CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Bagi Bukti, Lelaki Kecewa Dipecat Lepas Bos Tak Percaya Rumah Banjir

14-1-2022 10:48 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2913| Komen: 32|Original author: Cinta Erina

Description: Setiap kali musim hujan, keadaan rumah penduduk yang terkesan dengan banjir tidak dinafikan amat menyedihkan.

Sumber: Tiktok Myfundaction

Setiap kali musim hujan, keadaan rumah penduduk yang terkesan dengan banjir tidak dinafikan amat menyedihkan. 

Bencana alam yang berlaku sekitar bulan lepas menyebabkan ramai orang terpaksa menghadapi kerugian berlipat kali ganda dan perlu bermula dari awal kembali untuk membeli barang keperluan.

Lebih menyedihkan, ada juga individu kurang bernasib baik dibuang dari tempat kerjanya.

"Tunggu bantuan baju sekolah…Hidup kena sabar, rumah tak clear lagi"


Satu perkongsian video dari MyFundAction di Tiktok telah mendapat perhatian warga Tiktok ketika menemu bual salah seorang penerima bantuan di tempat pengagihan sumbangan. 

Menurut lelaki berkenaan, keperluan sekolah tersebut diambil untuk kedua-dua anaknya yang berumur 8 dan 11 tahun. Walaupun air banjir sudah pun lama surut, namun rumahnya masih belum bersih dengan sempurna.

"Saya dah bagitahu kena banjir…Tapi majikan tak percaya, tak tahu macam mana nak mengadu"

15 ways to not get fired from your dream job | Network World
Sumber: Google Image

Malang tidak berbau merupakan perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan nasib penerima sumbangan berkenaan. Dia baru dibuang kerja oleh majikannya atas sebab tidak masuk bertugas kerana banjir. Menurutnya, permohonan cuti telah pun dibuat dan bukti rumahnya terjejas dengan banjir juga sudah diberikan. Namun, majikannya tidak percaya dan enggan membayar RM1500 kepadanya.

Sejak dikongsikan semalam, video temu bual itu telah meraih 1.1 juta jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar ujian yang terpaksa dihadapi lelaki berkenaan. Rupa-rupanya ada juga yang berkongsikan pengalaman kenalan mereka dibuang kerja walaupun mempunyai alasan bercuti yang kukuh.

Sumber: Tiktok MyFundAction

Marilah sama-sama kita berdoa supaya dipermudahkan urusan kepada yang terjejas dengan banjir. Semoga dilimpahkan rezeki yang meluas kepada mereka semua. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 14-1-2022 10:53 AM
bagitau ja nama majikan tu..
biar kena kecam..
mesti ramai staff tertindas kerja kat sana..
or else saman je..
sure ada lawyer yang nak amik kes pro bono..
Quote Mooverine 14-1-2022 10:56 AM
cuba rujuk dengan jabatan buruh, tengok apa mereka advice..
Quote darkness 14-1-2022 10:58 AM
Aku doakan ja majikan tiada hati perut gini bankrap
Quote aryyan 14-1-2022 11:01 AM
Mooverine replied at 14-1-2022 10:56 AM
cuba rujuk dengan jabatan buruh, tengok apa mereka advice..

function ke labour office?
dgq kata depa super bz sejak pkp & retrench issues.
yg retrench pn ramai xdpt $$ n queing case.
Quote Thunderclouds 14-1-2022 11:02 AM
P pejabat buruh jaa... InsyaAllah depa tolong
Quote cikatilia 14-1-2022 11:04 AM
nasib abg ni lagi teruk
aku apply cuti boss aku membentak2 suruh bagi gambar banjir semua
tup2 kena tolak gaji or ganti hours.. bebeh

ganti kan aje la xnak kena deduct salary
Quote Mooverine 14-1-2022 11:05 AM
aryyan replied at 14-1-2022 11:01 AM
function ke labour office?
dgq kata depa super bz sejak pkp & retrench issues.
yg retrench pn rama ...

kat tempat saya ni, ada nampak mereka bekerja la.
tak tau la kat tempat lain.
Contohnya macam company saya kerja ni, ada dengar la colleagues saya yang bahagian HR sibuk berurusan dengan pihak Jabatan Buruh sebab ada terima beberapa aduan.
Quote paz 14-1-2022 11:08 AM
Kasihanya. Majikan ni pun. Over sangat.
Quote copy_paste 14-1-2022 11:24 AM
dah tahu la jenis majikan cmne tu,cayanu
Quote keane.somewhere 14-1-2022 11:28 AM
Murah Nye gaji RM1,500????

Nak hire lawyer pun tak mampu....kalau jadi ko bro aku tak kahwin Dan membiak
Quote keane.somewhere 14-1-2022 11:30 AM
Thunderclouds replied at 14-1-2022 11:02 AM
P pejabat buruh jaa... InsyaAllah depa tolong

Kalau ada duit cari lawyer India je.....masalah gaji pun RM1,500

Nak upah lawyer camne
Quote cmf_premierleag 14-1-2022 11:33 AM
kesian...tp kalo bleh, sblm diberentikan tu,patut nya ajar blk bos tu cukup2
ni x abih2 sabar,sabar,sabar,sabariah,sabaruddin
sbb tu kene tindas
Quote syamzana 14-1-2022 11:38 AM
huhu...bersimpati terhadap abg ni. semoga abg ni dan org2 yg menerima nasib sama dicekalkan hati dan dimurahkan rezeki. hrp dia dpt kerja lain secepat mgkin.
tmpt kerja kwn i siap hr mintak pic pastu tup2 semgu lepas kejadian banjir ada masuk duit ribu2 jugak la hasil kutipan kolig2+bos2. wpun kawan i tu pun kategori bos juga smpai segan la dia rs mcm org lain lg layak dpt bantuan tu. bos pun call tnya perlukan bantuan cuci rumah ke tak. kat tmpt kerja dia tu ada 5 org yg terkena banjir tp dia la plg teruk.
Quote underground 14-1-2022 11:43 AM
sepet kiasu la tu

bayar rendah, tapi kena keje support 24/7/30

zaman aku, sanggup pendekkan lunch hour untuk cover waktu solat

pun kena marah. siap suruh aku satukan solat masa lunch hour

Quote Thunderclouds 14-1-2022 11:48 AM
keane.somewhere replied at 14-1-2022 11:30 AM
Kalau ada duit cari lawyer India je.....masalah gaji pun RM1,500

Nak upah lawyer camne

Harap pro bono?10thn pn belom tentu settle. Priority depa mesti la kt clients bbyaq. Kalo nk jgk pakai lawyer leh approach biro bantuan guaman. 10hengget ja depa caj. Tp process sama ja ngn pro bono,lamaaaa. Xbbaloi utk gaji 1500. Rujuk pej buruh je laa. Akta keja 1955 ni makanan depa kan..
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:06 PM
Ini bos ke syaitan??
Quote buragazz 14-1-2022 12:35 PM
Masa aku tgk video ni time abg tu cakap hidup kene sabar tetiba mata masuk habuk.. besar dugaan dia dalam hati...
Quote ezacbee 14-1-2022 12:59 PM
underground replied at 14-1-2022 11:43 AM
sepet kiasu la tu

bayar rendah, tapi kena keje support 24/7/30

Dulu ex-bos aku de sound, solat ni xde dalam undang2 buruh.Aku cakap tolak rehat jelah pesusah. 30min zuhur, 30min asar. Settle.
Kecoh. Dasar kelly.
Quote Artemesiaa 14-1-2022 01:07 PM
Rujuk pejabat buruh mungkin mereka boleh bantu dimana2 atau rujuk dengan ppim mereka kan selalu bantu kes2 macam ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.068718 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top