CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asteroid Selebar 1km Akan Melepasi Bumi Minggu Depan

14-1-2022 06:21 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1785| Komen: 15|Original author: Agent13k

Description: Menurut dari agensi NASA yang sedang memantau pelbagai pergerakkan di angkasa termasuk asteroid dan komet, baru-baru ini, NASA mengumumkan asteroid 1994 PC1 akan terbang melepasi Bumi pada sekitar min ...
NASA yang sedang memantau pelbagai pergerakan di angkasa lepas termasuk asteroid dan komet baru-baru ini mengumumkan asteroid 1994 PC1 akan terbang melepasi Bumi pada sekitar minggu hadapan.

kredit foto: NBC News


Asteroid dengan lebar 1km ini dianggarkan akan melepasi Bumi pada 18 Januari 2022. Walaupun begitu, Asteroid ini dikategorikan tidak berbahaya untuk Bumi dan akan terbang pada jarak 1.9 kilometer daripada planet Bumi.


Asteroid ini bergerak dengan kelajuan sekitar 75,000km/j ia adalah jarak sekitar lima kali jauh berbanding kedudukan bulan.

Ada sejumlah asteroid lain akan terbang melepasi Bumi, anda boleh melihat pergerakan asteroid di laman NASA Eyes On Asteroid.

Kredit foto: News Atlas

Kali terakhir Bumi dilanggar asteroid sekitar 66 juta tahun yang lalu yang diberi nama Chicxulub dan pakar saintis menjangkakan sebuah asteroid bernama 99942 Apophis, akan melanggar bumi dalam masa 100 tahun lagi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-1-2022 04:01 PM
Tgk thread ni teringat movie don't look up..
Quote krustykrab 15-1-2022 04:05 PM
Walaupun begitu, Asteroid ini dikategorikan tidak berbahaya untuk Bumi dan akan terbang pada jarak 1.9 kilometer daripada planet Bumi.


Bior betik..dekat tu
Quote airfilterkotor 15-1-2022 05:29 PM
Ohh, kali ni takde dah ayat "menghentam orbit bumi".
Quote pittjie 15-1-2022 05:30 PM
krustykrab replied at 15-1-2022 04:05 PM
Walaupun begitu, Asteroid ini dikategorikan tidak berbahaya untuk Bumi dan akan terbang pada jarak 1 ...

Typo ke apa tu? Tinggi lg kapal terbang Dr asteroid ni.
Quote BartholomewKuma 15-1-2022 05:37 PM
krustykrab replied at 15-1-2022 04:05 PM
Walaupun begitu, Asteroid ini dikategorikan tidak berbahaya untuk Bumi dan akan terbang pada jarak 1 ...

Aku baru ja habih tengok gambaq tu. Depa memang pereli betui betui hat kita zaman la ni
Quote harkktuih 15-1-2022 05:40 PM
1.2 million miles bila translate jd 1.9km
Quote star_karat 15-1-2022 07:09 PM
Rasa 10 tahun dulu jarang2 dengar asteroid lalu lalang dekat bumi. Ni sekarang ni rancak pulak. Kejap kejap lalu.
Quote terma2nkondisi2 15-1-2022 08:14 PM
Kalau jatuh hentam bumi

boleh jadik mcm kat rusia dulu tu dak?

https://youtu.be/gRrdSwhQhY0
Quote terma2nkondisi2 15-1-2022 08:18 PM
eh... camne nak post video dari youtube skang ni?
Quote kakikuDibibirmu 16-1-2022 07:13 PM
terma2nkondisi2 replied at 15-1-2022 08:18 PM
eh... camne nak post video dari youtube skang ni?

Apa link YouTube video tu? Kalu contohnya link dia https://youtu.be/gRrdSwhQhY0 nanti letak ID YouTube tu (yakni gRrdSwhQhY0) dalam BBCode tag youtube macam ni:


  1. [youtube]gRrdSwhQhY0[/youtube]
Copy the Code



Nanti keluar macam ni:


[youtube]gRrdSwhQhY0[/youtube]

Quote kakikuDibibirmu 16-1-2022 07:14 PM
Don't look up dekat Netflix tersenyum sinis
Quote haifawehbe 16-1-2022 09:23 PM
x terbayang kalau movie dont look up jadi real.. kalau dinosaur boleh pupus sebab ni x mustahil boleh jadi lagi..
Quote darkness 16-1-2022 10:41 PM
Akankah ada sejarah seperti meteor  masuk ruang udara?
Quote zorrro_03 16-1-2022 11:08 PM
1.9 KM?  Boleh kita pakat2 lambai makhluk yang menghuni astero tersebut sambil selfi.
Quote gigahertz 17-1-2022 12:51 AM
star_karat: Rasa 10 tahun dulu jarang2 dengar asteroid lalu lalang dekat bumi. Ni sekarang ni rancak pulak. Kejap kejap lalu.

Kaum Nabi Luth ketika di timpa azab salah satu bentuk azab tu hentaman Asteroid .
kalau sekali dah berlaku akan berlaku lagi.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054603 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top