CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelukis Inai Muak Pelanggan Menipu Semata-Mata Nak Balik Deposit, Sanggup Bagi Alasan Merapu

19-1-2022 04:22 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1919| Komen: 8|Original author: Cinta Erina

Description: Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh orang yang menceburi bidang perniagaan serta perkhidmatan. Ditambah lagi apabila perlu berurusan dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam. Tetapi, apa ya ...

Sumber: Tiktok Astnawra

Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh orang yang menceburi bidang perniagaan serta perkhidmatan. Ditambah lagi apabila perlu berurusan dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam. Tetapi, apa yang paling mengecewakan ialah bila sesetengah individu yang suka batalkan  dengan alasan yang tidak masuk akal. 

“Korang janganlah gunakan alasan ‘tak jadi kahwin’ semata-mata nak cancel booking padahal tidak pun, nak cancel booking sebenarnya sebab nak berinai dengan kawan sahaja.” 


Menerusi posting terbaru Astinawira di akaun Tiktoknya, dia selalu berdepan dengan pelanggan yang memberikan pelbagai alasan tak masuk akal hanya semata-mata mahu membatalkan tempahan. Sudah hampir tujuh tahun dia berkecimpung dalam perkhidmatan ini dan alasan selalu sangat digunakan dengan harapan supaya mereka mendapat semula wang deposit yang telah dibayar.


Lagi menyedihkan apabila ada pelanggan yang sanggup beri alasan tak jadi berkahwin atau tunang, tetapi apabila melihat instagram mereka, majlis perkahwinan atau pertunangan itu berjalan seperti biasa. Ada juga sanggup membatalkan tempahan sehari sebelum majlis berlangsung di saat Astinawira sudah menyediakan semua barangan, walaupun barangan tersebut tidaklah mahal tetapi masa yang diperuntukkan untuk menyediakan barang-barang tersebut terbazir begitu sahaja apabila pelanggan batalkan di saat akhir


Kata Astinawira, ini adalah cabaran yang henna artist terpaksa tempuhi terutamanya apabila berdepan dengan pelanggan yang tidak faham dengan konseo servis ini. Sikap itu sangatlah tidak profesional. Susah untuknya berdepan dengan pelanggan yang tidak boleh bertolak ansur. 


Jelasnya, biasanya deposit yang telah dibayar memang tidak akan dipulangkan semula kepada pelanggan. Namun, ada sesetengah kes di mana pelanggan sanggup bergaduh dengannya semata-mata mahu mendapatkan balik duit deposit itu, Astinawira pulangkan sahaja duit tersebut kerana tidak mahu pening kepala.

Sumber: Instagram Astinawira

Antara hasil kerja Astinawira.

Moga dipermudahkan urusan orang yang menawarkan servis inai ini, bukan senang nak hadap ragam pelanggan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 19-1-2022 07:40 PM
tak jadi kawen betul2 baru padan muka ko…
Quote makneng 19-1-2022 07:57 PM
Haaa ini pun lebih kurang jenis org berduit tp makan x nak bayar. Hantar tuju2 kat customer ghoper ini. Menipu je kojenye
Quote nurbaya 19-1-2022 10:20 PM
Apasal i tak nampak satu menatang hapa pun
Quote SalenaGomez 19-1-2022 11:12 PM
Boleh kot kalau letak condition pada client. Contoh nya No depo refund for cancellation within 7 days before event
Quote musangbodoh 20-1-2022 01:01 PM
apo bondo ko post nie jang oiii...kosong ja
Quote gigahertz 20-1-2022 04:06 PM
nurbaya replied at 19-1-2022 02:20 PM
Apasal i tak nampak satu menatang hapa pun

i rasa yg kena tipu ni kita sebenarnya
Quote Syd 21-1-2022 08:55 AM
mohon TT edit thread dan letak info sepenuhnya.
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:38 PM
Zaman sekarang ni ramai suka menipu dan berlakun sebab tu ramai tertipu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.117333 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top