CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Main Dram, Sekarang Suara Amira Pula Jadi Perhatian

13-1-2022 12:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2752| Komen: 9|Original author: Tatod

Description: Siapa sangka, kanak-kanak perempuan yang dulu terkenal dengan kebolehannya bermain dram sebenarnya memiliki suara merdu.
Sumber Instagram Nur Amira Syahira


Siapa sangka, kanak-kanak perempuan yang dulu terkenal dengan kebolehannya bermain dram sebenarnya memiliki suara merdu. 

Pemilik nama sebenar, Nur Amira Syahira menerima pujian warga maya selepas memuat naik video nyanyian semula lagu Gelora yang dipopularkan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma.



Amira tidak hanya mencabar diri menyanyikan semula lagu-lagu terkini seperti Reckless dan The Show, tetapi juga cuba mendendangkan lagu klasik. 

Selalu berkongsi video nyanyian semulanya di YouTube, gadis berusia 19 tahun itu juga sudah pernah mendendangkan lagu Malam Bulan Dipagar Bintang dan Malam Ku Bermimpi dengan cara tersendiri.



Berani mencuba cabang seni lain, Amira tampil dengan lagu baharu berjudul Apa Khabar Sayang. Naskhah hasil sentuhan Adi Priyo itu bagaimanapun belum berjaya membuka ruang untuk dirinya bertapak kukuh dalam indsutri seni suara. 

Terdahulu, Amira pernah menjuarai pertandingan Ceria All Stars musim pertama pada 2016. Dia kemudian selalu menerima jemputan bagi memeriahkan sesebuah majlis yang adakalanya membabitkan negara luar. Secara tidak langsung, bakat Amira turut mendapat perhatian dari negara luar antaranya Indonesia, Singapura, Kanada dan Amerika Syarikat.





Peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya seni Amira berharap agar gadis itu terus bersinar sehingga lebih ramai menyedari bakat dimilikinya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 13-1-2022 02:21 PM
What? She’s 19? Cepat masa berlalu. Still remember her superb drumming performance. Good luck Amira!
Quote alieyrina 13-1-2022 02:37 PM
Cantik... dah besar budaknya
Quote nakkomenjugak 13-1-2022 02:46 PM
Cantik haaa budaknyaaa
banyak gak fans dia kat obersi
moga maju jaya tanpa gosip murahan ye dekkk
Quote johan-adx 13-1-2022 02:51 PM
kejap je dh bsr budak ni
Quote elnor_81 13-1-2022 03:53 PM
Bagus la bdk ni..di kala semua sbuk kipop, dia lek cover lagu lama2..bkn mcm bdk pompuan yg nyanyi lagu penat tu..penat aku dgr..terkinja2 ngan kipop
Quote umbut 13-1-2022 05:04 PM
Budak ni makin cantik..kalo kat yt dia byk fans oversea..
Quote musangbodoh 14-1-2022 01:15 AM
masih di landasan yg lurus lg...terbaik...kekalkan ye
Quote dekmieDandy 14-1-2022 08:59 AM
weiii dah besar menjadi rupanya

cantik bethol
Quote haruslah 14-1-2022 09:26 AM
I suka budak2 yg main instrumen
Piano guitar drum....seruling....terbaikkk

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049725 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top