CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Jaket Keselamatan, Gadai Nyawa Berhimpit Dalam Bot Nak Ke Sekolah- Mana Pihak Berwajib?

15-1-2022 08:51 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2398| Komen: 31|Original author: tatod

Description: Selepas gambar memaparkan pelajar sekolah rendah di Sandakan meniti jambatan gantung yang kehilangan sebahagian besar papan pemijak tersebar di media sosial, kini tular pula gambar pelajar yang berhim ...


Selepas gambar memaparkan pelajar sekolah rendah di Sandakan meniti jambatan gantung yang kehilangan sebahagian besar papan pemijak tersebar di media sosial, kini tular pula gambar pelajar yang berhimpit dalam bot kecil tanpa jaket keselamatan sedang dalam perjalanan ke sekolah.

Menerusi Facebook, pemilik akaun A Korn Korn memuat naik beberapa keping gambar murid-murid dari Kampung Pituru dan Kampung Timbang Taun berkongsi bot untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mangkapon Pitas, Sabah. 

Menerusi gambar, dapat dilihat para pelajar sudah terbiasa dengan keadaan itu.


Bagaimanapun, isu keselamatan tidak boleh dipandang remeh. 

Oleh itu, A Korn Korn yang buntu mencari penyelesaian terhadap masalah berkenaan terpaksa menggunakan media sosial agar mendapat perhatian dari pihak berwajib.

"Kepada pihak berwajib, kami tidak ada pilihan lain terpaksa tularkan kes ini kerana sudah lebih setahun tetapi masih tiada tindakan. Tolonglah, mana-mana pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan bantu beri bot lebih besar dan jaket keselamatan. Jangan sampai nasi sudah jadi bubur," katanya.

A Korn Korn memohon rakan Facebook untuk mengongsikan perkara berkenaan sama ada di akaun sendiri mahupun mana-mana platform lain.

 Dia sangat mengharapkan simpati dari mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi memastikan keselamatan pelajar.

Loading FB Post...

"Surat permohonan sudah pun diberikan kepada pihak sekolah dan wakil rakyat. Tetapi, kai masih belum mendapat sebarang jawapan walaupun sudah lama berlalu. Mahu tunggu apa lagi? Malang tidak berbau," katanya.

Di daerah itu, tahap ekonomi kebanyakan penduduk di kawasan itu masih berada dalam kategori miskin tegar. Masih ramai kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah kerana saiz bot yang kecil. Ia tidak dapat menampung kesemua pelajar yang ada di sana.




Luahan A Korn Korn yang turut dikongsikan oleh Borneo Voice mendapat perhatian warga maya. 

Rata-rata, ramai yang menyalahkan wakil rakyat yang kurang peka dengan situasi sedemikian. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 15-1-2022 09:41 AM
Smg bjaya la adik2 yg gigih g sek nih. Sek anak meols dok bgilir ramai jah monteng
Quote cm_asamkumbang 15-1-2022 09:46 AM
betul mcm yg komen tu tulis, selagi tak jadi apa kat budak budak tu, maka takda yg peduli.
Quote kakikuDibibirmu 15-1-2022 09:49 AM
Kenapa panggil ikan jaket? Adakah jaket tersebut membantu ikan untuk terapung di permukaan air?
Quote Thunderclouds 15-1-2022 09:58 AM
Pihak bwojib garu teloq tggu gaji lar bulan2. Lagi nk tnya. Jadi apa2 kt budak tu kutip kambus ja. Patu dok ulang lg esk2 kejadian yg sama. The cycle continues. Mulayu kn mudah lupaaa
Quote kechikchomel 15-1-2022 09:59 AM
seram lak iolss tgk budak lelaki yg duduk belakang acik tu. dia ke belakang sikitttt je....
tapi macam best lak naik bot ni
Quote rikiruj 15-1-2022 10:19 AM
kejar Adun & ahli parlimen kawasan tu…
Quote manzilla 15-1-2022 11:19 AM
Lagi mahu cakap "Jangan tularkan, sila gunakan saluran aduan resmi."
Quote Skuau 15-1-2022 11:49 AM
"wa punya wang dh abes bantu palestin,syria,rohingya..brasil....bila rakyat negara sendiri...memerlukan bantuan...wa punya wang..pon...abes"-
Quote nakkomenjugak 15-1-2022 01:25 PM
Hahaha ni Malaya acikkkk
Marhaen memang yang atas2 tu buat vodo jahhhh
Masing2 songlap duit rakyat bagi fam sendiri kayaaa
macammmmm tak tahuuu
Quote dua_chzy 15-1-2022 01:29 PM
Selayaknyalah mundur. Padan muka kau, makan la hasil perbuatan korang selama ni yang membabi butoh sokong urang2 Biyen. Ha makan la, makan. Santap berjemaah.
Quote LoveSungmin 15-1-2022 01:30 PM
ni gambar bila? bebudak semua tak pakai mask..
Quote dua_chzy 15-1-2022 01:30 PM
Kes2 begini, di Sabah, hada 2 ja sebab:

1. Takda tindakan/usaha dari pihak berwajib huntok perbaiki hapa yang patot.

2. Peruntukan dah kena songlap. Dalam laporan/audit, projek segala dah siap. Tapi hasilnya ilek. Mungkin halimunan barangkali. Orang bunian saja boleh guna.
Quote kakikuDibibirmu 15-1-2022 01:31 PM
Celaka punya jambatan gantung, masa ni jugak lah
papan pemijak tu nak menghilangkan diri, merangkaklah kau besok dekat padang Mahsyar nanti
Quote Decaffeinated 15-1-2022 02:41 PM
kira jauh jugak lagi bibir perahu tu dari air. aku pernah menyeberang sungai pahang dorang load the boat sampai within inches all it takes is sorang malaun gemuk hayunkan badan then we're doomed but lucky la semua kurus2

Quote kakikuDibibirmu 15-1-2022 02:50 PM
Penjarakkan sosial tersenyum sinis
Quote MissYouSayang 15-1-2022 02:58 PM
Puak ko jgk dok vote bn selama ni khuens. So x payah mgelupur la minta dgn badan bukan kerajaan
Quote Skuau 15-1-2022 04:25 PM
Edited by Skuau at 15-1-2022 04:26 PM
MissYouSayang replied at 15-1-2022 02:58 PM
Puak ko jgk dok vote bn selama ni khuens. So x payah mgelupur la minta dgn badan bukan kerajaan


bkn salah rakyat..pilih wakil rakyat...'salah  undang2'....'tidak boleh menghukum' ahli politik yg...'menipu rakyat untuk undi'.Selamanya 'perkara ini akan terus berlaku'...selagi...'menipu rakyat dlm pilihan tuk dapatkan undi'....BUKAN SATU JENAYAH(yg sepatutnya dihukum diarak keliling kawasan dial)
Quote buapakperut 15-1-2022 06:14 PM
Pihak berwajib tengah menyundal dengan duit rakyat.
Quote orion_pax 15-1-2022 07:08 PM
Ini semua salah DAP

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.056107 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top