CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"B*doh Kata Zikir Syirik,"- Ustaz Azhar Idrus Hentam Ustaz Muda Wahabi Persenda Zikir Imam Syafie

19-1-2022 10:20 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 7215| Komen: 32|Original author: ameenarara

Description: Baru-baru ini tular sebuah video ceramah yang memaparkan seorang ustaz muda yang dikenali sebagai Ustaz Mohd Rizal Azizan mendedahkan apabila zikir taubat nasuha adalah zikir syirik mengikut tafsirann ...
Baru-baru ini tular sebuah video ceramah yang memaparkan seorang ustaz muda yang dikenali sebagai Ustaz Mohd Rizal Azizan mendedahkan apabila zikir taubat nasuha adalah zikir syirik mengikut tafsirannya.


Zikir yang sering diamalkan oleh orang Islam itu dianggap syirik kerana maksudnya yang dikatakan tidak mahu masuk ke syurga seperti yang dinyatakan berikut:

"Wahai Tuhan aku tak layak ke SyurgaMu, namun aku tidak sanggup ke nerakaMu, terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar."


"Dulu saya hafal masa sekolah, tapi bila sudah tahu sesat, saya tidak hafal lagi." kata Ustaz Mohd Rizal.

"Dia tidak layak dan tidak mahu masuk syurga, neraka pun dia tidak sanggup, dia nak duduk tengah-tengah. Maknanya di antara syurga dengan neraka ada satu tempat yang dipanggil R&R (rehat dan rawat)," begitulah seperti yang disampaikan ustaz muda ini mengikut pemahamannya.

Foto: Sumber Internet

Ucapan ustaz muda itu benar-benar mengejutkan sehingga mendapat perhatian Ustaz Azhar Idrus lalu mengatakan pemahaman ustaz muda itu adalah sesuatu yang bodoh.

Ustaz Azhar Idrus menerangkan zikir ini membawa maksud sifat tawadu' Imam As-Syafie iaitu penuh dengan rasa rendah diri dan bukanlah sebab Imam As-Syafie tidak mahu masuk ke syurga Allah. Ia juga dipanggil sebagai syair yang dipuji ribuan ulama seperti mana yang diterangkan dalam video ceramah tersebut.

Netizen juga turut mengatakan ustaz muda itu bodoh kerana tidak memahami maksud syair itu hingga membuat kesimpulan yang tidak sepatutnya.

Foto: FB Ulama' Besar Alam Melayu

Semoga Ustaz Mohd Rizal dapat mencari guru agama yang baik untuk belajar memahami zikir atau syair yang sering dipasang di corong radio, televisyen dan Youtube. Bukan dengan mudah mengatakan zikir itu syirik hingga mencetuskan kekeliruan masyarakat Islam. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 19-1-2022 10:30 AM
Edited by kelapaparut at 19-1-2022 10:38 AM

elok la lobai vs lobai, biar netizen pening nak sokong sape. Asyik mnuduh org lain liberal segale, korang lobai pun xtau mane btul mane salah. Hukum agama bila masuk negeri lain jd berubah, negeri tu solat subuh ade qunut, negeri ni solat subuh xde qunut. Zakat fitrah ikut mazhab lain boleh, gentel anjing xleh ikut mazhab lain. Ade yg boleh tahlil ade yg xboleh tahlil kalu ade kmatian. Ade confuse dgn Timah, ade confuse dgn hotdog dan confuse dgn coklat cadbury. Ucap krismas xboleh tp bile agong bg ucapan krismes, korang lobai senyap. Korang nak ape lobai, kiteorg rakyat xphm..
Quote Orix 19-1-2022 10:35 AM
benda remeh pun jd isu

tp lagu raihan taubat mmg sedap pun melodi dia

kadg2 menggamit memori zaman muda dlu tgok cite Syukur 21
Quote kelapaparut 19-1-2022 10:43 AM
uai pun comment2 pun bukan btul sgt pun, pengikut je ramai. Ebitliew yg mnumbuk sambal di jamban pun lg ramai pngikut xberbelah bahagi.
Quote musangbodoh 19-1-2022 10:46 AM
isu lama weh
Quote Minami2013 19-1-2022 10:49 AM
Sokong uai...
Quote True-X 19-1-2022 10:52 AM
dua dua ostad ni aku rijek
Quote naina 19-1-2022 10:53 AM
Dah lama la isu ni
Ramai dah hentam ostat ni
Quote batu kikir 19-1-2022 11:26 AM
kelapaparut replied at 19-1-2022 10:30 AM
elok la lobai vs lobai, biar netizen pening nak sokong sape. Asyik mnuduh org lain liberal segale, k ...

Lagi banyak Lobai bercakap lagi confuse umat Nabi Muhammad.  Sebab.......masing2 bercakap ikut kefahaman sendiri......petik imam mana yg mereka puja....lepas tu buat sendiri punya konklusi
Hadis dikumpul dan dibukukan setidak-tidaknya 200 tahun selepas Nabi wafat. Masing2 imam dengar atas dengar atas dengar atas dengar atas  dengar sebab masing2 tak hidup zaman Rasul. Mana yg ditokok mana yg dihilangkan.......nobody knows.
Quote depresio 19-1-2022 11:29 AM
Cerita lama dah up balik
Dah xdak topik sgt

Apa bukti tu syair imam syafie?
Quote kakikuDibibirmu 19-1-2022 11:38 AM
Edited by kakikuDibibirmu at 19-1-2022 11:40 AM

Orang gila jah yang berdoa tak nak masuk syurga, elohim 'azza wajalla siap berfirman qu 'anfusakum wa ahlikum naro, boleh pulak tawaduk ke hulu ke hilir tak nak masuk syorga pelbagai
Quote Decaffeinated 19-1-2022 11:44 AM
tak payah tanya wahabi pun boleh fikir, kalau ratib benda yang sama ulang2 ni benda tipu pun boleh jadi betul, apa lagi benda betul. Kan?



Quote Thunderclouds 19-1-2022 11:48 AM
kelapaparut replied at 19-1-2022 10:30 AM
elok la lobai vs lobai, biar netizen pening nak sokong sape. Asyik mnuduh org lain liberal segale, k ...

U sum it up brilliantly with this komen
Quote gigi 19-1-2022 11:50 AM
aku tak sokong UAI....sorry.....
Quote Skuau 19-1-2022 11:53 AM
kelapaparut replied at 19-1-2022 10:30 AM
elok la lobai vs lobai, biar netizen pening nak sokong sape. Asyik mnuduh org lain liberal segale, k ...

suka pendapat ngn pendapat anda.
Quote umbut 19-1-2022 11:59 AM
Macam2 lobai ada skrg.. Lobai muda yg ntah mana2 timbul.. Campur ngan budak2 pu lagi
Quote Lentera 19-1-2022 12:00 PM
Aku sokong UAI especially bab kucing jiran berak kat laman [em:3:]
Quote pyropura 19-1-2022 12:03 PM
Najib Umno pegi kuil sambut Taipusam tu ko diam je wahai ostad Jahar Deghus?? Sebab geng sendiri kan?
Quote FOTHER-MUCKER 19-1-2022 12:04 PM
Di Malaysia sesiapa sahaja boleh jadi lobai ke tampa perlu kelulusan daripada kerajaan ke JAKIM ke jawi ka jawa ka?
Quote tripleid 19-1-2022 12:10 PM
kalau nak list satu persatu amalan 'syirik' yg melayu buat turun temurun forum 100 pages pun x cukup

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054777 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top