Fokus
19-1-2022 04:30 PM
2052 Views
DescriptionRakyat Malaysia sentiasa singgah di R&R untuk merehatkan diri setelah perjalanan yang panjang di atas lebuh raya.
ADVERTISEMENT
Rakyat Malaysia sentiasa singgah di R&R untuk merehatkan diri setelah perjalanan yang panjang di atas lebuh raya. Namun, persinggahan ini kadang-kadang bertukar menjadi pengalaman seram bagi sesetengah orang. Bukan sekali dua kita mendengar kisah-kisah mistik, tetapi sudah berlaki-kali perkara ini terjadi di kawasan R&R. Baru-baru ini, sebuah keluarga ini juga mengalami situasi yang hampir sama sewaktu berada di R&R Genting Sempah.
"Demi Allah, saya tak pernah tengok anak saya macam tu"
Menerusi posting terbaru Tuan Syahmi di TikToknya baru-baru ini, kejadian itu terjadi apabila mereka sekeluarga sedang berada di drive-thru sebuah restoran makanan segera. Kerana terlalu lama menunggu giliran, dia mula turun daripada kereta untuk membasuh botol susu anaknya dengan air panas. Sisa susu dan basuhan itu dibuang ke kawasan bawah pokok berdekatan dekat restoran tersebut. Namun peliknya, anak kecilnya tiba-tiba meraung tanpa henti dengan badan menggelepar.
Sumber: Google Image
Anaknya tiba-tiba meraung macam kena sampuk. Tuan Syahmi telah membaca ayat-ayat al-Quran tapi anaknya masih meraung. Tanpa menunggu dengan lebih lama, mereka sekeluarga terus pergi tinggalkan kawasan tersebut dan mencari tempat lebih terang dan ramai orang.
Akhirnya Tuan Syahmi ikhtiar dengan memasangkan bacaan rukhyah daripada YouTube, barulah keadaan kembali tenang dan anaknya tiba-tiba menjadi diam dan tenang. Akibat daripada kisah terbabit, lelaki ini berpesan kepada netizen untuk mengelakkan membuang sampah ataupun benda lain di merata tempat kerana dikhuatiri akan terkena kepada ‘benda’ tidak sepatutnya. -CARI
Original author: Cinta Erina