CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Pergi Umrah Tak Divaksin, Nah Tuan Ibrahim Jawab!

14-1-2022 07:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1217| Komen: 6

Description: Putrajaya – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beliau sudah melengkapkan dua suntikan pelalian Covid-19 pada Mac dan April tahun lalu.
Putrajaya – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beliau sudah melengkapkan dua suntikan pelalian Covid-19 pada Mac dan April tahun lalu.


Malah, katanya, beliau turut menerima suntikan dos penggalak pada 2 November tahun yang sama.


Tuan Ibrahim, Foto: Kosmo

“Terdapat kekeliruan beberapa pihak yang menuduh saya tidak divaksin sebelum menunaikan umrah baru-baru ini.

“Dos pertama diambil pada 24 Mac 2021 di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya, manakala dos kedua di klinik yang sama pada 14 April 2021.


“Saya menerima dos penggalak pada 2 November tahun lalu di Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Abu Syafiq mendakwa Tuan Ibrahim tidak pernah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi satu rakaman video, beberapa hari lalu.

Abu Syafiq sebelum ini menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad yang mahu pihak berkuasa menyiasatnya kerana membawa jemaah tidak divaksin untuk menunaikan umrah.

Pendakwah bebas itu juga mendakwa ada individu dalam kerajaan yang turut menunaikan umrah baru-baru ini tapi belum divaksin iaitu Tuan Ibrahim sendiri.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dilaporkan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah ketika beberapa negeri dilanda bencana banjir baru-baru ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingercadbury 14-1-2022 07:51 AM
Iyola atuk...kalau setakat cakap...anak jiran aku yg 3 tahun iteww pun fasih cakap

Kahkahkahkahkah
Quote laksmanabentan 14-1-2022 09:02 AM
stingercadbury replied at 14-1-2022 07:51 AM
Iyola atuk...kalau setakat cakap...anak jiran aku yg 3 tahun iteww pun fasih cakap

Kahkahkahkahkah ...

jap laaa... tengah cari IT mana yang boleh update iolllss punya mysejahtera nih...

Quote krustykrab 14-1-2022 09:05 AM
Agamawan takkan nak menipu pulak kan..kita percaya je lah...
Quote BartholomewKuma 14-1-2022 09:15 AM
Pa benda orang tua ni haduiiyyaahaiii
Quote maydanoz 14-1-2022 04:03 PM
cer check dgn ic dia
Quote bakingsoda 14-1-2022 04:09 PM
lagikan rakyat marhaen boleh beli sijil tanpa cucuk, mmg susah la nak verify sape yg cakap benar. cuma yg menuduh tu patut bawa bukti cth pengakuan dr staf klinik ke ape

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.079912 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top