CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipaksa Buat Hubungan Sejenis, Lelaki Maut Ditikam Sembilan Kali

13-1-2022 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1708| Komen: 10

Description: Riau: Akibat memaksa melakukan hubungan seks sejenis, seorang pemuda berusia 23 tahun nekad menikam pemilik salon di Kota Dumai sebanyak sembilan kali.
Riau: Akibat memaksa melakukan hubungan seks sejenis, seorang pemuda berusia 23 tahun nekad menikam pemilik salon di Kota Dumai sebanyak sembilan kali.

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Dumai, Mohammad Kholid berkata, suspek dikenali sebagai SL membunuh mangsa berusia 62 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial.

Katanya, suspek menolak ajakan mangsa yang tiba-tiba mengajak dan memaksa lelaki itu melakukan hubungan seks semasa berada di rumahnya.


Gambar Hiasan

“Pelaku melihat ada sebuah pisau di meja dan terus menikam mangsa dengan pisau sebanyak sembilan kali.


“Mangsa meninggal dunia di dalam bilik air di rumahnya sendiri. Pelaku juga sempat mengambil sejumlah barang berharga milik mangsa serta pisau yang digunakan untuk menikam mangsa,” katanya.

Menurut Kholid, mangsa ditemukan maut di dalam bilik air di rumahnya di Jalan Sidorejo, Kota Dumai.

Katanya, pihak polis berusaha memburu lelaki itu dan suspek berjaya ditangkap di sebuah hotel di Pekan Baru.

“Semasa ditahan, suspek cuba melawan balik dan menyebabkan pihak polis terpaksa menembak kaki kanannya,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 13-1-2022 11:07 AM
Entah2 mmg niat nk merampok. Kalau betul marah sbb dipaksa bersemburit watpe ambik barang org tu plk
Quote selipar_hijau 13-1-2022 12:13 PM
itu memang nak mencuri gayanya
Quote tripleid 13-1-2022 12:15 PM
bunuh sebab mangsa gemok boroi tak taste kot
Quote Adrif 13-1-2022 07:38 PM
modus operandi lama

- hubungan sejenis
- cari yang berumur, ada jawatan/ berkeluarga
- rompak

easy target
selalunya mangsa tak berani report, sebab malu dan takut imej di tempat kerja terjejas, atau dibuang keluarga
Quote Decaffeinated 13-1-2022 10:33 PM
yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial.

aplikasi apa tu?
Quote Rogue98 13-1-2022 10:36 PM
Sia2 jer hidup....dua2 mmg cari pasal.
Quote buragazz 14-1-2022 09:36 AM
Apa istilah nye tu.. Catfish kan.. sebab dia kata kenal kat media sosial.. so bila jumpa ingat Koi rupanya ikan bandaraya tu yang tikam tak hengat pastu dah alang alang rembat sekali...
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 02:48 PM
10766a8556e66c199ac62f2kr-179363.jpg
Quote keane.somewhere 14-1-2022 02:53 PM
Edited by keane.somewhere at 14-1-2022 02:57 PM
Decaffeinated replied at 13-1-2022 10:33 PM
aplikasi apa tu?


Setahu meols Pemerintah Indonesia dah banned semua apps LGBT ....pelik macam mana diorg access...

Maybe diorg kenal melalui Twitter
Quote green~tea 14-1-2022 02:54 PM
Mmg nak merompak lah ni.... mangsa takleh nak bela diri pun so sukati ngkau je ek nak fitnah org dah mati

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.055778 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top