CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terpisah Hampir 2 Tahun, Ibu Dan Anak Akhirnya Bertemu Semula

13-1-2022 10:05 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 479| Komen: 5|Original author: Cinta Erina

Description: Kisah Tentang Terpisah Hampir 2 Tahun, Ibu Dan Anak Akhirnya Bertemu Semula

Sumber: Facebook Cheah Wen Jie


Seorang wanita akhirnya pulang bertemu semula keluarganya yang terpisah selama dua tahun, termasuk seorang anak perempuan yang masih bayi ketika ditinggalkan.


Pengguna Facebook, Cheah Wen Jie memuat naik satu video pertemuan semula gembira dengan isterinya dalam kumpulan Facebook Exchange Singapore-Malaysia Vaccinated Travel Lane (VTL) pada 10 Januari.


Isterinya yang bekerja di Singapura, terpisah selama 578 hari dan pulang menerusi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).


Video bermula dengan Wen Jie memandu ke 'tempat menjemput' VTL di mana dia menghadiahkan isterinya dengan sejambak bunga.


Rakaman kemudian bersambung di rumah mereka, di mana Wen Jie bersikap selamba sebelum isterinya melangkah masuk menerusi pintu depan.


Sumber: Facebook Cheah Wen Jie

Anak perempuan sulungnya menjerit kegembiraan melihat ibunya dan berlari ke arahnya dan memeluk erat si ibu.


Wanita itu kemudiannya mendekati dan memeluk anak perempuan keduanya.


Namun anaknya itu bingung tanpa menunjukkan banyak reaksi dalam pertemuan tersebut.


Dalam perkongsian itu, Wen Jie berterima kasih kepada VTL yang membolehkan isterinya pulang ke rumah setelah sekian lama.


Pertemuan dua beranak yang menyentuh emosi. 


"Masa dia berlepas ke Singapura, usia anak perempuan kami belum pun setahun," tulis Wen Jie.


Sumber: Faceook Cheah Wen Jie

Seterusnya, isteri Wen Jie juga dilihat memeluk ibunya yang menangis menyaksikan kepulangannya.


Semoga semua keluarga yang terpisah akibat wabak COVID-19 dapat segera kembali ke pangkuan yang tersayang. Terpisah bersama keluarga tak sampai sebulan pun kita dah sedih, bayangkan yang terpisah bertahun-tahun. Semoga dipermudahkan kepada mereka semua. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-1-2022 10:27 AM
Anak no 2 terkejut ni pompuan mana lak ni datang umah? hahaha
Quote hareeeesah 13-1-2022 12:20 PM
Terkejut kat facetime lain real life lain hehe.
Aku pun ada relatives tak jumpa 2taun camni kesian nak book slot je dah full. Dah la bayar mahal so biar balik yg berbaloi org kata
Quote alongweeda 13-1-2022 01:15 PM
alahaiii sedih pl aku bc...sure rindu gile msg2
Quote babelina 13-1-2022 02:51 PM
semua pasal covid nie.. moga happy2 la dorg sekeluarga..
Quote Artemesiaa 13-1-2022 04:49 PM
Ramai je yang share moment mereka berjumpa keluarga sejak terpisah lama sejak kebelakangan ni

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2022 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.100095 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top