CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keladi Kayangan Beracun, Jauhkan Dari Kanak-Kanak Dan Haiwan Ternakan

19-1-2022 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1744| Komen: 13

Description: Petaling Jaya – Harganya yang mampu menyamai sebuah kereta buatan Jepun, warna dan bentuknya yang unik membuatkan sesiapa sahaja tertarik dengan kecantikan pokok keladi.
Petaling Jaya – Harganya yang mampu menyamai sebuah kereta buatan Jepun, warna dan bentuknya yang unik membuatkan sesiapa sahaja tertarik dengan kecantikan pokok keladi.


Namun peminat tumbuhan ini perlu tahu disebalik harga ‘kayangan’ dan kecantikan itu, ia juga beracun dan berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak serta haiwan ternakan.


Foto: PHM

Menerusi perkongsian dilaman Facebook Public Health Malaysia (PHM), racun yang terdapat pada keladi atau caladium dipanggil kalsium oksalat meliputi keseluruhan tumbuhan dan paling kuat pada daun.

Jelas PHM, caladium adalah toksik apabila tertelan dan mereka yang mempunyai kulit sensitif boleh terjejas hanya dengan bersentuhan fizikal dengan tumbuhan.


“Mengunyah atau menggigit tumbuhan ini akan membebaskan kristal beracun yang menyebabkan kemerahan dan sakit mata, kerengsaan mulut dan rongga mulut serta pembengkakan saluran pernafasan menyebabkan sukar untuk bernafas,” kata PHM

Mengulas lanjut, PHM berkata, jika seseorang telah mengunyah atau makan caladium secara tidak sengaja, petua berikut boleh membantu.

“Mulut hendaklah dibasuh dengan kain basah. Tangan dan mata orang yang cedera juga mesti dibasuh jika bahagian badan ini terkena racun.

“Susu boleh diberikan untuk melegakan kesakitan sementara. Jika seseorang tidak sedarkan diri atau tidak boleh menelan, mereka tidak boleh diberikan apa-apa melalui mulut,” ujar PHM. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 19-1-2022 12:45 PM
Aku pun ada tanam a few species keladi ni ku sangka kalis ulat tapi tak jugak.

Quote Simunggu 19-1-2022 01:05 PM
perempuan memang suka benda beracun
Quote pinggan 19-1-2022 01:17 PM
Sudah la mahal, beracun pulak. Tak sesuai.
Tapi pokok ni dulu time kita sekolah2 dulu banyak tanam. Nasib iols xpernah teringin nak kunyah ke apa
Quote lipans 19-1-2022 01:21 PM
Maksud Peribahasa

biang keladi

Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.

Contoh ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini.
Quote rukia2 19-1-2022 01:25 PM
Masa kecik2 dulu byk je keladi ni kt kebun abah aku..abah aq racun je mcm semak...tp mmg mak abah pesan jgn dekat2/pegang2 nanti gatal...x sangka lak sekarang boleh jd mahal..
Quote Orix 19-1-2022 01:27 PM
apo rege sebiji kereta ?
Quote cmf_PariS 19-1-2022 01:46 PM
kenapa yg org gila sgt dgn pokok ni? nk kata cantik bias aje...
Quote makton 19-1-2022 01:49 PM
aku antara yg gila dgn keladi. tp takde la keladi kayangan yg aku beli. plg mahal pun aku beli rm300. tu pun lama aku fikir sebelum beli. and aku dah jual anak2 keladi & dpt pulang modal.
Quote Samerosie 19-1-2022 01:54 PM
Masa I primary school ada budak sudah guna daun keladi mak dia balut kuih ke goreng pisang, lepas tu dia makan kuih tu, mati budak tu.  Daun keladi ni pun beracun to pets.
Quote Zack8hunter 19-1-2022 03:04 PM
bila terbaca artikel2 mcm ni, terus trauma bila lalu sebelah pokok2 hiasan
Quote sukacactus 19-1-2022 03:29 PM
Pokok hiasan (xkira la keladi ke pokok lain) utk hiasan je la
Jgn dibuat sayur plak
Sapa yg ada pet/ank kecik yg kena hati2 kot terkoyak, termakan buat ulam
Quote darkness 19-1-2022 03:32 PM
Mcm seratus tahun dahulu dah aku pernah baca keladi beracun ni...mana2 pokok yg tak dapat dimakan, mmglah beracun...
Quote kotakbaju 19-1-2022 03:37 PM
Kat belakang rumah aku banyak tumbuh keladi liar lebih kurang camni la. Dok menjalar kat ats tanah tu sampai ke pagar. Hari tu adik aku dah mesin separuh dah pasal jadi semak pulak belakang tu. Mari mak sedara aku dia dok gebang kata pokok keladi jenis ni mahal. So dia kerat la sikit ambik bawak balik

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.290717 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top