sentiasa berkait rapat dengan hati dan perasaan. Ada juga yang berkata bahawa cinta itu buta. Tapi betulkah kata-kata itu? Hmm...rasanya betul. 


Sebab itu tak hairanlah apabila kita melihat banyak berita lelaki bujang mengahwini nenek tua, atau atuk tua berkahwin dengan wanita muda.

Kadang-kala kita melihat ada pasangan yang dikecam kerana bersama atau berkahwin dengan orang yang raut wajahnya 'tidak menarik' di mata orang lain. Tapi jika tuan badan bahagia bersama pasangannya, apa salahnya kan? Andai cinta itu telah terputik, tiada apa yang mustahil. 


Begitu juga dengan video Tiktok yang viral baru-baru ni. 

Video itu dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai Fiithryyyy_22. Dia telah berkongsi kisah tentang kawan baiknya sewaktu di sekolah menengah yang kini digelar ibu tirinya. 

Video ini telah ditonton hampir tiga puluh juta netizen dari Indonesia dan Malaysia. Tidak sangka rupanya ramai yang kagum dengan ikatan ini. 

National Best Friends Day 2021: Here's the history and significance of the  day - Hindustan Times
Sumber: Google Image 

Selepas rakan baiknya iaitu Anisa mengahwini ayahnya, Fithry dan Anisa bersepakat untuk membuka akaun satu tiktok di atas nama anisa_fithry untuk berkongsi video mereka bersama. Stereotaip ibu tiri jahat sudah tiada dalam kamus hidup Fithry.

Fithry juga berkongsi bahawa ibu tirinya itu baru saja bernikah dengan ayahnya pada 22 Ogos tahun lalu dan majlis untuk meraikan perkahwinan mereka juga begitu meriah! 

Tambah Fithry, dia tidak kisah kawan baiknya kini bertukar status kepada ibu tiri Fithry, bahkan dia mengakui bahawa dia sangat gembira kerana mereka sudah menjadi keluarga sampai bila-bila. Dia juga kelihatan tidak kekok untuk memperkenalkan Anisa sebagai ibu tirinya di khalayak ramai. 

Susah untuk kita terima dan percaya bagaimana kawan baik akhirnya berakhir sebagai tiri tapi kalau dah nama jodoh, tak ke mana juga. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:29 PM
Dah lama kena mesti dah tahu perangai masing2 macam mana moga tak ada masaalah dimasa depan
Quote orangbiasaje 21-1-2022 08:08 PM
Kadang2 kawan mcm jenis kawan. Ada yg sayangnya lebih daripada kawan , macam seorang ibu atau kakak. Bila macam tu, ada yang rela jadi adik ipar atau anak tiri. Kita tahu mereka bukan merampas kasih bahkan berkali ganda sayang diri.  Tu yang adik ni redha dan terima kawan baiknya jadi ibu tiri
Quote Suchi 21-1-2022 08:14 PM
Tak rasa mcm emmm yela sebaya ngan anak sendiri kan
Quote dua_chzy 21-1-2022 09:32 PM
Lawa kawan sheols selepas ditatarias.
Quote Supersirap 21-1-2022 10:48 PM
Sudah jodoh tak ke mana
Quote ezacbee 22-1-2022 04:12 PM
Untung bapaknya
Quote fairy_fairy 22-1-2022 08:39 PM
Ahaks. Macam BFF dua orang ni from batch iols. Selalu lepak kat rumah sama-sama. Sekali, weols dengar khabar lagi dah jadi mak and anak tiri. Sempat BFF tu main mata dengan si uncle. Handsome and kaya, manalah dia tak merenyam
Quote lattehazelnut 22-1-2022 10:27 PM
Mak kandung kau?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.082112 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top