CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi RM51,400 Ditipu Beli Makanan Tahun Baru Cina

14-1-2022 06:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1290| Komen: 4

Description: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur menerima empat laporan berkaitan kes tipu pembelian makanan dalam talian membabitkan kerugian RM51,400 sejak Ahad hingga Rabu.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur menerima empat laporan berkaitan kes tipu pembelian makanan dalam talian membabitkan kerugian RM51,400 sejak Ahad hingga Rabu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, mangsa telah berurusan menempah makanan bagi sambutan Tahun Baharu Cina melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek yang tidak dikenali.



Menurutnya, suspek kemudiannya telah memberikan satu pautan laman sesawang untuk pembayaran wang pendahuluan.

"Mangsa telah mendaftar dan mengisi maklumat perbankan miliknya seperti mana yang diarahkan suspek," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Mohd Mahidisham berkata, kesemua mangsa menyedari ditipu apabila terdapat beberapa transaksi pindahan wang dari akaun bank mangsa ke dalam akaun bank suspek.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-1-2022 08:50 AM
Dah 20222 masih ada yg tertipu?
Quote lurkingaround 14-1-2022 03:44 PM
.
https://www.thestar.com.my/news/ ... s-online-say-police - 2022/01/13 - four-reports-lodged-over-scammers-selling-cny-snacks-online-say-police

Ia adalah makanan ringan dalam tin atau bekas plastik untuk raih TBC/CNY, bukan makanan "berat".
.
Quote mbhcsf 14-1-2022 03:45 PM
kesiannya mangsa, banyak tu....memacam sekarang kan , banyak scammer datang.
Quote Artemesiaa 14-1-2022 04:56 PM
Macam2 cara nak menipu sekarang ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057286 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top