CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Maya Karin Elak Menyanyi Live, Takut Diserang Anxiety

13-1-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3558| Komen: 37

Description: Masalah anxiety atau serangan panik yang dialami pelakon Maya Karin sejak lapan tahun lalu membuatkan dia tidak berani untuk menyanyi di atas pentas.
Masalah anxiety atau serangan panik yang dialami pelakon Maya Karin sejak lapan tahun lalu membuatkan dia tidak berani untuk menyanyi di atas pentas.

Menurut Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 42, perkara itu membuatkan dia membuat keputusan memberi fokus kepada kerjaya lakonan berbanding nyanyian.


Foto: IG


"Saya tak pernah kata akan berhenti menyanyi, cuma rezeki saya lebih kepada bidang lakonan. Lagipun menyanyi atas pentas akan membuatkan saya anxienty.

"Kalau di set penggambaran, perasaan kebimbangan melampau itu kurang. Kalau saya ada alami serangan panik ketika penggambaran, saya akan minta berehat kejap.


"Kalau menyanyi, kena serangan panik ke tak... saya kena berada atas pentas. Agak menakutkan untuk saya menyanyi secara live," katanya kepada mStar.



Maya ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, pada selasa.

Sekitar November tahun lalu, Maya mendedahkan dia berdepan masalah gangguan keresahan atau anxiety sejak lapan tahun lalu.

Episod paling teruk yang dirasainya adalah mengalami perasaan gementar sehingga tangannya menggigil.



Anxiety juga pernah menyebabkan Maya gagal dalam uji bakat sekali gus terpaksa melupakan peluang untuk menempatkan diri dalam naskhah Crazy Rich Asian dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini berkata, dia mula berkongsi tentang masalah yang dihadapinya itu selepas mengalami serangan panik ketika menyelam di Sabah pada tahun lalu.




"Sebenarnya dah lama juga saya alami masalah anxiety. Saya mula kongsi perkara ini selepas balik dari Sabah.

"Saya pergi sana nak mencuba menyelam untuk menentang masalah anxiety. Tapi malangnya, saya alami serangan panik dalam air.

"Baru saya sedar, ia sesuatu yang sangat bahaya. Sebab itu saya kongsikan masalah yang saya hadapi di Instagram," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awenda507 13-1-2022 11:44 AM
Padahal suara mmg hauk. Takot kne boo la tu claim la ade anxiety siap2.
Quote Rogue98 13-1-2022 11:48 AM
time covid ni banyak pulak dengar artis2 berpenyakit ye.....saikology lah...anxiety lah...bipolar lah....
Quote Kurex 13-1-2022 11:48 AM
sebab suara kau azab kan bila live kan ketiba?
Quote Fly_over 13-1-2022 11:51 AM
Rogue98 replied at 13-1-2022 11:48 AM
time covid ni banyak pulak dengar artis2 berpenyakit ye.....saikology lah...anxiety lah...bipolar la ...

ritrud pn nanti boleh gunakan alasan ni..
Quote izzah_mia 13-1-2022 12:10 PM
takyahlah nyanyi...nyanyi pun ke laut.
Quote Prickford 13-1-2022 12:18 PM
Dik suara kau pon hauk dik. Toksah la menambahkan penyakit anxiety uolls itewww...
Quote umbut 13-1-2022 12:29 PM
Suara hauk maunya x serangan panik..buatnya terkucil. Cukuplah 1 single je dolu2
Quote babelina 13-1-2022 12:43 PM
anxiety + artis dh mcm mmg penyakit dorg.. cikit2 anxiety.. plsssss la..
Quote matchstick 13-1-2022 01:29 PM
kak nab jangan tiru alasan ni tau
Quote nakkomenjugak 13-1-2022 01:39 PM
anxiety deme still banyak duit kat bank
kalau marhaen anxiety memang company carik pekerja baru
Quote tobobon 13-1-2022 02:11 PM
Meols sejak forumer cari reveal yg sheols ni ketibas and bau asyemmm..terus dah x minat da...
Quote Thunderclouds 13-1-2022 02:48 PM
Mmg suara xsedap. Baguih la xnyanyi dh. Igt waktu dia mula2 debut as singer dlm rancgn yg dia hos sendri wavelength tuh. Mujur pndai blakon.
Quote SalenaGomez 13-1-2022 03:16 PM
SG suka juga lagu2 acik maya ni…catchy gittteww
Quote Shazid 13-1-2022 03:37 PM
Sore x sdap wpun rakaman studio...
Quote sharlenetexas 13-1-2022 03:48 PM
Ke suara tak sedap?

Quote hanihan16 13-1-2022 04:01 PM
i pernah jadi penonton dia nyanyi live di satu event, i yg rasa tercungap2 nak tolong tarik nafas tgk dia nyanyi. haha, nampak penat benor walaupun satu lagu je. suara pun boleh tahaaannnnn haus.
Quote bulalof 13-1-2022 04:04 PM
ehhh? boleh menyanyi ke?
Quote Tasikchini 13-1-2022 04:04 PM
awenda507 replied at 13-1-2022 11:44 AM
Padahal suara mmg hauk. Takot kne boo la tu claim la ade anxiety siap2.

          
Quote fadz84 13-1-2022 04:07 PM
Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar
Untuk engkau dan aku

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.195399 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top