CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Jadi Murung Akibat Tak Jadi Kahwin, Sedih Asyik Tenung Katil Pengantin

21-1-2022 01:50 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2041| Komen: 6|Original author: Cinta Erina

Description: Kemurungan berpunca daripada perasaan sedih yang keterlaluan. Terdapat banyak punca kepada masalah kemurungan iaitu termasuklah disebabkan oleh kecewa putus cinta.

Sumber: Tiktok Harry Rafkaa

Kemurungan  berpunca daripada perasaan sedih yang keterlaluan. Terdapat banyak punca kepada masalah kemurungan iaitu termasuklah disebabkan oleh kecewa putus cinta. 

Pada sesetengah orang, mungkin ia kedengaran mengarut dan seperti attention seeker, tetapi percayalah hanya orang yang mengalami kemurungan sahaja memahami betapa peritnya perasaan yang melanda hati dan fikiran mereka. 

Perkara itu dapat dibuktikan melalui kisah sedih seorang lelaki di Indonesia apabila dia terpaksa memutuskan pertunangannya di saat-saat akhir mahu bernikah.

Betul lah kata orang, bercinta lama walau bertunang sekalipun, bukan jaminan kekal sampai pelamin. Kadang-kala Tuhan uji kita untuk kuatkan kita. 

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Harry Rafkaa, kelihatan seorang lelaki yang duduk termenung seorang di tepi katil. Melalui penceritaan oleh Harry, lelaki itu kemurungan akibat ditinggalkan tunangnya. 

Apa sahaja yang belum lelaki ini sediakan untuk hari pernikahannya? Tempat tinggal, kad jemputan dan set barangan hantaran sudah disediakan sesuai dengan perancangan, namun sedihnya jodohnya dengan bakal isteri terhenti di tengah jalan. 

Hancur harapannya untuk menggapai hari bahagia itu. Akibat terlalu sedih, lelaki ini seakan-akan menjadi separa gila sehingga kehilangan selera makan. Rutin hariannya kini hanya termenung panjang sambil meratapi gambar mereka berdua. 


Adik kepada lelaki ini sedih melihat keadaan abangnya yang semakin teruk, kemurungannya semakin menjadi-jadi. Kadang-kala, lelaki ini bukan sahaja memakai baju yang sepatutnya disarung ketika majlis kahwinnya, tetapi dia juga terlihat menggosok leher beberapa kali tanpa melepaskan pandangannya ke arah sebuah katil yang merupakan antara persiapan hari perkahwinannya. 

Hanya selepas dipujuk oleh adiknya beberapa kali, barulah lelaki berkenaan mahu menjamah sedikit makanan untuk mengalas perut kosongnya.


Video lelaki ini telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen tidak percaya dan mengatakan lelaki itu hanya berlakon untuk meriah simpati. 

Namun, dalam satu video lain, rakan rapat lelaki tersebut menafikan dakwaan bahawa semua itu adalah content rekaan. Maksudnya semua video-video yang menunjukkan keadaan lelaki itu kemurungan adalah benar. 

Yang banyak merakam adalah si adik, semuanya untuk menunjukkan kepada bekas bakal kakak iparnya kesan memutuskan hubungan mereka telah memberikan tekanan besar kepada abangnya.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga lelaki ni kembali sembuh dari kemurungan dan berjaya mencari bahagia sendiri walaupun bukan dengan orang yang dia harapkan. InsyaAllah, dia akan mendapat jodoh yang baik. Tuhan tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak kuat menghadapi dugaan itu.  -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 21-1-2022 03:22 PM
Pompuan tu lari dtg msia kot.....

Pi cari kat sg buloh.....mgkin ada tengah jual kopok lekor
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:32 PM
Nasib dia ada keluarga yang masih mahu jaga dan bagi semangat kalau tidak pasti keadaannya lebih buruk.
Quote sambaldurian 21-1-2022 04:48 PM
dh knp content tiktok semenjak 2 menjak ni tunjuk org depress. aritu pmpuan konon2 biul semenjak ex kawin lain. yg ni laki pulak. mcm dpt persetujuan ke dari tuan badan yg depress tu ke lakonan utk content.
Quote Adrif 21-1-2022 05:12 PM
sambaldurian replied at 21-1-2022 04:48 PM
dh knp content tiktok semenjak 2 menjak ni tunjuk org depress. aritu pmpuan konon2 biul semenjak ex  ...

kan. susah nak percaya tengok benda2 gini kat internet sekarang  
orang gila glemer
Quote kucim 23-1-2022 01:43 AM
Yg terlebih gedix je main tiktok ni..banyak content mengarut drp elok...pemunah otak masyarakat
Quote kucim 23-1-2022 01:43 AM
Yg terlebih gedix je main tiktok ni..banyak content mengarut drp elok...pemunah otak masyarakat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051975 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top