CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertukar Sejak Lahir, Lelaki Kecewa Hidup Dengan Ibu Miskin

21-1-2022 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4147| Komen: 41

Description: Cape Town – Seorang lelaki yang tertukar ibu ketika dilahirkan di Afrika Selatan mengaku terkilan kerana ibu kandungnya tidak menerimanya kembali, menyebabkan dia membesar dalam keadaan miskin, lapor ...
Cape Town – Seorang lelaki yang tertukar ibu ketika dilahirkan di Afrika Selatan mengaku terkilan kerana ibu kandungnya tidak menerimanya kembali, menyebabkan dia membesar dalam keadaan miskin, lapor akhbar Mirror UK.


Robin dan Gavin secara tidak sengaja diberikan kepada ibu yang salah oleh seorang jururawat di Hospital Nigel, bandar Johannesburg. Mereka adalah satu-satunya bayi yang lahir hari itu pada Februari 1989.

Robin dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang miskin di pinggir bandar Johannesburg, manakala Gavin dibesarkan oleh ibu yang kaya, Megs Clinton Parker di bandar Pietermaritzburg. 


Dari kiri, Sandy Dawkins dan anak kandungnya, Gavin Clinton-Parker serta Megs Clinton-Parker dengan anak kandungnya, Robin Lotter. Foto: Press Reader


Kesilapan itu tidak diketahui sehingga dua tahun kemudian apabila status bapa Gavin dipertikaikan yang membawa kepada ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Keputusan ujian mendapati Megs bukanlah ibu kepada Gavin.  

Rekod hospital mengesahkan bahawa Robin adalah anak kandung kepada Megs yang dibesarkan oleh Sandy. 

Ketika proses pertukaran, Megs dan Sandy memilih untuk mengekalkan bayi yang mereka besarkan sejak lahir. 

Kedua-dua wanita tersebut menganggap mereka sebagai adik-beradik selepas pertukaran tersebut diketahui pada 1991. 

Bagaimanapun, Robin sentiasa berharap bahawa ibunya akan menukarnya kembali. Dia mengaku sukar untuk menerima keadaan dan merindui ibunya, Megs ketika bercakap melalui panggilan telefon pada setiap hari.

Robin yang hidup miskin memberitahu bahawa dia iri hati dengan Gavin kerana hidup dengan senang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 21-1-2022 02:27 PM
Mak kandung ta gunaaaaaa
Quote Simunggu 21-1-2022 02:48 PM
teruk ibu kandung mu itu
Quote jahcomel 21-1-2022 03:14 PM
Sian ank kndung... Tak guna punya mak kandung
Quote Firenzza 21-1-2022 03:23 PM
Saman la spital tuh, boleh ubah hidup jd senang nti, pastu klau mak kandung kau tetiba nk terima balik ko who r yus kan saje
Quote supernaturalee 21-1-2022 03:27 PM
dlm gmbr berempat tu x menggambarkan story dlm artikel
Quote sambaldurian 21-1-2022 03:30 PM
La knp x tukar balik je, masih kecik lg kn . Tahun 1989 lahir tertukar, tahun 1991 dah tau DNA. Baru umur 2 tahun. Pastu 1991 masing2 dh tau, cuma berjumpa sekali sekala utk erat perhubungan ( tp still duduk bkn dgn ibu kandung - x ke bengong)
Quote epal21 21-1-2022 03:31 PM
supernaturalee: dlm gmbr berempat tu x menggam ...

Khensss. Nampak happy saje mereka semua. Saje kot reporter nak mengeruhkan keadaan.
Quote sue_liah 21-1-2022 03:47 PM
dah kata anak kandung kan, tertukar pun bila dah tahu ambil la anak tu, kesiannya

tak pun support la anak tu dah tau dia hidup susah, sampainya hati
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:06 PM
Dalam gambar masing2 nampak happy je.  Tapi sekarang kebenaran dah terbukti masih tak lambat untuk mulakan hidup baru.
Quote darkness 21-1-2022 04:47 PM
Amikla anak kandung tu. Dah kenapa ko tinggalkan anak sendiri pelihara bukan anak ko. Kalau x amik la dua2
Quote namr 21-1-2022 04:48 PM
Maknya kaya, bela ja lah anak kandung tu..tp kesian lak mak yg miskin tu mesti anaknya xnak duk ngan dia
Quote naina 21-1-2022 05:04 PM
Sampai hati nak kandung biarkan anak kandung hidup dengan mak angkat miskin. Bukan salah budak tu tersilap. Sudah tentu ada rasa dengki sebab tak pasal2 dia hidup susah. Stress. Orang lain plak yang ambik hak2 dia. Mak yang miskin tu mesti tak kisah punya. Mesti dia nak anak kandung dia hidup senang lenang kan.
Quote iman_kasih 21-1-2022 05:06 PM
Teringat pulak cite autumn in my heart
Quote uori 21-1-2022 05:13 PM
iman_kasih replied at 21-1-2022 05:06 PM
Teringat pulak cite autumn in my heart

kan, stress tengok cite tu. patut tengok drama nak isi masa lapang, ni buat tambah masalah je
Quote iman_kasih 21-1-2022 05:21 PM
uori replied at 21-1-2022 05:13 PM
kan, stress tengok cite tu. patut tengok drama nak isi masa lapang, ni buat tambah masalah je :lol ...

Stress2 pun tunggu jugak depan tv kan
Iols la tu
Quote uori 21-1-2022 05:24 PM
iman_kasih replied at 21-1-2022 05:21 PM
Stress2 pun tunggu jugak depan tv kan
Iols la tu

demi won bin iols redho je


Quote Dovahkiin 21-1-2022 05:40 PM
Da dua tahun bela, da sayang.
Quote Suchi 21-1-2022 05:43 PM
Peliknya mak kandung kenapa tanak sbb dh sayang anak angkat tu ker?
Pastu yg dia hidup mcm tak iklas la dgn mak angkat tu?
Yg mak angkat tu tak fight ke nak ank dia balik?
Quote Tembikaigoreng 21-1-2022 05:58 PM
Kalau mak kandung tak nak...kau kerja kuat², then jadi Kaya. Masa tu baru mak kandung kau melutut menangis macam atie peluk kaki adi

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.462388 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top